Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

|| Raya Nak dekat dah weiiii ||

Salam semua,

Malam esok incik suami kata nk balik kampong dah.semalam dah start packing barang.2 beg roda akademi fantasi dah keluar dan dah penuh pun setakat pagi tadi lepas sahur!!Tapi ada banyak lagi barang tak masuk.Adui..takkan nk keluarkan satu lagi beg roda.Kang incik suami kata buang tebiat ke nk bawak banyak2 baju.Baik hangkut sekali lemari ni.Eh, dia tak tengok, baju dia je satu beg.Baju bini dia je dah satu beg.Pulak tu, kali ni kete penuh sebab ada parents in law.So baju raya mmg la tak boleh nk gantung.Kena jugak sumbat dalam beg.

Itu belum packing baju iman lagi.TApi baju dia senang je.Bawak terus semua sekali.Kot la bersalin time raya nanti, terus je stay kat ipoh.Lagipun baju adik baby dah siap masuk dalam container.Tinggal nk hangkut je.Muat ke tak muat bonet kete, belakang cerita.Yang penting, semua sekali kena hangkut ye!!

Satu lagi misi tak ditunaskan ialah buat choc cookies.Tah bile nk buat ni.Malam ni dah malam last.Takkan le nk hangkut bahan2 bawak balik umah mertua.Kang berebut plak oven.Dia pun mesti pulun nk buat kueh jugak walaupun tinggal 2 3 hari nak raya.emm..kita tgk malam ni, terpaksa la kot bersekang mata dan memaksa incik suami teman di dapor.Kalau dia tak teman, kita balik pagi sabtu.Tak kire arr.Janji cookies aku siap.

Bersusah payah pergi kedai bakery, takkan tak buat kan.Aku ni jenis buat kueh 10 tahun sekali.Nak bezakan baking powder dengan tepung naik sendiri pun tak tau.Mula la melilau2 kat kedai tu.Nak tanya orang segan.Nampak beno bongok nya.Last2 nak senang amik tepung naik sendiri yang mahal tu.Sebab kompem dia tuleh tepung naik sendiri kat kotak.Amik kau.Tapi bila pikir sendiri nk makan, belasah la.

Mood raya tahun ni tak bape nk excited.Sebabnya raya 1st kat umah mertua.wahaha.Mampos kalau incik suami baca.Ye la, rumah sendiri lagi rasa syok kan.pastu lama lak tu kat umah mertua nanti.Dari jumaat malam sampai raya ke-dua.Oh tidak.Aku akan pastikan malam raya pertama tayar kete dah bergolek ke ipoh.Haha

So mission malam ni yakni malam terkahir kat umah, ialah pergi amik breastpump yang hantar servis ritu, pastu nk buat cookies.Harap berjaya..amin...

Pape pun, nak buat ucapan nih, kang takut tak dan :

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir & Batin

Dari kami sekeluarga.


Sharing is caring : IBU HAMIL WAJIB QADA PUASA

Salam semua,

I got this info from this blog : Super Dooper Kawaii Mommy & Lil Ones

Harap ia sangat berguna dan dimanfaatkan kepada sesiapa yang berkenaan..

*IBU HAMIL WAJIB QADA PUASA*
Rentetan tersebar nye video tentang dalil ibu hamil & menyusukan tidak wajib ganti puasa drpd fahaman wahabi (WAHABI YER BUKAN WASABI HUHUHU), timbul byk kekeliruan ibu2 semalaya termasuk aku.
Aku xde la nak ikut dalil tu, sbb aku dr dulu lg berpegang ngan Mazhab Syafie.
Cuma video tu telah menjadi isu hangat kat fb & forum2 yg wat sesetgh ibu2 keliru penin2.

Siapa Wahabi ni?

'Wahabi (Arab: Al-Wahha-bi-yya) atau Wahhabisme merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahabi

Secara ringkas & padat, hukum bagi perempuan mengandung & menyusukan anak yang meninggalkan puasa di bulan Ramadan:

a) Meninggalkan puasa kerana takut ditimpa MUDARAT PADA DIRINYA SENDIRI, WAJIB QADA DAN TIDAK WAJIB FIDYAH.

b) Berbuka kerana BIMBANG KANDUNGAN ATAU BAYI YANG DISUSUKANNYA DITIMPA MUDARAT, pendapat paling jelas dalam mazhab Syafie ialah WAJIB QADA DAN FIDYAH.

