Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 7, 2012

apasal la parkson ni mcm bangkai

tadi ke alamanda sekejap..cadangnya nak beli baju budak.mggu ni nk jumpa kwn2 dan anak deme.tu yg nak beli baju sikit.
parkson ni kan.dah tau time lunch, bukak la byk kaunter.org nak soping, bukak la byk kaunter.ini takk..satu je..berbaris la org memanjang je..penah dulu mcm ni gak.tp sbb ummi byk masa tp beratur je la..
so td ummi main campak je baju yg dah nak bayar tu..lantak kau..kutip merata..

pastu jalan2 mghala ke anne pretzel
nak redeem groupon.sekali trsinggah lovely lace..wow..byk giler freshner..buy 1 rm14.90.buy 2 rm 19.90..beza lime hengget je..sedang belek2 nak pilih ada minah ni pun nk beli..sekali promoter tu kata beli dua rm19.90.sekali dia nmpk ummi dok belek2 terus ajak ummi join beli..haha..so kitorg yg tak kenal2 ni join sama2 in single receipt.haha..wangi..


teddy's dream

then baru ke anne pretzel redeem
groupon..hari mcm biasa amik sour cream and onion.then nm rasa rossele.sedap gak..then dpt hotdog..mak ai..beso kau hotdog dia..takut mak nak masuk molot..haha





kannnnnn

posted from Bloggeroid

bloggeroid

testing lagi

Menantu vs Mertua

Korang ada baca latest entry blog kak di??
haha..blog kak di ni mmg feveret ummi tetiap hari..skang ni dah berjangkit dgn geng2 fidily dia plak : kak filla dan kak elly in wonderland..

ok berbalik kepada cerita, kak di ada cerita pasal mertua dia.Tapi bukan la benda yang buruk2. Cuma dia komen mengenai satu artikel dlm reader digest : ....in Malaysia, Mother-in-law syndrome was the top cause of divorce among the malaysia indian population.

Ok kat sini dia kata Indian.So kalau anda malay, sila jangan terasa.tapi kalau MIL mcm tu, ada perlu terasa..haha..just kidding.

Kalau nak cerita pasal mak mertua, nak marah2 mak mertua di blog, memang tak baik.Buatnya laki ko baca blog, mmg tak cium sorga la jawabnya.Kisah kak di dan ummi lebih kurang jugak la.Maksudnya, background MIL dan mak sendiri. Kami bahasa kan mak incik suami, mak kampung (maksud mak di kampung - ini dia yg bagi ok)..best apa dok kampung..jgn nk salah paham..Mak ummi, mak ipoh (takkan nk letak mak bando kan). 

Memang memula kawen dulu, ummi pun tak biasa dgn cara mereka.Teringat waktu awal2 kawen dulu, lepas je kenduri nyambut menantu, memang rumah tu kosong.Semua adik beradik babah bungkus beg dan balik.tggal kami berdua je la menonong2 berhoney moon kat kampung.tp lagi best..ada la kot 2 3 hari stay sana, perabihkan cuti.Waktu tu mmg lauk kenduri banyak giler, itu pun dah agih2 kat jiran2, sedara2.Even sehari lepas kenduri pun masih ada org dtg amik lauk.Boleh?? kalau mak ipoh mmg dia tak bagi dah.Kalau nk bg, on that day before midnight and tak lalu nak hadap lauk sama utk 2 3 hari.Bila lauk banyak, kami 4 beranak je yang makan, mmg tak luak. Pulak tu dok perangat setiap hari.Siyes jemu.Ada jugak time tu ummi ckp kat babah, tak masak lauk lain ke (mengada ko kan, baru semggu jadi menantu dah demand bagai).Babah kata, "kami org kampung,susah nak dapat makanan camni"..awal2 dah kena sound ko..naseb ngan babah, klu dgn mak??konfirm ummi dlm list terakhir menantu feveret..itu pun kalau dia nak masukkan..hehe.Mmg style mak kampung cmtu.Suka perangat makanan dan simpan dalam peti sejuk lama2.

