Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 28, 2011

Happy birthday


Happy Birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthdayy to you..

yeayyy..wish dan nyanyi untuk diri sendiri..
nak tunggu iman or kisya wish, lambat lagi le gamaknya..
Incik suami??ehem ehem..rahsia..(uwekk)

Ok..
Orang lain dah sebuk kira untuk sambut birthday yang ke-27 (bg kelahiran 1985), ummi baru sebuk nk masuk 26 tahun..
Takpe, orang kata lahir ujung2 tahun, muda.
Ye la tu kan, masuk sekolah, sama jugak.
dan kalau muka nmpk tua, takde makna lahir 31haribulan doblas pun.

This year, celebrate birthday agak awal.
Tu pun dengan mak ayah dan adik adik di kampung (ipoh..kampung ke???)
Kebetulan kami balik, sambut sekali
Rezeki pulak, my sis sponsor red velvet, cheese tart and paplova untuk kami..
like..like..like..
Ayah takde masak beria pulak, cuma agak berbeza sikit
Malam tu kami makan pulut durian..
semua durian yang ada mmg superb and mabeles..
Manis..lemak..
Incik suami makan sampai muka merah macam udang kena bakar..
Malam tu terus dia out..pitam atas tilam..

Ok, besday 2011 sambut, ada dua anak.
tapi masih satu suami..hehe
Tahun ni rezeki, dapat hadiah dari mak..ehhh
Dah kawen pun dapat jugak ek??
rezeki jgn ditolak.
Ceritanya cenggini.
Mak post kat wall fb dia yang dia kat sogo.
saje komen "henbeg satu'
pastu komen lagi "perfume satu'
maklumle, tgh sale gegiler kat sogo kan.
pastu tak lama, mak reply kat emel
mintak 2 dapat 1.macam pia pias jugak.
Eh, tetiba masuk hal kerja plak..
Ingatkan memain, sekali memang ada..
Dapat apa??
Henbeg..
Jenama sacha..
Sebab apa sacha bukan sembonia ke, carlo rino ke, prada ke, coach ke (eh..semakin melampau jenama kau sebut tuuu)
sacha sebab nama nak dekat dengan icha (baby kisya)
ok..untuk makluman, atok mmg panggil kisya, icha..
habis manja lah tu..last2 opah pun ikot jugak..
ok..habis cerita di situ..

Hadiah dari incik suami??
entah apa dia nk  bagi..
tgk  lah..mmg ada DEMAND sumthing,
tp tgk, kalau ada rezeki, ada la..
Kalau takde, omak menangis laaaa..huhuhu

Apa pun, semoga dengan berkat umur yang semakin meningkat ini,
kami sekeluarga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik,
sentiasa mendapat keredhaanNya, sentiasa dirahmati.

One more thing, nak share,
incik suami dapat gudnews semalam bila dia lulus interview bulan okt hari tuh
semoga dia tak tolak offer baru ni,
sebab dekat sikit dgn rumah dan boleh balik awal tolong ummi jaga anak..boleh???

sedikit gambar untuk ditepek

 nampak itu kek..sedap..
nak tempah boleh la..haha
 ok.anak2 so far takde ikot idung mancung babah.
ikot idung ummi yang pesek ni..huh..
jenuh dah tgk idung babah time ngandung, tp tak kena jugak.

balik last week, sempat pegi kenduri my old fren
Tahniah buat amie dan suami..



 ummi gemok kan




sesekali dapat jumpa kawan2 lama, seronok kan..
lagi seronok kalau lagi ramai
tapi sebab ada anak, takleh nk lepak lelama cam dulu
kang ada yang jeling jeling pulak ajak balik..