Ini adalah berdasarkan kepada satu riwayat daripada Anas Bin Malik Al-Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa.”

Kesimpulannya, jelaslah hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui dibolehkan berbuka puasa.

Wallahu A'lam.







sekian

Tuesday, August 23, 2011

~ iman oh iman ~


Salam semua,

Pagi ni nak update sikit pasal anak bujang kami yang semakin banyak akalnya.

Semalam babah pulang rumah lewat sebab ada iftar di ofis..11.30malam baru sampai rumah.Macam biasa, lepas berbuka, iman akan berkampong dengan ummi di bilik sampai isyak..Lepas ummi solat maghrib, iman terus datang lepak depan ummi atas sejadah.Ummi ingat iman nk sujud, semalam malam sebelum ni dia buat ala2 sujud.Tapi tak.Ummi terus cakap Allahuakbar..Respon dia??? Letak tangan atas perot..Apa orang panggil tu..Kiyam ek (sorry kalau salah)..tp dia punya tangan kiri atas tangan kanan..terbalik sudah..ummi pun terkejut..alolo bijak pulak..nk solat dah..terus ummi msg babah..hehe..excited tak hengat nk bagitau..yela, kalau babah ada mesti dia pun turut menyaksikan..

Pagi ni iman tak bangun sahur..hehe..so dia tido, subuh dia bangun la..As usual, pepagi mesti dia ingat nk ke nursery.Pagi ni bila ummi cakap "ok, ummi pergi work ye.." Terus dia bangun pergi ke pintu..Alahai, nak ikot ke..Awak tak baik lagi..Kena dok umah, dengan uwo (panggilan nenek bagi org kampar)..Cepat2 suruh dia masuk balik.Pastu slow talk dengan dia..Macam paham je kan..Then suruh dia bobom balik, dia pun ikot je..Bila ummi keluar bilik, baring je sambil main selimut kesayangan dia tuh..Paham le pulak budak renik nih..bagus..Suka hati ummi.. =)



Nota: sila abaikan muka kami sefemili yang macam kena simbah minyak..Ramai orang okayyyy..bersesak2, berlaga2 bontot semata2 nk tengok kapal berhias!! apa kejadah entah..









Monday, August 22, 2011

|| Yang sejuk itu memang la sedap ||


Salam semua,

Semenjak 2 menjak ni, asyik nak minum air sejuk je time berbuka..memang tak leh tahan..Start jumaat lepas le, nampak ada orang jual air tembikai susu tepi jalan, terus sambar rm2..sedappp..pastu esoknya mintak incik suami beli air tembikai pulak..pun sedap jugak..semalam belasah lagi cincau soya..mmg yummy..tp yang tak bestnya, bila minum air sejuk time berbuka, kang asyik nk minum je.Sebab tak membantu untuk hilangkan dahaga pun sebenarnya..lagi nk soh kita minum dan minum lagi ada la..air masak jugak terapi yang terbaik utk hilangkan dahaga sebenarnya..itu pun lepas siap kemas meja+dapor pas berbuka cari jugak air masak..tp air masak yang disimpan agak special..haha..iaitu air masak lemonade..cewah..nk nama america jugak..

Bukan apa, waktu pregnant 5mths ritu, ummi warded due to dehydrate and low blood pressure..so kena la minum air dlm kuantiti yang banyak..sebab tak gemar minum air masak, maka amik la petua, rendam lemon dalam 2-3 jam,nanti air masak tu jadi la masam2 rasa lemon..bagi yang gemar air limau, ok la..yang tak gemar, ce try, pasti terpikat..nak lagi syok, letak dlm fridge, sejuk2 minum..fuhhh..besttt..air ni bagus, sebab takde add sugar pun..ori flavo..kalau perasaan dalam cerita omputeh, diorang mesti hidang air lemonade kalau ada orang dtg umah kan..??? try la...tp kena ingat, jgn rendam hirisan lemon tu sampai 2-3 hari..kang pahit air tuh..nk lagi masam, perah seperahnya hirisan lemon dalam air + rendam lemon sama..ikot citarasa masing2..but no sugar ya..main tipu namanya tuh..



thnx to incik gugel..










berbalik pada topic, hari ni tak tau la nk minum air ape plak..belum dapat ilham dan belum terbayang2 wajah air mana nk diterjah..owhh..terlupa, hari ni incik suami ada iftar di ofis..waa..bosan le..sob..sob..

