Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, April 27, 2012

jumaat petang yang indah

Sambil dgr lagu sazzy sam + yana samsudin.
tulis blog sikit


Mggu ni cuti panjang.
yeay!! tak sabar
Mlm ni tak leh gerak balik ipoh.
Takut jem
Esok pepagi kena gerak dah sebab nk attend kenduri tunang my beloved cousin
Baju yang ditempah, dah boleh collect petang.
Fuhh sempat siap.
Baru bleh glem esok.
Choii..bajet kan..


Owhhh..Mata tetibe ngantok plak pepetang ni.
Ahad ni nk berjalan dgn family.
Semoga semua berjalan seperti yang dirancang.
Isnin cuti.Hoyeayyy.


Ok.nak solat asor+ngepam susu.


Daaa.


SELAMAT BERCUTI UOLLSSS!!

Thursday, April 19, 2012

Susah jugak dok kat Putrajaya ek??

Ok..Last few days sembang-sembang dengan my colleague time lunch.
Sekali depa dok cerita dah keluar satu arahan dari tutttt....
Katanya dah tak dibenarkan mengasuh budak di kuarters kerajaan.
Mengasuh means yang tak register tuh..
Orang dok antar anak2 kat suri-suri rumahtangga tuh.
Sebabnya..
Ada orang komplen sebab bising+riuh.
Heh.Macam kan kalau nursery tu tak bising la.
Aiyooo..duduk di putrajaya ni mcm dok kat Kl nun.
Segalanya mahal.
So apa salah org nk survive by earn extra money kan dengan menjaga anak orang
Biasa la budak budak kalau dah sekali ramai, mmg riuh la
Semua nk tunjuk terer.
Menjerit sana sini.
Main aci ligan la,lompat sana sini.
Belum lagi org yang mengasuh tu menjerit soh dok diam, fening dia nk bersihkan rumah lagi


Nak tau jugak dari kelompok mana yang asyik dok komplen ni?
Suri rumah jugak ke?? 
Cikgu cikgi yang balik awal dr pekerja biasa yang eight to five tu?
Orang luar yang menyewa area putrajaya??
Emm..just wondering.


Takde la, ko nak sunyi sangat mcm kan dok kat exclusive area.
Padahal kuarters je pun.
Memang la tiap bulan elaun dipotong.
Tapi ye la kan, nama pun urban living
What do you expect?? 
Nak sunyi sepi dok hutan la tempatnya.
Tapi maybe riuh sgt kot.
Dia nk tido, ponek2 balik kerja mmg la terganggu kan.


Hok ni boleh tolerate lagi la kot.
Tapi kalau hok lagi satu mmg tak le gi la kot.
Ape dia??
emm..
La ni dengar nye tak leh dah nak menjahit kat kuarters??
kejadahnye??
Efek sesape ke kalau si polan menjahit.
Mesin jahit bunyik macam mesingun ke?
Kain perca depa dok buang main terabur depan rumah orang ke?
Habuk kain membuatkan resdung ko ke tahap maxim??
hahaha.
Kelako kan.
Macam2 la putrajaya ni
Dari dulu lagi, org dok pelik rumah tak dok pagar.
Tapi cerita ni basi dah
Kununnya nk ngeratkan silaturrahim antara jirang tetangga.
Tapi misi failed.
Rata2 org putrajaya ni balik je terus masuk umah, tutup pintu tak keluar keluar dah
Tunggu pagi esok nk p keje baru keluar.
Toksah dok tunggu kat putrajaya, kat mana2 pun skang ni cenggini kan.
Pastu dulu PM dah sound kata takleh sidai baju di tingkap rumah.
Nanti segala yang sotong2 tu terbuai2.
Pulak nanti terbuai2 jugak mata mat2 bangla yang lalu lalang yang nyewa kat flat tu tgk yang besar, yang kecik, yang longgar..emmm


Ai.macam2 dok putrajaya ni.
Banyak protokol dan tata susila nya.
Tapi ada aku kesah??
aku bukan dok putrajaya pun.
Saje nk nyibuk hal orang.


Ok chow!