Monday, December 19, 2011

Hati ummi menangis

Sejak Khamis lepas (15122011), ummi dah start masuk kerja.
So abang iman dan adik kisya kena hantar ke nursery sepertimana yang dijanjikan
Dah 4bulan since middle August abang iman tak pergi nursery sampai minggu lepas.
Maka, seperti yang dijangka, adegan jerit menjerit di pintu masuk nursery berlaku dgn hebat
Hari ni sebab hujan renyai di pagi hari, abang iman kena naik kete, takleh naik moto
Tapi babah follow belakang sbb nk tolong ummi angkat barang semua
Hari ni, dia ada aksi baru, sebelum menjerit, dia dah main kejar kejar dalam kete.
Babah bukak pintu sebelah sini, dia p sebelah sana
Bukak sana, p sebelah sini.Haishh
Last2, angkat barang dan adik kisya.
Takleh nk buat sekali semua sebab ujan.
Ummi jugak perlu berteduh di bawah payong, kang kena ujan, pening lak pale

Abang iman menjerit jerit mcm biasa.
Sampai je kat tangan akak yang jaga dia tu (merangkap owner), lagi kuat jerit

Tp apa yang memusykilkan dan merusingkan pale otak ummi kat opis ni bila aksi dia berkejar kejar dalam kete.
Dia seolah olah takot nk pergi ke nursery
Kenapa???
Memang ada seperkara yang menjadi persoalan kami berdua
Tapi memerlukan kepastian untuk mencari bukti kesahihan
Tak boleh nak reveal apakah itu
Tunggu petang ni or esok lusa (babah kata bagi seminggu, tgk caner)
Kita kumpul maklumat dan info dulu.

Tapi now, ummi buat kerja ngadap pc, asyik fikirkan abang iman je.
Haishh.Macam nk start enjin kete, pergi balik amik abang iman, bawak p opis.
sob~sob~sob




Wednesday, December 14, 2011

TIGA BULAN DAH?? Cepat betoi masa berlalu

Hah..
Hari ni genap la tiga bulan ummi cuti sakan berpantang.
Rasa macam cepat je 3bulan tu.
Esok dah mula kerja.
Waaa...mane nk cari mood kerja ni.
Mood kerja rumah ada la.
Esok, anak anak akan di hantar ke nursery.
Untuk abang iman, dihantar semula.Dah lama tinggal kan nursery.
Mesti meraung meraung bila ummi hantar kat pintu nanti.Adui.
Untuk adik kisya, first time.
Ya ampun, kecil nya kamu, ummi dah bagi orang untuk jaga.
Dulu time abang iman, mama dia yang jaga.
Confident la sikit
Tapi insyaAllah tempat abang iman ni, kira ok.
So far, iman pun takde lebam lebam ke, jatoh ke apa.
Hope adik kisya pun macam tu


Sebulan berada di rumah lepas pulang berpantang di rumah emak, betul betul mencabar emosi, fizikal dan mental ummi.
Mana taknya.
Anak2 masih kecil, yang besar pun masih tak faham bahasa lagi.
Mana nak kemas rumah, nak masak, anak meraung nk dukung, yang kecik nak nyusu.
Waktu paling kritikal adalah waktu pagi hingga tengah hari.
Pagi2 lagi nk siapkan baju, sarapan incik suami, bekal makanan ke ofis.Kalau baju takiron lagi, lagi haru
Pepagi jugak la abang iman meronta2 nk ikot babah p naik moto.
Kalau sempat, bwk la seround, kalau tak sempat mmg ummi la yg kena dengar dia menangis-nangis-guling-sana-sini-macam-kena-dera.
Adui..Kadang kadang kesabaran ni menipis jugak, dicubit jugak peha yang gebu tuh.
Pastu dah menyesal tak sudah.Haishhh
Mana taknya, kalau dah tetiap pagi pasang radio, tak tertahan la.
Jiran jiran pun kompem dengar lah.
Family hall, tak usah dicakap, satu hari entah bape kali nk kena bersihkan.
Mesti ada tumpahkan makanan la,seredak biskut sana sini
Nak tak nak kena bersihkan sebab nanti semut datang, masuk telinga budak budak ni pulak.
Ikotkan hati, nak je biarkan rumah ni macam tongkang pecah, tunggu weekend ada incik suami bersihkan berjemaah.
Tapi kadang kadang mata ni tak tahan tengok bersepah
At least kemas sikit sikit jadi la kan