Topic lain (banyak pulak nk bebel pepagi senin nih)..ekceli tak de org kat ofis..bos takde, timbalan pun takde..yeay!!! lompat ke siling..

emm, pagi ni update "Buku Sakit Anak"..korang ada??? me??? baru nk setat haa..iman dah setahun baru gegeh nk buat..itu pun lepas beli dan baca buku Wardina Saffiyah "mama, saya lapar"..Beli buku tu ingatkan setebal2 buku resipi makanan semata..rupanya banyak ilmu yang wardina kongsikan bersama dalam dia membesarkan 3 orang permata hatinya..best jugak..tapi belum khatam2 lagi..tapi buku tu dah selamat iman conteng, dia kepak2 kan cover dia..macam2 ilmu ada dalam buku tu..tak rugi beli, hanya RM19.90 je..ape la sangat kan..So start buat "Buku Sakit Anak" tu sebab wardina advice soh buat and iman pun lepas je dia warded last year and stop breastfeed, dia selalu tak sihat..Walaupun dah terlambat, but masih berbaloi utk buat buku tuh..lagipun nanti adik baby nk keluarkan..boleh kongsi buku tu..tak perlu la kot, nk asing2 buku sakit anak pertama, kedua bagai..kang hilang je..boleh buat dalam buku nota kecil je..perlu dibawa kemana saja..senang nk refer..kita bukan tahu anak nk sakit bila kan??? so, ikot kita la nk catat apa pun. Yang penting ialah:
i.Bila anak start tunjuk sakit / demam / batuk / selsema (tanda2 sume nih, tarikh tu penting)
ii. Refer doctor mana
iii.Apa ubat + berapa dos yang diberikan





ini "Buku Sakit Anak" saya yang baru sahaja dibangunkan.Simple je kan..Buku free lak tuh..
*sila abaikan nama Kementerian tersebut.Saya bukan bekerja di kementerian tersebut ye..















ehsan gugel juga..







Yang ubat +dos ni penting ye kawan2..Sebab kami berdua banyak experience tak ingat ubat apa yang iman telan..Bila doktor tanya, dah terkial2, pandang each other..tp incik suami konfiden la bila jawab..ubat2 iman, mmg dia jaga, ingat aje kalau tak bagi..Iman asyik tak sihat, then macam2 ihktiar yang dibuat.Pergi jumpa paed,p klinik kesihatan, tu belum homeopathi lagi.Kalau rajen pergi pulak Darus'syifa..hah..tak ke naya nk ingat semua jenis ubat..dah le susah nk nyebut..Selalu yang terkompius ialah bile dah pergi jumpa pakar, jumpa plak klinik kesihatan, so mcm2 ubat yang diterima (ni kes incik suami tak puas hati la, p jumpa doktor lagi..Kat peti ais tu penuh ngan ubat iman je) Smpi kesian sangat nk bagi ubat dah..bnyk giler!!

Pernah jugak minta incik suami puasakan iman dari makan ubat..hah, ummi balik kena bebel..ye la, makan ubat tapi tak baik, ape ke jadahnya!!!

Bila jadi camni, membuatkan me tak percayakan pada susu FM dan nursery..tp nursery tu takleh buat ape la..mmg environment dia kita pun tak konfiden kan..Tp since dia stop BF, mmg selalu sgt sakit..My fren pun admit gak..Dia terpaksa stop BF sbb dia pergi Kursus DPA for 6mths..bila balik, and nk continue, anak dia refused..and selalu sangat sakit..Bila compare dengan adik dia yang fully BF (sama juga hantar nursery), takde la asyik demam je macam abg dia..So kawan2, mari kita menyahut cabaran utk fully BF anak2 ye..

Ok la..banyak sangat membebel..daa

Friday, August 19, 2011

mak pergi soping!!!!


Salam semua,

Semalam berabis duit omak nk sambut raya dek non!!!Pueh hati..alah..setakat beli sepasang kebaya mengandung..haha..akhirnya beli jugak tu..dari taknak beli, tup2, melepaskan gian nk baju raya jugak..so ini le baju yang telah dirembat...