Friday, April 13, 2012

apa pun tak boleh

Pagi tadi ada insiden yang menimpa diriku
Nak kata malang sangat.tak kot.
Tapi cam hampeh gak la.
Time nk anta anak2 pergi nursery pagi tadi
Pagi ni keluar awal jugak.
Around 7.10am dah keluar rumah
Time tu agak sibuk sikit jalan sebab budak2 baru nk masuk sekolah
So waktu nk kona ke kanan, ada la segroup budak2 sekolah, cross jalan lembab giler macam itik pulang petang kan.
Aku pun terpaksa la menyelow kan kereta
Bila dah kona tu tetibe kete ku dilanggar.
pommmm..
Uik..gelabah sekejap.
Rupenye ada moto sebelah kanan tu
Sekali tengok yang bwk budak pakai baju sekolah + ROKOK di mulut.
Macam hebakkk la bwk moto pinjam, isap rokok sekali kona tak reti..choiiiii.
Aku terus pandang dia and dia cam relax je kan
Then bile ku ketepi, dia boleh jalan terus.
Cepat2 hafal no plat **BJV 2162**
Nampak la dia masuk kiri kat depan tu.
Bila hubby lalu terus ckp kat dia kena langgar bla..bla..
Dia kata sikit je..
Mmg la sikit, tapi geram la kan.
Menyampah bila sorry takde, dengan isap rokok nye..
Eii..
Pas anto bebudak, terus ckp kat hubby nk p cari moto tu.
Nk jumpa mak ayah dia.
(konon gagah perkasa la nk p serang orang ni)
Dia kata tak payah la, sikit je, nnti budak2 tu serang balik, pecah tayar ke..tak pun paling kuat dia simbah asid kan..dah payah
Mmg betoi la cakap dia tapi hati tgh geram kan.
Cari2 punye cari tak jumpe.
Hubby kata tak payah, pegi keje je..
Ok fine, tp dalam kete dok bebel sorang2.
Sekali bile kuar dr area rumah2 tu,
Nampak moto tu.Yes , BJV2162.
Nampak ada satu group budak2 tgh lepak kat kedai tomyam.
Eiii..cilakak punye budak.
Kalau bukan sebab laki aku suruh pegi keje, mmg ku report mak ayah ko+polis
Mmg tak teruk pun kete ku, tapi ada la calar sikit panjang ibu jari pastu terkemek sikit maybe kena handle dia tu.
Tapi mak bapak budak tu pun kan, allow anak2 naik moto, bwk kalau mcm pak haji pegi masjid ala2 sopan santun gitu takpe gak,
Ni nak main hentam je jalan.
Moto nak yang superbike je
Standard ko yang lesen pun belum ada naik je honda cub tu je
Tapi siyes sampai la ni dok tingat muka tak bersalah budak tu kan
Patutnye tadi ko tergolek aku siap lenyek2 ko lagi..
Dapat lenyek jari kaki pun jadi la.
Tak payah la sampai lenyek badan.Naya kat kami pulak kang


Badan ni dah le ponek, pastu tambah pulok berangin.
Aduyai..blessing friday kah??? emmmmm



Tuesday, April 3, 2012

Bila bos cuti hari ni

Ape kejadah tajuk gitu kan..
Tapi siyes, bos cuti hari ni 
tak kesah la kan.
Janji dia takde.
Yabedabeduuuu
Di kesempatan ini le nk lepaking sakan, kaki ala2 dok atas meja (choi..buruk beno plak), nak tido dlm surau pun bisa derr..


Ok
Dah lama tak update beloggg.
Takde mase mehh.
Jadual harianku makin padat
Cuti weekend last week mmg terbaik
Dah lama tak pecah rekod tak berjalan dihujung minggu-bazir masa kat soping mall
Keluar kejap p isi minyak dengan singgah mydin sekejap dalam tempoh 1 jam 15 minit.
Itu pun asalnya petang sabtu tu nk bawak iman main kat playground, last2 incik suami ajak p mydin nk cari amende tah, tayar motor dia kena cocok paku lagi.


Pagi ni datang ofis rata2 muka semua senyum sampai ke telinga.
Asal??
owhh, pekeliling pasal jadual gaji dah keluar.
Syukur Alhamdulillah, gaji naik 13% (hari tu PM dah announced), increament tahunan pun masyuk!
Skang ni tnggu kelulusan kenaikan untuk opis incik suami plak.
Harap2 dapat la ape yang diminta.
Banyak tu..2kali ganda dari penjawat awam.Fuhh.