Tapi tu la, akibat kerja keras sangat, badan sakit sakit.
Tak sedar diri yang awak tu baru lepas bersalin.
Lama lagi badan nk pakai dek non...kena jaga semua tu
Esok nak kerja dah, tapi badan sakit, mata muka sembab je.
Tak ceria langsung.
Habis tu, bila nk ke facial, manicure-padicure-mandi lulur-susu kambing bagai.
Incik suami tu, bila ckp nk tinggalkan dia dgn anak2, dan si ummi nk pegi salon nk potongrambut, mula la bagi 1001 alasan.Haishhh
Last2, tak pegi.
Dia offer, dia yang potong.
Seriau dengar hokehhhh!!
Dah tak sempat nk panggil tukang urut, nk mintak tolong regang2kan otot otot ni
Kang sape plak nak tengok kan bebudak ni.
Ujung minggu je berjalan tak hingat.Padahal bukan ke mana pun


Isnin selangor cuti so incik suami cuti
Boleh dia nk kuar sengsorang, tinggal anak bini kat umah, sebabnya nk hidupkan roadtax-renew insurans.
Ada ke patot.Tapi ok la gak kalu dia pegi sorang, cepat siap, takde nk hangkut ramai2
Tapi kami takkan dok umah je..itu ok lagi
Pernah sekali, satu weekend yang damai dia nk kuar p pasar.
Nak beli apa???
Nak beli pokok mangga-nak-tanam-depan-rumah!!!
Sekali dasssssssss, ummi membebel non stop..
Hamboi, time kitorang berkampong kat ipoh waktu berpantang, takde pulak sibuk2 nak cari pokok mangga ke, pokok rambutan ke, durian ke kat pasar kann..
Time anak bini ada kat rumah la sibuk2 nk kuar sorang2..
Entah pape je kan..
Incik suami- senyumkambing je la.


Emm..skang ni anak2 tgh tido.
Nak masak, air plak takde.
Boleh plak kan air takde.
Paip bocor syabas kata
Dah le pagi tadi, tgh basuh kete, air tetiba selowww je.
Tapi tgk meter, laju plak.
Apahal..Tanya bibik belakang, baru tau ada paip bocor.
Hah, lantak kan kete tu, tp dah habis basuh sebenar nye
Tinggal nak bersohkan porchje.
Tapi ye la, bila takde air, dah kotor, tak sempat nk tolak segala pasir batu bagai keluat pagar.
Hope petang ni hujan le..




gambar last week pegi jalan jalan

tetiba cam nak menjerit

Arghhhhhhhhhhh esok kena kerja ke???

Friday, November 25, 2011

Akhirnya..beli jugak

Jeng..jeng..jeng..


Baby kisya dah ada baby cot..yahuuu
Ummi nk jugak beli..
Selain nak elak dari adik dicepuk, ditepuk, dilanding oleh abang, ummi sian kat babah yang dah sakit2 badan dok tido atas toto je.
Tu pun dah ada 3layer of toto, comforter dengan tilam kekabu yang nipis tuh.
Masih gak mcm landing atas lantai.


Tapi sebagaimana yang dah diramal, abang iman mana boleh nampak benda baru.
Mesti ingat dia yang punya.
Benda lama yang dia punya pun, macam bouncer, asal adik baby guna je, dia dah dengki.Nak jugak dok kat situ.
Feninggg.
So, bila babah siap je pasang cot tu, dia la yang lebey2, meronta2 nak naik dalam tuh
Tak tau itu untuk adik.
Beli kaler blue.
sebab itu yang affordable, pastu siap ada tempat tukar diaper.ape nama entah natang tu.
Eh..ini baby cot ke??
tapi ini playpen jugak..ahh.lantak le..


 nampak tak??
dia sibuk nk panjat..
yeay..the one and only conquerer!!!