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


patung ni pakai nampak sendat betoi!!! bantal terlebih span gamaknya..
(ehsan butik mumdreams -- new kebaya hamil yuna pink)
Harga?? ok la..affordable..time raya dan ada bonus mmg la mampu..wakaka..harga sebenar rm133.00..sebab ada raya sale, dpt 10% off.kalau ahli butik dapat lagi 5% off..so total utk baju ni je dalam rm113.05.. ok le tuh..bukan selalu nk beli baju raya pun





Kenapa mesti pink? alasan terbaek adalah sebab incik suami pun ada baju melayu pink..so 2nd raya kita pulun baju kaler pink..so suwittttttttttttttttttttttt...mmg la ummi ada baju pink lip lap lip lap dalam lemari..tp tu saiz zaman anak dara, pakai waktu upacara bukak hadiah masa kawen dulu..anak dara lagi ha..mana nk muek dah..kalau pun tak peknen, blum tentu muat kot..wakaka..baju iman..ade pink ke..takpe..kita cari le..kalau takde pakai je baju ala2 pepel nk ke pink tahun lepas masih ade..boleh ek sayang..raya ke-3, tema kale kita sefemili adalah paddle pop..warna warni gitu..dah tak kesah le sedondon ke idak..tak koser dah nak pikior..

Selain beli baju kebaya mengandung, yang lelain beli rompers utk adik baby..murah je, dalam rm10 selai..ok le tuh..pakai pun sekejap je kan..kiut kiut..tu yang beli tu..pastu yang utama sekali adalah beli nursing bra..kali ni cari yang underwired..rembat 3 helai..pastu nampak plak toys utk iman..rege pun murah je..rembat lagi..waduhh..banyak gitu..and wishlist yang tak dapat lagi utk menyambut baby ni ialah breastpads dan juga milk storage..nk yang plastik tuh..tp dah habis le plak..


3 kiut rompers..banyak sgt baju budak yang tak keluar dari perot nih..tak elok..







ok..itu je nk update..sehingga bertemu lagi..

sent from my laptop..=)

Wednesday, August 17, 2011

saiko..saikik..sisik ikan..


Salam semua,

Tersaiko tak korang kalau orang rumah..eh, tuan rumah cuti, orang rumah pergi mencari sesuap nasik!!..Saiko siot..sekejap2 rase cm nk blah balik je..tengok apa tuan rumah buat dengan tuan kecik..join sama2 golek2 atas tilam..adui..boleh je nk merawat ke'saiko'an tu dengan apply cuti..tp nk raya dah, apa nk cuti lagi..tak pasal kang kena bebel dengan bos..utk selamat EL jek..itu je jalan termudah dan terhebat yang SELALU dipraktikkan..haha..sebabnya..hah, orang2 division ni jek yang tau..

Ofis hari ni rase cam suram jek..asal ek..cuaca kat luar cm sejuk..rasa cam terkena tempias orang2 selangor bercuti kot ek..boringggggggg..buat keje pun cam hampeh je sebab info tak complete..layan blog sekali sekali pun ok gak..Pulak tu baby dalam tummy ni asyik dok berenjut je..lapo ke?? sabar ye..kol 7.30mlm lama lagi..ke teringin nk makan pizza, kfc bagai..emm..buat masa ni tak leh ye..abang iman tengah tak sihat..

emm..cam nk terjah alamanda..tp mesti ramai..owhh..ape nk cari kat sana??takleh2..tido kat opis jek..kang habis melinjan duit bonus..bising la tuan rumah..kena jimat..banyak nk guna duit, baby nk kuar dah ni..ohhhhh, baru teringat, beg ummi nk p spital tak siap lagi...beg adik baby pun dah masukkan dlm bonet, tp rasenye tak bape nk complete..hukhukhuk....


picca tuan rumah dan tuan kecik yang sedang berseronok kat umah..huhu..
Time ni kat floria putrajaya..tengah tgk fireworks..tak buat n3 pun pasal ni..malas..hehe

Tuesday, August 16, 2011

AwaL beToi diA daPat !! huKHuk

Salam semua,

Anda tahu apa itu chicken pox a.k.a demam cacar air a.k.a demam pelentong!!! Owh..memang dahsat sungguh penangan ini chicken pox le..Kenapa teteba nk cite pasal chicken pox??dah tukar profession ke dari pegawai tido duduk ke pegawai perubatan??haha..ini sebab....

IMAN KENA CHICKEN POX le dek non!!!!!!!