Pasal big and small iman
Takde banyak perubahan
Small iman aka kisya dah makan bubur nasi!
Memula bagi tu as usual lah, kemain tak nak.
Ummi buat kemain banyak, sekali dua suap pun tak sampai
Menu bubur nasi kisya berubah rubah
Ikut mood ummi la kan.
Biasnya nasi + minced beef + cauliflower + carrot
Takpun nasi + ikan bilis + cauliflower + carrot
Takpun nasi + ayam + cauliflower + carrot
Disebabkan dah lama tak soping di hypermarket, so takde la beli daun saleri.
Orang kata elok kan, untuk otak.
Eh ye ke?? ke daun lain.
Macam pernah terbaca.
Tu yang time iman gigih buat sup masukkan daun saleri.
Ke sebab kan cerita wonder pets yang suka makan daun saleri terus byk idea nak tolong binatang lain??
MUNGKIN la..
Tak kesah le, asal ada sayur dalam diet seimbang.
Pastu bagi buah.
La ni dah terer la si kisya tu makan buah epal, lai bagai.
Ummi potong2 kiub, lenyek2 kan sikit pastu sumbat dalam Munchhkin : Fresh Food Feeder
So dia makan sampai basah2 baju.
Agak2 dah takde rase, dicampak je ke lantai.
Senang kan jadi budak!


Ini le natang food feeder tu..ringgit 30 gitu kot.
barang cicinonet je tp rege..cekik darah

Big iman masih belum boleh bercakap.
ada la sikit2 dia ckp cm "ba (ball), cha (kisya), nenak (taknak).
The good thing about abang iman ni dia mendengar kata (kalau kena time dia tak tantrum la).
Pernah sekali tu babah belikan air kotak dutch lady.
Satu dah bukak.Belum habis, letak atas kabinet tv
Sekali nampak yang baru, nk yang itu pulak
Babah kata, "yang ni tak habis lagi, habiskan yang ni dulu..bla..bla"
Pastu leh dia letak balik yang belum bukak tu atas meja and amik yang separuh dia minum tu.
Good boy.
Semalam saje2 refresh mind dia bila tanya mulut, gigi, hidung, mata, perot, kaki, tangan, rambut, telinga.
Ummi terlupa, belum ajar montot lagi.
Sekali tunjuk dia bontot, tunjuk kat belakang dia la.
Tapi dia cam susah nk pusing tgk montot sendiri kan.
Sekali dengan slumber nye jalan belakang ummi then tunjuk montot ummi.
Ummi pun macam emmm???
Gelak pastu..haha
anak ku bijak.

Satu petua ummi nk kongsi supaya anak ni mendengar kata.
Ada terbaca kat belog mana tah, tapi lupe nk copy.
Ingat satu dlm banyak2 petua tu and always practic kan.
Petua nya:
Time anak nak tido, time dia tgh lalok/khayal2/mata pun kuyup2 tu,
bisik kat telinga dia, apa yang kita nk dia jadi.
Contoh : Iman jadi good boy ye, nanti besar jadi doktor (contoh je ni), dengar cakap ummi, babah. Jaga adik. Pergi school tau..
Memula tu mmg la dia akan pelik, tapi lama2 kalau dia dah terbiasa, korang akan perasan dia macam berfikir apa yang kita ckp tu, and if u r lucky, he will nod his head meaning he is agree with u la.
Good job la tuh kan.

Ok la..
Nak sambung kerja.
B4 tuh, tepek sikit gmbr intan permata



eiiii..gerammm...cam nk geget geget je satu badan..renyuk2 kang baru tau..













Tuesday, March 13, 2012

Zaman la ni dah tak selamat nak lepaskan anak main sorang2 kat luar

Apa kaitan dengan tajuk???