Lagi satu mak kampung mmg tak suka membazir.Kalau boleh dia nak masak sendiri semua.Sebab mcm kak di la.MIL dia surirumah.Sama la macam mak.Pernah sekali kitorg nk ke kedah attend kenduri, masa tu ngandungkan si abang.Kitorang nk bertolak pagi2 ni, mak siap masak bagai.Dah la ummi time tu mmg takleh bau minyak, pagi2 dah loya dek non..sabo kan je la.Mak siap bwk bakul beso letak pinggan, cawan, air (dlm container kecik), lauk pauk segala macam, nasik dalam periuk..Ummi mcm..erkkkk..nak berkelah kat mana ni? kete penuh lak time tu, seat belakang je dah ada mak ayah ang adik ipar..Ckp kat babah, nape kita tak makan kat r&r je..kan senang..babah ckp, "tak pe la..mahal r&r tu.".oooo..bila lama2 dah kawen ngan babah, babah ada la cite, dulu waktu mak anto dia masuk U, naik van abang dia.Bawak makanan byk cenggini la.Emm..mak memang jimat orang nya. Kalau mak ipoh nan ado..benti je makan kat r&r, makan la apa korang nak. Ada lagi satu last yr waktu mak nak g umrah.Stay rumah kami sbb senang nak antar ke klia.Pagi tu ummi masak bekfes then lunch.nanti senang kat sana perot dah kenyang.Padahal flight time tu kol 3 or 4 petang kot..Kalau lunch kat umah jam 11 pagi nak kenyang sampai petang ke??haha..Mak siap ckp "mak dah pesan pada k.su (biras ummi) untuk masak tengahari, makan kat sana"..cara-cara nak makan kat sana la, Ummi dok pk, nak makan kat mana KLIA tu.Mana ada foodcourt yang boleh pinjam2 meja, duduk selamba sambil happy2 keluarkan pinggan mangkuk lauk pauk sendiri.Malas nk pk, sbb mmg tau mak mmg akan bwk nasi dr rumah.Tp bila sampai sana, nan ado makan nye.Tak nmpk pun depe membondong periuk bagai.naseb la dah makan nasik tadi kat umah.kalau tak dah semua menangis lapo..Nangis lagi nk bayo makan kat klia tu..

Memula kawen mmg rasa pelik dan tak leh nak 'in' dgn cara hidup camtu.Semua pun nk berjimat cermat.Bawak makanan dr rumah, simpan selagi boleh, guna sikit2, guna selagi boleh.Tapi lama2 kita akan biasa dan mmg kena biasakan.Kalau tak suka, tak payah nk emo2 bagai,. 

Sebagai contoh, kat rumah kitorang ada rak pinggan plastik yang lepas basuh letak kat situ dulu then dah kering baru letak kat rak.Kat rumah mak takde.Ummi belikan.Sebab rase tak best basuh pinggan terus letak kat rak.Sbb nanti lantai basah air tak kering lagi. Tapi mak guna gak..mmg memula tu dia bising gak la, nape beli,tak payah beli.simpan duit bla bla..diam kan je..senyum je..kang dia guna la..macam2 beli dulu, barang2 keperluan cam sabun, mop dsb..mak bising beli tu..Tp lama2 kitorg buat kering je..Yang last hari tuh, kitorang beli kan kipas dinding dgn container air.Rumah kampung mmg takde kipas siling.Ada pun kipas kaki tapi kaki pendek.Kadang2 ummi risau gak tangan bebudak ni suka sgt nk try msuk dlm kipas tu.Pastu kipas dalam rumah ni banyak, tapi banyak lagi yang rosak kot.So hari tu kitorg keluar, babah beli kipas, ummi beli container air.Sekali dia beli kipas dinding kau..ha lagi senang.Takde risau jari anak masuk dlm kipas.Bila ummi beli container tu, babah tanya, "nape tak beli mcm kat umah kita tu..besar"..Ummi tepuk dahi..bak sini duit.Itu tupperware, mahal..banyak cekadak kan..tapi bile beli, terus pasang kipas tu, then container tu just letak je kat dapor.Tak payah ckp2.Tgk2 dah guna..haha..ok pe..b4 balik mak siap ckp terima kasih sbb belikan kipas dgn bekas air. =)