Sian tak??sian kan...kecik2 dah kena..Dugaan sungguh kami suami isteri..padan le iman asyik demam je..mau tak nye..dah 3 minggu dia demam, baik, demam baik..sampai darah kena jangkitan virus bagai..sel darah puteh tah kebenda doktor tu cakap (kami buat2 paham, padahal..hampehhhh)..Agak2nya ini le akhirnya kot..nk kuar benda bintik2 ni kat SATU BADAN dia..

Selain demam sebagai tanda2 awal..Ada satu lagi..dari last week ada nmpk 1 bintik kat atas kening dia..macam kesan geget nyamuk..kitorang pun wat tak reti je la..tapi lama tau..berhari2..sekali last week time balik kampung Ipoh, hari sabtu, incik suami tanya "yang, apa bijik kat pipi iman ni, ada air lagi"..eh..cepat2 p tengok..sekali mmg betoi ada..pastu yang kat atas kening dia tu pun dah berair gak..eh..pagi tadi elok je kempes..petang ni lak dah berair..sekali cek2 badan dia..dah naik sikit2 kecik2 macam rashes..ada gak la yang sedang nk membesar dengan sihatnya..adui..ape lak ni..dalam hati, ini alergik ke apa?? kena geget semut ke budak renik ni..

Terus siap pergi kelinik..Bila jumpa doktor je, dia suspek ini chicken pox...owh tidakkkkkkkkkk...malam tu terus decide samada nak cuti or import sesapa utk jaga iman..opkos la takleh nk anta ke nursery dah..last2, kami decide bwk MIL dtg umah..terpaksa..apakan daya..ahad pagi terus ke sg.nibong dari ipoh, lepas zohor baru balik kajang..fuhh..penat betoi..time nk balik kete dah penuh..iman lak asyik nk berkepit je ngan ummi..penat ummi..haiyooo..

Sehingga hari ni, bintat2 tu dah naik banyak..kepala, muka, badan, tangan dah penuh..kaki baru nak naik..hope cepat naik, cepat dia pecah, cepat la keringnya..cepat baik..senang hati ummi babah..tapi so far, dia tak de la merengek tengah malam ke..aktif mcm biasa..kami selalu bagi dia belenggeng*..sebab mesti badan panaskan!!

Lagi 2 minggu nak raya kan..iman kena ciken pox plak..tak encem la anak ummi ni nanti nk bergambar..waaaa..siannya dia..kita raya kat kajang je la..tak yah jumpa orang..huhu..

Tapi sebenarnya bagus gak dia kena awal2..nanti takde berjangkit dekat adik baby..tp kang, adik baby pun sama je macam kamu..lagi sekali ummi babah feningggg..emm..jomlayan gmbr iman bebintik..hoho




gambar menangis sebab tak dapat pegang kamera..ummi monopoli..nampak tak bintit bintit tuh..banyak kan..tapi rambut tetap ada remosss!!











badan penuh dengan calamine..sian dia..tak encem..















p/s:letak 2 keping je..tak sampai hati nk expose banyak2 gmbr iman tak encem..

*belenggeng = tak pakai baju / half naked la kunun / sexy --> lebih ideal =)

Monday, August 15, 2011

Raya datang lagi!!!!!!!!

Salam semua,

Sana sini orang dok cerita pasal raya..cakap je amende..semua pun raya..dari baju raya, tudung raya, kasut raya, sepit raya, kueh raya..tp orang takde pun cakap sangat pasal duit raya (mane yg dah bekerja la kan)..memang tak nk sebenarnya terima hakikat yang anda sudah perlu bagi duit raya pada adik2, mak ayah, anak2 buah..tu belum kira anak2 kezen muzen..tu dah kira kena hulor gak la kan..emmm..

Cerita pasal persiapan ni, kami sefemili tahun ala kadar je..ish..tiap tahun pun ala kadar..tah bile tak berkadarnya..kena tunggu gaji 5angka kot..wakaka..baru la soping sakan tak hengat..penuh bonet bagai..main tunjuk je..tapi tunggu rezeki Allah SWT le..hikhik..Syukur la dengan apa yang ada skang ni..Kalau kita bersyukur, insyaAllah, Tuhan tambah lagi rezeki kita..amin..

owhh, sambung ceghita, Raya tahun ni kami dah de theme color..wah..kaler silver ala2 kelabu gitu..tinggal kasut je kot tak silver..tp tak tau le, kot2 terjumpa ke kan..Ok..baju melayu babah dan iman rizqin, dah setel..baju ummi pun dah siap..eh..lupa nk cerita..ritu terjah kedai kain, terbeli kain meter..lantas mintak mak mertua buatkan maternity dress...wahh..jimat sudah di situ..tinggal incik suami hulur duit raya je..hikhik..kot le pasni ada kudrat lagi berjalan2, leh kot cari dress lagi kot..tgk le..tak pun nnt, pakai jubah je..senang cite.lagi pun dah nk bersalin, ape lagi nk sebuk cari baju mengandung!!!