Babah ada cakap 'abang dah agak dah, mesti dia rebut gak nk naik'
Pastu ada lagi ayat yang tak leh terima dek akal 'macam tak berbaloi je beli'
Huish..ada plak..ok ape..
Abang boleh tido atas tilam rege seribu (lepas diskaun nan ado rege gitu - tilam lambak jek)
Kan ke bagusss..tak sakit badan..
Lagipun, bukan banyak benda yang baby stuff memahal ni kita beli.
Banyaknye orang yang bagi time iman dulu
Kita belli setakat bath tub, high chair..bape engget sangat la.
Rege playpen ni pun, tak cecah pun rege stroller iman yang opah bagi tuh..
Jadi, berbaloi la..
Benda ni kalau kisya tak pakai dah leh lipat2 pastu simpan kat stor 

Ekceli, bila dah de anak dua, ummi memacam nk beli.
Next, ummi target nk beli buggy..ok..kita kebas duit babah pulak..
Beli yang simple2 dah le..tak payah memahal.
Sebab nk beli, abang iman sibuk nak naik stroller bila adik dok dalam tuh.
B4 adik lahir, asyik nk terjun keluar je..

Lagi satu benda ialah beskal yang ada double seat depan belakang tu.
Yang ada pemegang kat belakang dia..
hehe,.yang ni dah bagitau babah yang anak2 nk pow duit dia..
mahal jugak natang tu, dalam 150rengget gak..
Tgk jiran mak pakai, gmbr doremon lagi..kiut je..
tapi kena tunggu adik kisya boleh duduk..kang sakit pinggang dia..

~eh..rini  je dah buat 3 entry..haha..rajin la sebab masih bercuti..jgn jelesss..3 bulan hokeyhhh~

EBM Iman Kaiyisyah

Natang ape tuh berbungkus bagai??
Daging kurban hari tuh kot..heeee
Bukannnnnnn..
Itu la stok EBM baby kisya..
Alhamdulillah, berkat usaha gigih lagi kental, dari pantang lagi dah buat stok..
Hasilnya..ayam terpaksa letak kat bawah..
wiuuuuuww..jijiksss.maksimumkan suhu darjah celcius petiais
Terpaksa hokeyhhhh.
Dapat letak kelapa parut je..
Plak tu, mmg tak boleh nk berangan makan ikan, sotong udang bagai..
hari hari terpaksa kunyah ayam..jemu dahhh
Ikan bilis pun dah habis stok..
Telor pun ayam gak kan..jemuuu


Freezer buat masa ni khas utk EBM kisya..
Dah berapa oz, tak tau le..
Sebab tak tentu isinye..
1 storage boleh muat 8oz, tp ikot berapa oz yang dapat.
penah dapat 1oz jek!!!
Itu sebab guna milk collection, tak pump pun..
Worth jugak benda  ni..
Rajin guna waktu pantang ritu.
Ye ar, bila kita bagi susu anak sebelah breast, yang sebelah lagi pun menghasilkan / mengeluarkan susu gak
So dari sedekah kat breast pad, baik kita takung.
paling banyak dapat ialah 3oz ++, itu pun bila kuarkan, tumpah sikit2..
Penuh sangat dalam shell dia.
Harga mahal sikit la, dua ketul tu  je rm70 (menangis membayo)


Ok..berballik cerita EBM kisya tadi.
Malam kemarin kuar p bangi, cari botol susu kisya yang baru
Guna MAM, Alhamdulillah nk jugak dia minum pakai botol tu
Konklusi, kisya tak nak guna tommee tippee..
Ada sape2 nk beli satu lagi tak??hehe
ada sebotol lagi tak pakai..5oz..lelong..lelong..

Eh.sambung balik cerita..gila melalut.