Kalau tak setuju apa2 tindakan yang mak kampung buat, pls ckp elok2 dengan babah.Dia sayang mak dia ok..Dia akan defend apa shj.Kalau rasa nak kena lempang sulong, sila ckp yang bukan2 psl mak dia.hihi.Pernah mak offer buat baju kurung utk ummi (MIL tukang jahit baju).Mak dah belikan kain, lining semua. yang klako siap sorok2 amik baju kurung ummi nk amik ukuran.Sekali baju contoh tu lengannya pendek, mak tanya ukuran sebenar..haha bocor rahsia..Bila dah siap, bwk balik kajang, test la..Ummi ni mmg cerewet, fussy dan mengada.Kalau tak kena, tak suke, mmg membebel mcm buruk sangat workmanship.Padahal ce ko buat sendiri..langsung jadi baju tarzan..Bila pakai, tunjuk kat babah, dia tanya sambil tgk muka ummi yang sonyap je.."haa..tu ada la yang tak kena tu"..cis,,suami ku dpt baca memek muka ku.."dah tu kenapa"..ummi tny balik.."eh,mst la kita terasa, mak kita yang buat"..eh, berkita2 pulak orang tua ni..haha..takpe la..itu pun ada jugak mak mertua nk buatkan baju..korang ade..kalau beli2 kain kat sg besar and mak tahu, dia akan offer utk jahitkan..Tp pls ye, tolak dgn cara elok.."takpe la mak, susahkan mak je.nanti lin anta kat tailor lin"..Tak payah nk kasar2 ye, nak cemek2, juih2 bagai..nak cemek2, buat dlm jamban..Ni semua penyakit keturunan ni..mmg mak ipoh pun cerewet gak pasal baju2 ni.Dah berpuluh  tahun antar tailor kat Ace tu je..dulu bila dok serdang, sanggup turun ipoh anta kain.Berpeluh ok..Dr dia muda sampai skang ni..mmg tak tukar tailor.Kalau tukar tailor, mesti kata "ace jugak sedap"..ok fine!! skang ni anak mu dah ikot perangai tu, dan nampak gaya si iman pun ada ciri2 macam tu..

Babah anak lelaki.dia selalu ingatkan ummi yang tanggungjawab anak lelaki ni berat.Mak ayah dia adalah no 1, baru isteri..moncong je kalau ummi dgr mcm tu.tp itu la hakikat..tp kang pepandai la dia pujuk,Ummi pun takde la kata "NO" kan..Dia dah kata, tiap bulan, ujan ribut banjir kilat petir sekali pun, kena balik kampung jenguk makayah kat kampung.Sebab tu tiap2 ujung bulan kitorang akan  usahakan balik kampung.Pesan babah lagi, "ayang kena ingat, kita ada anak2.Kita adalah tanggungjawab iman nanti.Buatnya bini dia tak kasik balik kampung.cmne??nak jadi mcm tu??Mmg la selalu anak pompuan ni rapat ngan keluarga, tp hukum dlm islam, isteri kena dahulu kan suami dan makayah suami".. itu adalah warning yang akan buat ummi tersedar..kadang2 argue gak, balik ipoh jarang2..dia kata bukan tak nak balik, tapi mak ayah selalu datang sini.Mak ipoh kadang2 dtg ada meeting, kerja..ayah plak skang ni dah pencen, selalu la ikot.pastu mesti nk singgah rumah kami nak jumpa cucu2.Mak kampong..ada??Jadi tanggunggjawab kita la balik rumah, jenguk diorang,depe nak jugak tgk cucu kan..

Mak ipoh selalu pesan, kalau tak sependapat dengan mak mertua, jangan melawan.Ikot kan je.Sabar je la.Nanti lama2 biasa.Kalau dalam hal ni, kita tak digalakkan menjadi diri sendiri.Berlakon untuk kebaikan.Bukan nak mengada2 tapi untuk menjaga hati semua pihak.Lakonan ni bagi ummi adalah ke arah menjadikan kita menjadi seseorang yang lebih baik.Mudah-mudahan lakonan itu akan absorb dlm diri..Lagi pun, satu hari nanti, anak kita akan kahwen, dan kita dpt menantu.Benda ni kita takleh lari, turn kita akan sampai.Baik atau buruk kita la yang perlu tentukan dari sekarang.Allah itu Maha Adil.

Sekian..











Friday, November 2, 2012

random is ohsemm [PART 2]

Macam hebat sangat le nak part 1 part 2..ok update cepat sementara boleh..
ini kat ikea..ekceli kami ke sana waktu cuti raya.org pergi beraya kami ke ikea.
ke ikea ni kena setahun sekali je.sebab beli benda entah pape tapi bila bayo beratos..fengsann.
insiden hari tu mmg klako..
kalau kita soping ikea, haruslah dpt parking free kan.
sekali ummi ni careless hari tu.tiket tercicir kau!!
zip sling bag ummi terbukak rupanya..entah kat mana jatuhnya.
ummi malas la nak bergaduh2.cakap kat babah, bayo je la..tp mmg sakit hati la kalau burn rm20 gitu je kan.
tapi tak nak..usahakan jugak.pergi ke kete, cari..geledah bag pampers, geledah sling bag entah ke sekian kalinya.
sekali seluk2 poket terkeluar rm50..ha ada duit ni, bayo je la.
ingatkan duit simpan dulu2.lima ploh kau nk simpan saje2 dlm poket..nan ado.
dalam kete, moncong babah haruslah sampai ke stereng kan..ummi relx je..padahal..huhu..takut dowhhh..
otw balik tu babah ckp, itu bukan duit terselit yg lima ploh tu..
itu duit abg topup duit ayg nk beli meatball tadi!!
hahahaha..save duit ummi..

ini la keje seharian the imans.
penat nak nyusun tetiap hari.
tak larat le..