Pergi bersogok2 ke SOGO/jalan TAR??? sememangnya takde dalam perancangan..Mane nk bawak anak kecik (yang tengah gian nk berjalan), pastu nk membawa perot lagi..berlaga2 bontot dan terpaksa menyerahkan hidung dek bau ketiak2 orang..sungguh tak koser la kami anak beranak..Cukup la soping dekat2 je..tapi kitorang dalam perancangan nk bersogok2 time malam raya di sungai besar nanti..hihi..yang tu nk la pulak..=)

Jualan gudang yang di Putrajaya tu pun tak pergi..teringin juga nk pergi jumaat lepas, tapi kompem semua orang pun terjah sana..so dari terima bahana sakit pinggang di malam hari, baik dok diam2 kat opis..jimat duit pun!!! Skang ni kalau nk cari, maybe nk cari sebarang dua t-shirt incik suami..kot le dia nak..dia ni jenis jimat sikit..lain le kalau ada orang belanja..memang la laju badan dihulur..huh..tp nmpak gaya, macam tak beli je..baju lama elok lagi..emm..ok..i terima alasan u..

ekceli banyak lagi benda nak dimerepekkan..tp tetiba mood takde..malas..

daaa..

Friday, August 12, 2011

Finally, dapat jua ku sental...

Salam semua,

Yezzaa..selepas entah berapa lama teringin sangat makan Yati Ayam Percik, akhirnya terjawab sudah waktu berbuka puasa semalam..hehe..Siap buat reservation lagi..punya la beria sakan..Sebelum ni asyik lalu lalang je depan restoran tu..Makan kat BB bangi je..tak jauh mana pun..Tp luckily kami buat tempahan awal, sebab yang walked in ramai jugak..silap2 takde meja..And after 8pm, diorang dah tak amik order..

We managed to reach there around 6.40pm..Yang tak tahannya, siap soh booking satu highchair lagi..haha..utk anak bujang tu la konon..tapi duduk sekejap je pun..lepas tu mula la, panjat meja la, nk ke sana sinun la..tak leh dok diam..Sampai je, terus order makan minum..Me order SET A = ada nasi kerabu + ayam percik, Incik suami SET 5 = Nasi goreng yati + ayam percik.Untuk anak bujang = bubur ayam + fries.Then tambah 'sata' sebagai penyedap molot..dah lama tak makan ni..Sampai awal, dapat order pun awal.Tak payah tunggu lelama.Tp haruslah tak leh makan dulu kan..Yang paling tekezut bila makanan sampai ialah sata la..Uik..ada 2 ketul je..mana cukup nih..tgk, ketamakan org berpuasa dah terserlah..rege sampai rm3.00..meaning sebijik rm1.50..Emm, pk2 balik, berpadanan le dengan restoran yg ekslusif, cantek dan bersih..ok..redha..Pape pun suap iman makan..Naseb la dia nk makan.Sebab ada budak kecik sebelah rajen dok melayan dia..Gitulah iman, kalau makan luar and mood ok + ada org melayan dia, suap la pape pun, insyaAllah habis..Ce kalau kat umah..tak larat nk berkejar.

Bila ada anak kecil, makan di luar macam biasa lah..makan kena ikot turn..memula babah makan dulu sebab dia makan laju.Ummi makan kendian sebab nk menikmati la konon..habis je makan sata, perot dah mcm nk meletop..naseb takde nk order bebanyak, klu tak bazir je..Kami pun balik around 8pm..

Kejadian yang kelakar time ni ialah iman diterkam oleh sorang baby yg baya2 umur dia gak la.tp lagi debab..jalan2 pun cm huyung hayang lagi..budak tu dok cekau iman, tp iman statik je kan..haha..REDHA kot..ummi tgk dari jauh je, sebab babah bawak iman pusing2 restoran time nih..