Pas beli botol kisya, saje singgah kedai jual barang elektrik, nak usha freezer.
Sempat pergi sebuah kedai je.sbb dah mlm
Kedai ni nampak dari luar gempak giler,,
Sekali kat dalam ada 4 bijik freezer je..cehhh
Harga cam mahal lak tu
Yang kecik jenama elba pun lagi sengget nk 700..haktuiii..mahal..
Tapi kitorg bukan nk bli lagi pun..
usha rege dulu dakkkk.
Aku ckp, harga takleh kurang ke bang???
dia siap amik calculator, tung tang tung tang tekan, last2 670 dia offer..
Cehhh..mahal lagi (padahal takde bajet cenggitu)
last2.Ok la bang takpe, kami saje tgk2 je..
Eh kak, kami kat sini takde makap makap harga..penghantaran percuma..
ohh yeke..saya ingat dalam 600 je freezer..
senyum..kuar kedai

Rupenye dia folo kitorg sampai ke kete siap tekan tekan kalkeleter..
ape kejadah brader nii..
Ok kak, 615 saya offerr..
Takpe la bang, terima kaseh..

Ape daaa..habis nk dapat last customer le tuhhh...
Teringat plak cite pak cik aku.
Ni kes zaman Bio aura tengah glamer meletop letop..
Bio aura ni pun tgh jadi barang panas mcm gorpis (goreng pisang) tu haaa..
Time tu sume dok pakat nk beli / jual bio aura, sampai sanggup buat loan 20k.gilerr..

Ada la member pakcik aku tu dah tak nk jual natang tu.
Nk habiskan stok dia offer sebijik kat pakcik aku.Kena la offer rege asal dulu kan..
Bila nego punya nego takde win-win solution.
last2 ape tau.
Pakcik aku kata 'aku ada 1000 je'
Alih2 member tu jual jugak dgn 1000..
Ok gak kan ayat dia tuh..
aku ni dah la tak pandai nk 'ketuk' harga.
So kena la guna kekdah ni bile nak beli freezer nanti.

Tapi jangan le ko pegi paso mlm beli ayam ckp ' ok bang saya ada spo hengget je'
Padahal ayam ko sampai 2kilo lebey..
Memang dia hayunkan jugak ayam tu kat kepala kannnn..
Agak agak la kan..
Beli barang beso2 boleh la nk ketuk ketuk harga..

end

no title : Botol oh botol



Amacam??
Any komen??
Ada macam berANAK 10 tak??
Nursery maybe??
Haha..

Yang ni sesi basuh botol berjemaah namanya..
Last week basuh semua milk storage iman yang dulu2 untuk baby kisya pakai pulak.
Anyway drying rack tu both ofis yang bagi
Yang biru 'baby kiko', abang iman dapat
Sebab baru anak sorang, kasik yang kecik dulu
Sekali dapat sorang setahun, depe bagi lagi
Kali lebih besar punyeee.
Spinning Drying rack (the first years)
Boleh putar putar kekdahnya..
Perli ke apa, tak tau le..heeee
Tapi mmg worth 4 having this stuff.
Botol susu anak2 sedara pun boleh tumpang sekaki.

Yang hadiah ni, depe siap berbalut bagai
Sekali bukak ada tanda rege lagi..
wakaka
tak pasti jika ia disengajakan or tak.

Ok sekian..

Letak gambar empunya botol botol selambak tuh

Roger..roger..roger federer.. 

dah macam nyonya jual sayor plak..

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Yeayy...hati berbunga bunga macam bercinta

TAHNIAH kepada skuad HARIMAU MUDA..


Yeayyyy
Kerana korang satu mesia tido dalam senyuman.


Berdebar debar kami laki bini selama 120minit.
Menyumpah nyumpah dekat si Bonai dengan Otok yang macam ayam katek tu..
Tak lupa juga menyumpah pada striker mesia yang sangat hampeh (takleh kutuk lebey2, budak smgr tuh..wahahaha)


walau apa pun,
Tahniah pada abang baddrol yang menentukan kemenangan milik malaysia.
Tahniah kerana tumpaskan keegoaan dan keangkuhan penyokong indon (yang tak bertamadun tu)
i luv u lah.