13 - 14 oct kami ke melaka.
on 13th ada family day jabatan babah di a'famosa.
gmbr di a'famosa ummi tak grid..
sgt best bila swimming time.
adik kisya la yg paling enjoy sekali.memula agak takut jugak sbb first time masuk pool.
lama2 dia boleh survive, berjalan ikot dan dia je..sonok tgk dia enjoy.
hari tu ujan, so air sgt sejuk.thgari pun air sejuk..mmg bebudak biru bibir.
malam tu kami stay di rumah pakcik sedara di tg rambai.sebab family day sampai petang je.hbs mandi terus balik.stay melaka sebab nk bwk budak2 jalan.
aktiviti malam hanya bersembang dan tido..penat.
esok pagi terus gerak pulang.tapi singgah dulu bando melaka.
naik cruise..masuk muzium kapal beso tu..
jalan ke craft centre.
last sekali naik menara hang tuah.
tp tak leh g ngan menara bila masuk2 depa dok pasang lagu gangnam.gila kuat.
ada ke patut..
cuba la act mcm Mas.sepanjang perjalanan lagu ala2 tradisional gitu..baru la Malaysia truly asia..
**nak buat surat aduan kat ali rustam!

ok.this happened on his 28th birthday.
kami dating kat Meatball and take away di shaftburrt cyber.
this time takde amik cuti sebab ummi takleh cuti..
kedai melayu.tapi sgt kesal dgn servis+makanan
kami dtg lunch tp meatball dah habis.boleh???
ummi order lambchop.beso satu pinggan.
babah dah senyum2 ingatkan dia nye chicken chop pun gitu.
sekali sampai beso tapak tangan je.
kami speechless la..
lamb chop ummi mcm half cooked.buwekkk.
lepas mkn rasa nk muntah.
siyes..worst event lah.
selalu mcm tu.kami ni kalau celeb special day mmg tak reti nk cari makan best2..
kadang tu makan pizza hut je sambut ann..aiyoo..
pegi jauh2 sampai MV, makan piza..
baik la makan kat kajang je pun ada..bangang..
takpe la..janji bahagia
we love each other
malam tu nak keluar tapi kisya cm ngamok.
so kensel.
pagi tu ummi anto cheese brownies kat opis babah.as usual la setiap tahun pun.
tp sebab opis baru dia segan.last2 dia bwk balik.sedih tak??
geram je la.
pulak tu kita mmg order cupcake dr akak.
pastu compliment moist choc cake plak.
sapo eh nk makan sume ni..omak ai..
berhari2 dinner kek..lantak kan. 

ok..ni gmbr waktu raya haji,,
adik manda elok je pakai skarf..kisya??
suka pakai songkok..
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
apa la..songkok kemain lagi..'siap reti pakai sendiri.
kalau pakaikan tudunng, ya allah..
payah betoi..awok ni nak jadi boy ke girl.
muka cantek dah..

last but not least..
tiap hari asyik tunjuk bas..
sekali bwk naik betoi2 diam seribu bahasa si abang.
adik je la non stop enjoy dr naik sampai turun.
kami naik dr putrajaya sentarl, pusing sampai presint 5.
pastu ke putrajaya sentral balik.
ok la..dalam 45 minit..adik..ya allah.tak reti dok diam.penat ummi pegang,
babah senyum je sbb abg iman diam duduk manis atas riba..

ok.skang ni suka tunjuk airplane..
nak naik ke..
kisya kalau nampak plane, dia kata bird..
ok la..
nanti kita naik plane eh...
ke mana??tunggu je 24hb nov ni..
cant wait!!
agak2 apa reaksi the imans ekkk











~random is ohsemm~ [PART 1]

Selalu kan dengar ~random is ohsemm~ ~random pic~ kat album2 fesbuk. So i ummi nak tiru tajuk tu..ada aku kesah tiru meniru. Sebabkan dah lama sangat tak update sejak raya aidilfitri dan raya haji pun dah lepas, tggl raya hindu ngan raya krismas je belum sambut lagi. Tak jugak update blog kannn. Malas dan tak de masa.Kenapa?? toksah cerita. So today sebelum pulang, ummi sempat transfer gambo yang dah edit2 guna apps photo grid..Best jugak.sebab bila upload kat fesbuk, 2 3 gmbo boleh masuk.. so now, ummi upload dr yang raya sampai la mcm2 kejadian ada..tapi ada yang takde..