Kalau ikot cakap babah, nasik yang dia order bese2 je..takde yang menarik, mcm melekit2 plak katanya..for me, nasi kerabu dia ok..ayam pun ok..tp kuah dia semanis mcm makan kat kota baru ritu wth my fren..maybe kena ikot selera org sini gak kan..tak suka maneh2..Overall, bagi 3.5/5 utk kedai makan ni..Harga yang kami makan berdua pun tak lah mahal sangat..Dlm RM40..ok la kan kalau ikot style restoran dia yang cantek gitu..

Gambar??? tiada sekeping pun yang snap..tak dan..event biasa2 je pun..kang kena kutuk dgn suami sendiri plak..huishhh..






Ni yang i makan..teringat pulak di siang hari..haishhh













Yati Ayam Percik di BB Bangi..










Yati ayam percik di KB..had ni dah sampai dah..ini le pestime makan..Cik Hazlin Arini blanje makan..










Iman sewaktu muda mudi..hehe..love this pic..sebab dia debob..

Monday, August 8, 2011

Bonus Raya!!!!!!

Salam semua,

Sebut je bonus, cepat2 kuatkan tibi..haha..Syukur pada Allah SWT, tahun ni ada jugak bonus dari gomen..last dapat bonus rasenye tahun 2008.Baru masuk keje beberapa bulan, dah de bonus..lama gak tunggu utk next bonus ek..B4 ni duit saguhati je..tapi tak pela..kot2 lepas ni ada increament mengejut pulak..lagi la masyukk..emmm, 20% increament dapat tak (perghh, banyak tu..lempang laju2!!)

Friday, August 5, 2011

Edisi 1st week of Ramadhan

Salam semua,

Rata2 bloggers buat wish salam ramadhan..me?? harammmm..Ok lah..pape pun SALAM RAMADHAN TO ALL READERS AND ALL MUSLIMS.fuhhhhh..

Untuk tahun ni ape yg special ek pasal ramadhan..eh..opkos la buat pertama kalinya kami menyambut ramadhan bertiga di rumah sendiri..Tahun lepas mmg la si iman dah menjengah dunia, tp dalam pantang, so kami berdua jauh dari babah.Babah pun balik bukan tiap minggu..itu lah bezanya..eh..ada lagi beza yakni berjaya tidak pergi ke bazar ramadhan walaupun hari ni dah seminggu ramadhan..haha..kalau tak hari 1st dah sebuk2 menerjah bazar untuk membuat pembaziran..huishh..almaklumla, tahun ni , kena amik iman kat nursery lagi, mane la nk dan nk beli2.Pulak tu, perot dah memboyot, memang tak koser la nak bwk dia berpusu2, berlanggar2 bontot semata2 nk cari murtabak, roti john, kueh keria..cehhh..itu time bukan bulan pose pun ada bersepah!!!

Utk hari pertama dan kedua, berbuka ala kadar je..mane yang ada dalam peti ais, itu je la masaknya..takde beria sangat makannya..apa beza pun makan malam dengan bukak pose (statement nk sedapkan hati masak tak bape nk best!! + tak dapat pergi bazar).

Utk hari ketiga, terpaksa amik EL sebab iman tetiba demam panas..cuti la 2 hari..so dok pulun la konon nk masak best2..sekali bukak petiais ada ikan patin je..hampehhh..bosan..alih2 gulai tempoyak je la jadi menu..tengah hari tu, tertengok wanita hari ini, ada plak resipi buat kebab..hah..tetiba ada idea nk buat..sebabnya mmg dah keluarkan daging hancur..kulitnya tak payah beli, sebab semalam ada beli roti chapati.belasah je la guna tu..mayonis ada.inti dalam just letak baked onion and potato..simple je..tp ape plak nk 'dirasakan' inti daging tu..jenguk2 petiais ada sos bleck pepper..ahh..belasah lagi...just tumis bawang + cili + sos lada hitam..setel..ape rase..tak tau le..pose mehhhhh..