MALAYSIA BOLEH!!!




~sangat gembira sampai eksen2 kemenangan dengan bibik makcik belakang umah~

Monday, November 21, 2011

abang iman dah tak sayang adik ke??

Salam semua,


Lately, abang iman asyik dok cepuk adik dia..pasai pe entah??!!
Kalau nak kata dia jeles, memang pun dari kisya lahir lagi..
tapi takde la sampai cepuk adik..
Ummi babah pelik..
adik ada buat salah ke?? heh, tak mungkin la kan..
Budak tu apa tau?!!


Adik baby mmg ummi dah tak berani nk tinggal sorang2 atas katil
bukan sebab dia dah bergolek..
tapi si abang yang dah pandai panjat katil, naik katil, memula tengok2, pastu kiss.last2 dia cepuk..
Pek..pek..pek kat muka adik.
aduii..sian la budak kecik tu
nk marah si abang, memang la marah gak, tapi ape dia paham..
Budak baru umur setahun 4 bulan..dah ade adik..(nk salahkan ummi babah ke..uuuuuu)


Bukan takat cepuk je,kekadang tu landing baik atas badan adik..
mak ai..penyek la budak kecik tu
yang si adik lak, kadang2 tu tak nangis pun
seakan redha dengan perbuatan si abang..


Semalam lagi pulak
Iman tgh makan buah oren, letak oren dlm cawan.
Agak2 dah puas makan, boleh dia ketuk kepala adik dengan cawan tu
Menjerit la si adik..


Agak2 nape iman jadi mcm tu ha??
baru je lagi benda2 ni..


Kalau babah nk mandikan kisya, mula la dia menjerit
macam kena dera..huish..
Pening kami


So, petang semalam, waktu anak2 tido,
dapatla ummi babah sembang2 and bincang itu ini
At the end, kami buat keputusan utk beli baby cot
Jangan tekujat ye..
Asal?? Memang takde baby cot ke??
Ye..memang takde beli sejak iman lahir.
Takde keinginan pun.
Sebab hubungan ibu dan anak akan lebih rapat bila dapat tido bersama
dan jantung (atau paru2, tak ingat plak) akan lebih sihat..
(hasil bacaan berita harian)
Walaupun si ibu tido tak dapat dipelok oleh si ayah..
Itu fakta tipu la..kalau tak mana dtg setahun sorang..blurpppppp


Ingatkan malam tadi nk jejalan, nk usha deep freezer dgn cot,
tapi tetiba lak ayahanda dan anak2 bujang dah terpacul depan gate.
So cancel.Malam ni pun tak bleh sebab nk tgk harimau muda main..


Eh, player jersi 13 -ahmad fakhri tu budak SMGR ek??
Macam familiar je muka,..
Bukan apa, dalam fesbuk, ada org tag gmbr time sukan tahunan tahun 2002 (mmg sadis tgk muka sendiri time ni)
Time ni form 5, seronok bila jadi senior..
Time sukan la nk melaram baju2 pinjam lagi2 time kawad kaki..
Time ni la menggedik nk pegang bunga manggar la, bunga telor la segala bunga nak pegang..
Habis hebat, padahal lari 100meter dah semput..
Ok, berbalik pada gmbr ni..
tengok bebaik yeee
Ok, ummi opkos la kecik molek bajet cun tu..(buwekkk). yang no 3 dari kanan..
Yang pakai songkok tu nk tau sape??
Adik safee sali..ala..player harimau malaya yg semakin glamor tu
Dapat la tumpang sekaki glamor dengan adik sapi sali
ekceli sapi sali dulu my senior..(tumpang glamor lagi)
Dia dulu biasa2 je kot..tak kenal sangat pun..
Bukan jejaka idaman lah senang cite..
Ok, yang fakri tu yang dok depan.4 dari kanan.
Ada rupa tak???? hehe
Ye la kot ek..
Ok lagi sorang ialah azlee..6 dari kanan..
Sape azlee?? 
Dia tu newcomer dlm industri hiburan tanah air..
Antara cite yang ingat ialah kelaaaaas kau maria (astro) dengan model iklan brylcreem (yang kat airport dia rambut cacak2 sekali depan imigresen dia transfer jadi nerd)


Tapi benda ni belum pasti kesahihannya.
Aku je yang pasan nk tumpang glamor dapat satu sekolah ngan orang yg dah glammm..