Yes..uoll baca newspaper??tengok news di tv??
Ni kes Arwah adik nadirah aka dirang yang mati dibakar tu ha..
Ok.
Uolls yang folo cerita ni mesti tahu kan latar belakang kes.
Ada juga rumors yang mengatakan ibunya sebuk berfesbuk tatkala anak kecil itu lapar dan telah diminta oleh ibunya utk membeli meggi dan telur bersendirian!
Namun, berita ini tidak mendapat kesahihan dan harap ianya tidak benar.Sekadar dari mulut ke mulut.
Hopefully  gitu lah.
Kalau benar??
Penjenayah tu kalau dapat ditangkap, bukan salah dia 100% kerana menzalimi anak kecil itu.
Tapi dia telah dizalimi oleh ibunya sendiri pada awal awal lagi.
Agree with me???
Umur baru 5 tahun sudah dibenarkan jalan bersendirian ke kedai beli meggi.
Please la semua ibu ibu bapak bapak di luar sana.
We are no longer live in the year of 80's or 90's
Zaman la ni dah mcm2 berlaku.
Malaysia dah tak selamat dah kalau kita nak letting our children play by themselves without supervision.
Agree with me?
Please say yes.
Zaman aku dulu ye la.
P sekolah agama jalan kaki sorang2.
Kiri kanan jalan sunyi hokeyhh.
Bukan la hutan belantara.Idak le.
Cuma memang takde kereta yang banyak lalu lalang.
Kalau kena kidnap, kompem takde saksi.
Mati katak je kalau kena bako.


Berbalik pada kes adik dirang tu.
Dia teringin beno nk makan megi ek?
Last2 mak dia soh p beli sendiri, mak nak berfesbuk.
Ape jenis la mak camni kan.
Lain la kalau mak nk berfesbuk-anak nak makan megi-p beli ngan bapak.
Orait la.
5 tahun.kecik beno rasenye nk biarkan dia sengsorang kluar ke kedai
Haish..memang tak leh dimaafkan.
Kalau pun undang-undang nak salahkan penjenayah, jangan dilupakan si mak yang dikategorikan sebagai cuai.
Ye la kan, takkan la si penculik nak culik anak kalau mak ayah ada bersama.


Aku dulu penah jugak jadi gini
Giler nk mengapdet blog, anak dah nangis2 nak nyusu.
Tapi ok le, babah dia ada untuk tenangkan.
Idak le pulak soh turun sendiri panaskan susu sendiri pulak kan.
Tapi last2 babah dah jerit, baru gelupor naik.kui3..
Suwitt tak??
heh, sour hokeyhh.
Kes lain pulok.Kitorang la ni dah jarang sangat sangat nak menshopping kat tesco or giant or econsave.
Sebabnya susah nk control both iman.
Yang kecik tak nak dok dalam stroller.
Yang besar nk jadi tourist guide.
Mana nak cekau garam, gula, sup bunjut, mane pulak nak peratikan si iman beso.nak pulak kena dokong iman kecik.
Fuhhh berpeluh.
Last2  satu dua barang je dapat beli.Bazir masa.
La ni, apa nak beli, incik suami je yang p beli.
Pernah sekali tu kat tesco.
Time nak bayar, si iman beso sibuk dok belek2 cokelat, mentos whatsoever di kaunter tu.Sooo attractive kan kaler warna warni gitu
Sekali ummi pun sebuk tengok cashier mengscan barang belian, babah pulak masukkan barang dalam greenbag.
Hah! takde orang perasan iman beso ke mana.
Tau2 dah takde.
Gelabah sekejap.
Cepat2 carik, ropenye dia dok sebuk pegang mentos.
Huish..sebab dia kecik, terselindung di balik chocolate shelf  tu
Fuhh..rase nk gugur jantung ok.
Tu baru beberapa saat+minit, pulak tu barang pun tak banyak
Kalau setroli penuh, mau makin lama kami ralit dan tah kemana mana merayap budak kecik tu
Nauzubillah.Mintak jauh.
So now, no more shopping la.
Setakat jalan2-window shopping je la.
Toksah verangan nak beli itu ini.
Kalau nak, amik cuti, p melenjan satu hari kat soping complex.
Tanpa gangguan, duit dapat disalurkan dengan laju sekali.


Umur iman baru setahun 9 bulan.
Even kalau nk main kat car porch pun kitorang kena ada kat luar sama.
Memang la pagar tutup-kunci bagai.
Tapi who knows, orang panjat ke kan.
Jiran zaman la ni, mana nk hirau sangat kan.
So sape nk hirau kan anak2 kalau bukan makbapak sendiri kan.