Sekali time nk goreng roti, payah giler..awal2 dah keluarkan dari freezer.sekali rotinya nipis giler..dah macam hidup segan mati tak mahu..bila dah lama kat luar, lembik la..tercabut2 doh nya dari plastik..ces..dah buang masa nk keraskan balik..tu la pasal, tak baca instrucion..bajet pandai sangat masak..hamik kau..bila goreng benda yang nipis, mmg la sangat mencabar ditambah pula dengan frying pan yang bukan non stick (bukan salah kami ye, ni semua barang dapor adalah hadiah kawen!!)..sekali hangit..haish...tapi masih boleh makan la..cuma ada dot2 hitam di situ..bila dah siap semua bahan, apa lagi, terus siapkan kebab home made. tak payah tunggu petang, buat terus..Bila home made, mmg gemok la kebab tu. Segala mayonis berlebih2, inti pun bertepek2..Tapiiiiiiiiiii bila dah siap, rupa kebab tu mmg la scary lagi horror!!!!..siyes....tak caya..haha..tgk kat bawah (lebey2 kebab tuh, tak sempat snap yang full version)..Ditambah pula bila incik suami balik, dia selak je tudung saji, siap boleh tanya (dalam nada tekejut), "amende tuh!!!, ayang masak ape"..Klu korang tak sentap ke?? haha..takde lah..tau sangat perangai dia tuh..sekali bila berbuka time, dia makan, and kata ok!!!..owhhh..rupa je buruk, tp rase tak le seburuk rupanya..wakaka..




ha..ni la rope kebab yang tak berapa nk debommm tuh..mmg tak disyak lagi, 1st time tgk orang pun boleh mati kejong!!






Hari ke-4, freezer dah penuh dengan bahan mentah..incik suami berjaya terjah pasar dalam kehujanan..So, menu for forth fasting day ialah, daging masak rendang, ayam bakar dan kangkung belacan..Menu macam sakan..tp incik suami tetap pilih ayam je..daging diusik juga tp tak seberapa..eh..takdelah teruk sangat rendang tuh..apehal ek..emm..kang bila masak ayam je, kata jemu ayam..bila ada menu pelbagai, ayam jugak yang dibelasah dulu..Kalu korang, tak fening ke nak hidang kan makanan utk suami yang mcm ni..aduyai..

So pagi ni lepas sahur tanya dia nk makan apa.daging ke ayam ke udang.jawab nk daging..aiya...semalam buat daging tak makan pulak..dok kata ayam jemu..tu pun balance daging simpan lagi, boleh panaskan lagi karang petang..ish2..last2 kang buat udang goreng celup tepung je..habes cerita..

Semalam petang pulak, orang belakang bagi kueh home made punya..semangkuk..macam buah melaka pun ada..tp kelapa yang manis tu kat luar..mungkin terlupa utk sumbat kat dalam..haha..takde lah..tp mmg sedap..tetiba cam teringat plak!!! cess..so apa lagi, mangkuk yang berisi haruslah dibalas..tengah dok pk, amende menu nk bagi..waa...dah le tak reti buat kueh..kek instant tau le..

Hari sabtu, makan luar..fuhh..lega tak payah masak..tapi tu pun lepas ada member ajak bebuka pose sekali..makan le kami kat restoran Soho, bangi..lepas sembang sakan, pulang le.Singgah kat kedai Kasih Ibu buat sedikit lontaran.Beli diaper NB, medela milk collection (mmg dah lama nk beli nih), susu iman dan ade lagi la few things..

Hari ahad, haha, time untuk balas mangkuk orang belakang..ape nk buatnya??kueh tradisional?? apa pun tak reti nk buat..tau buat kueh keria je..kalau pun tgk buku resipi, nk buat time pose?? harus lah nanti kkuehnya bantat, kurang maneh, kurang garam, tawor hebe..emm..senang2 buat triffle je..ecehhh..pes time gak..sekali bila nk bancuh tepung kastard dah macam tak jadi..aduii..bikin naya je la..tp gigihkan juga..habis sepeket yang incik suami belikan habis ke situ je..akhirnya dapat le jugak 2 tupperware triffle..incik suami lagi la, tak jadi tak pe, triffle jadi tryfirst..amboi..pepandai plak nk perli orang yeeeeeee. (sorry, malas nk snap pic,bentuk 'tryfirst' tak jauh beza dengan triffle original yee)..Sekali bila dah siap tryfirst, ingat dah bleh rest la (dr balas membalas pinggan mangkuk nih), sekali jiran sebelah bagi salam bagi mee kari pulak...owhhh..rezeki kami nk berbuka..tapi nk balas ape plak..makkkk...tulun..tunggu dulu lah..biar kami peram seminggi pinggan mangkuk korang ye..tak pikior nk balas ape..huhu...

Semoga ramadhan yang akan datang murah lagi rezeki..sob..sob..syahdu