Gambar ni sehari sebelum raya rasanya.
Kisya ni jenis tak nak berkawan dengan kezen dia amanda..sian manda.jenuh la budak tu nk berkawan.tgk tu.last2 kena tarik rambut..kui3..

Pagi syawal.Serius kiut anak ummi..haha..sape lagi nk puji anak sendiri kan.
Selamat 'belated' hari raya semua.Tahun ni kami pepel theme.Cadar tu mcm tau2 je theme kami kan..Pandai opah matching kan..huhu
anak bujang tahun ni pergi solat sunat aidilfitri.
Tak tenang babah nk solat.terpaksa dok luar sebab anak bujang asyik nak geledah meja makan.Pow kaw2 kueh raya.Imam masjid tak sempat rasmi dia dah bismillah dulu.Babah katatahun depan tak mau bwk dah sebab dapat dok kat luar, tak dapat dok dalam..ada ekon..haha

tadaaa..kami di pagi raya.ni aktiviti lepas bersalaman.aiseh.gambo atok opah ummi tak grid kan.
tahun ni kami je yang ada di pagi raya.adik2 bujang of coz la ada.depe nak beraya rumah mertua mana plak kan..
Gambar atas kanan : Iman nk beraya naik beskal.naseb tak ngamok soh angkot naik kete..fuhhh

ni antara rumah yang dirayakan.dua gmbr dr kiri beraya di rumah arwah opah enda.ekceli masa raya, arwah masih ada.few days b4 raya haji opah enda pergi menghadap Ilahi.Kami redha.Walaupun tak dapat balik sebelum jenazah dikebumikan, tp atleast dah jumpa masa raya.tak ralat.Al-Fatihah.
Gmbr kanan hujung, raya di rumah tok ngah sebelum zasss ke rumah bff sity saripah


Yang ni kat umah mertua.pepel lagi?? ohhh ni raya ketiga ok..gmbr raya kedua ummi tak grid kan..kaler ijo..tema sawah padi..seswai sangat ngan kampong sg besar yang dikelilingi dgn sawah padi.
gambo ni baru pas balik beraya.adik dah kepanasan..penat weh beraya bwk budak kecik..bile kome nak beso ye..
ok, ni even lain.balik ke parit/ipoh utk attend my kezen's wedding..
perkahwinan yang dinanti2kan..hehe
encem nye hero ummi

 suka sangat gambo ni.
ce tgk kalau ummi buat skrip ek.start dari kiri ke kanan.
1."eh..wallet babah la..kita tgk apa ada dalam"
2."ei..ei..ada gambar la..ummi ngan babah waktu zaman muda"
3."hey guys!!look what i found here..ummi and babah old skool haaa"

auntie zaila kata kisya macam marilyn monroe..haha.
mahei kome nak beli baju pompuan.
yang kat kepala tu je dah tiga puloh hengget.baju tu dah nk seratus.
baju ummi?? nan ado nak oi..

ok.kebetulan waktu kenduri tu birthday kisya setahun.
15 September 2012.
Happy Birthday sayang.
Memula ingat nk ajak sedara2 celeb kat ipoh kebetulan diorang pun ada balik sbb nk attend wedding tu.
tp malam tu ada mlm berinai pulak.so deme ke sana, tggl kami je la kat sini celeb anak beranak.
paklong nk sponsor SR.Tp tunang ude, ada bg fruit cake.opah kata tak payah membzair.makan je apa ada.
baik opah..ummi cuma beli candle number 1 je.
tapi ce tgk kisya,menjerit kena pegang paklong..hehe...
yang meramaikan cake tu sbb deme sama bulan birthday..semua pun sambut september.atok, paklong, kisya and manda.
 ni kisah cendol bakar.selalu lalu lalang balik kampung, nampak best je.so hari tu baru dpt rasa.
jalan jem hokey..siap ada drive thru lg..korang ada???
haha..cendol ni bukan dibakar tapi gula merah nya yg dibakar..kami order cendol durian.
sekali masuk kete harumnya ya rabbi.
lepas minum dua dua mabuk sebab ada durian.
ummi letak bam kat tengkuk, kira kuar la angin.
babah mabuk sampai kajang.senyap je all the way home..hihi
balik terus pengsan sampai esok pagi..
cerita durian lagi.
adik menolak durian
abang on je..caya lah..sep sikit

tgk anak bujang ummi..relax je makan durian.
kalau mama baca blog ummi.
ade bran???

ok continue..
nak balik..