Anak adalah anugerah  dan amanah dari Allah SWT.
Kita perlu pikul tanggungjawab ini dengan seikhlas nya, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Nya.


Jangan tahu buat anak je.Tapi tak tahu nak menjaga.
Kalau tak reti, tu yang kena belajar.
Sabda Rasulullah, carilah ilmu sampai ke negeri China.


Sekian celoteh.









Tuesday, March 6, 2012

Both IMAN yang macam macam

Salam semua,


Dah lama sangat tertangguh nak cerita pasal both my iman yang makin hari makin cerdik, bijak, dan yang penting macam macam perangai.


Ok. kita pergi ke iman besar dulu


1. Iman dah satu tahun 7 bulan (almost 8mths dah).Dah makin berat..fuhhh..berpeluh jugak kalau dokong abg iman ni (selalu babah le). Yang ummi plak selalu kena hangkut both iman dr atas turun ke bawah..dah jadi supermak!!

Ball ni yang ke berapa puluh entah..asyik ball ball ball..
2. Cakap ?? masih belum lagi.huhu..panggil ummi pun 'Ta'.Skang ni dah berjangkit ke babah pulak.Semuanya dipanggil 'Ta'. Tapi lately dah keluar sikit2 panggil adik something like 'sha' or maybe 'cha'..lebih kurang la..Asyik dok dengar kitorg panggil kisya/icha..dia pun ikot.Dog..cat..dah dengar dah bunyik sikit2..


3. Selera makan dah kembali.Kalau pinggan dia ummi tak letak atas meja (baru letak lauk, dia dulu dah sibuk2 nak naik kerusi makan), dia pulak yang ke dapur dok tunjuk2 rak pinggan.Memula dulu tak paham.Rupenye nk pinggan.Ok, i got it!!
time ni bangun tidur terus ngadap chicken wing..berlemuih...tangan kiri!!
4. Nasi nak ceduk sendiri.Kalau terlebih rajin, nasi ummi babah dia tolong cedukkan jugak. Kena cepat2 amik lauk before iman 'main' lauk tu. Perangai yang ummi perasan, biasanya dia akan main-main dulu dengan makanan tu, pastu last baru makan. Agaknye nak amik feel. Tangan kiri kanan semua guna.Ok yang ni ummi kurang gemar.Tp dia baru nk belajar kan.It's ok. Bila habis makan, end up with sepah-nasik terabur sana sini-kerusi basah dengan air tumpah..fuhhhh..anak nak makan punye pasal, rela kan je..


5. Suke berebut penyapu dan penyodok dengan ummi.So last2 ummi bagi dia sebatang, ok, silakan sapu.Dah besar jangan tak tolong ummi ye sayang.


iman mmg rajin menyapu..macam atok nye juga..org jawa mmg rajin..yeayy!!
6. Mat smart!! ini gelaran babah bagi. Sebabnya, satu malam, ada la dalam 2 - 3 pasang baju dia nk salin. Iman hari tu dapat byk baju from my colleague, bile dah byk sgt, ummi bekalkan baju cantek2 utk pakai kat nursery. Yang akak tu ingat malam nk berjalan, dipakaikan bila nk balik. Start dari hari tuh, asyik nk menyemart aje la abang iman ni. Nak pakai baju cantek2 je.Plak tu ada je baju faveret dia.Kadang2, dah pakai semalaman, nk sambung pakai esoknya pulak..kadang2, bila balik dr nursery terus ke almari baju tunjuk nk tukar baju..terpaksa la layan kan..kang ngamok pulak..aduyai..anak anak..
antara baju feveret..baju angry bird..mama bagi..
7. Gigi dah banyak dah.Geraham dah banyak tumbuh.Tu yang selera tgk dia makan ayam. Bila gosok gigi dah pandai kumur.kalau tak ditelan je air tuh.
see my teeth??? tu belum nganga lagi..penuh sudah
8. Dah boleh diharap. Cth : baju kotor letak dalam bakul, buang sampah dalam tong sampah, bukak/tutup tv, halakan remote di TV.