Eh..apehal melalut cite ni..
Ok.
papepun kitorang akan usha baby cot dengan freezer mlm esok..


Satu lagi,
Selamat berjuang kepada wira2 negara untuk tumpaskan keegoan sang garuda


~end~











Saturday, November 12, 2011

Kosong

Takde mood nak hapdet belogg..
Tunggu minggu depan lepas semua ketensionan dilepaskan..
Baru nk amik mood hapdet.

Selamat berjuang kepada diri sendiri!! 
(letak kaler merah untuk mencipta semangat waja)

Peace

Wednesday, November 2, 2011

Sebelum terlupa, baik catit kat mana mana

Ok, ni ada few petua yang nak dikongsi..sharing is caring..


1.Rengat selepas bersalin
   Ambil sebijik ubi kayu dan diparut.Jangan direbus, parut mentah mentah..Kemudian digaul dengan gula merah.Makan 3 sudu..InsyaAllah rengat hilang


**asal 3 sudu..entah le..takde jawapan


2.Tangan pijar (pijo)
  Sapu tapak tangan dengan garam, pastu panaskan tangan atas api..


**agak-agak la panaskan tu, bukan sampai terbakar tangan kome ye..kang ada plak surat saman datang..


Sekian sahaja untuk hari ini..

Milestone anak dari kami

Salam semua,


Asyik2 dok cerita pasal perkembangan si abang je kan..bila plak turn adik ni..hehe..sian anak dara ummi ni..ok..ummi nk cite ape ek..ok..


Ummi buat milestone lah senang kan..


1.Baby kaisya hari ni dah 48 hari,,ummi pun dah selamat habis berpantang 45 hari..cuma  pantang makan je ada half way to go..100 hari ok..pastu leh la bedal segala abc, lai chee kang, tutti fruti, baskin robins..emm..yummy..buat masa skang telan liur je la..


2.Baby kaisya dah pandai senyum2 bila orang agah dia..time kat ipoh ritu, paling suka sembang ngan atok la..atok kan rajin layan dia..main2 dagu baby kaisya yang tajam cam ummi tu..emm..kalau kat sini, ngan babah pun kaisya rajin sembang..


3.Masih full breastfeed.


4.Check up sebulan, berat badan dah 4.2kg, 55cm..good job dear


5.Sedang berjinak jinak utk minum susu guna botol/syringe..Bukan main payah lagi..Buat muka tak puas hati jek..


Muka tak puas hati kerna dipaksa minum susu guna syringe

6.Dah mengereng sikit2.Hope cepat niarap macam abang iman (3mths dah niarap)

7.Rimas bila dipakai topi or headband.

 Dah rimas le tuh.Buat muka kiut mintak bukak


8. Sangat disayangi abang..Abang iman akan cium kaisya ikot dan je..mana yang sempat..
yang ni ok la, kat muka
yang ni
'
'
'
'
'
'


kalau yang ni??adik redha..jangan digigit udah..

9.Saiz diapers, masih S..bulan depan kot dijangka tukar M..hehe..

10.Stok EBM kaisya,,emm..ummi tak kire..tp dah tak muat peti sejuk..
   (owh incik suami, nk buat permohonan baru iaitu deep freezer..kehkeh)

Ok..takat ni je dulu kot..layan gambar sikit..




Tetiba ada gmbr abang iman..ummi suka tgk yang ni..sgt manja!!