9. Pergi nursery tak nanges dah.Turun dari motor terus masuk sendiri..good boy! Yang paling syok, bila nak balik,macam tau2 je ummi dah nak sampai, dia dah siap standby depan pintu.Nampak je kereta ummi, terus nanges2 (ala ngade2) macam kena kurung kann, siap tangan dok keluar2kan dari gril..notti boy!!


time ni fisrt time naik train (erl)..teruja sehingga tak terkata..sonyap je sepanjang jln.
(teruja ke takut ehhh??)

10. Kadang-kadang ummi dengar macam iman menyanyi..betul ke?? ye la kot ek..tp tah bahasa apa digunakan, ummi babah tak pasti..kalau ngaji kan lagi elok..bile ummi nk start iqra' ek???


11. Dah pandai buat muka 'puss in boot'..alahai..klu tgk mata dia, nk mintak simpati supaya tk kna marah..
yang ni ala2 puss in boot la..tapi tak berapa puss..

apa yang disembangkan both iman ni, ummi tak paham pulak..maybe sedang merancang nak ajak ummi babah berjalan hujung minggu..
-------------------------------------------------------
----------------------------------------------
-----------------------------------
Ok now Iman kecik pulok..


1. Kisya now dah 5 bln 2 minggu..berat 5.8 je dik!! ape la slim benau kamu ni..bulan lepas 5.4 je..takpe, kamu gegel, kena slim cm model..ahaksss
eeeiiiii..anak sape kiut ni...
2. Umur 4bulan setengah kisya dah kedepan kebelakang kiri dan kanan!! sangat cepat kan..maybe sebab badan ringan, so senang nk rolling around..now umur 5 bulan dah bergerak maju kehadapan, dah selamat sampai dapur (nak cari ummi nye pasal..leh bau ummi ea dik??)..dah berani menyusur keluar dr bilik..bagus..bagus..
speechless..whats on my head ni ummi?? menyemak je
3. Last week ummi saje introduce kan puree pisang pada kisya..kemain dia ye tak nak..nk susu juge!!. meraung raung taknak..ok takpe..nti ummi try betik pulak..


Pesanan : sila jangan terkejut dgn muka ummi..
uik..apo ni ummi..lenmacam jek rase..
 waaa..tak mau..tak shedap..bushukkkk!!
last2, bagi jugak susu yg ummi pam .
(muka ummi dah macam gorilla bile edit bagai..giler huduh..sumpah tak buat dah)
4.Dah pandai geram..especially dengan abang iman.Kalau abang dok kacau dia, mula la buat muka geram nk gigit tangan abang, tarik rambut abang..naseb baik abang pun cool je time tu..tapi siyes..comel giler..


5.Pemakan kertas tegar!! Pantang nampak buku, suratkhabar, pamplet dan yang sewaktu dengannya, mesti dia nk capai dulu..pastu masuk mulut dan nyum nyum..sedap ummi..sambil buat muka tak bersalah.
dua angry birds..kisya bird and amanda bird
6.Kepala kisya dah hitam..yeay!! Maknanya rambut dah makin lebat..Lama betul..sian kisya, baby girl, tapi rambut tak dak..
eh..seronok le dok dlm stroller kak manda ni..
mahal ni kisya..ummi tak larat kuar duit beli stroller byk2..


7.Sangat behave waktu ummi berkursus.Tapi that night before ummi left, takleh langsung berenggang dgn ummi.Asal babah pegang je, berpusing2 badan cari ummi, pastu nanges..


8. Kisya ni sangat peramah.Jumpa orang je mesti senyum.Lebar pulak tu, sampai ternganga-nganga mulut. so suwitttttttttttttttttt.


9.Paling suka kalau time nk cuci poo poo di basin bathroom..Excited semacam..terlompat-lompat tgk muka sendiri (yang pretty cute) kat cermin..
pretty cute ehhh
10. Dah susah nk pakai diaper, baju..asyik nk pusing je..perlu bertukar ke mamy poko pants kah?? nanti ummi buat proposal pada babah ye..(kompem babah tepuk dahi)


OK..tu je kot..


fuhhh..nak buat satu entry ni pun dah peram lebih 2 minggu..ape celop!!!


hug and kisses to both my iman..and babah both iman jugak..auwwww




both my iman..luv u muahhhhh





Thursday, February 23, 2012

Al Fatihah buat Adik Faris Nur Daniel

Saya tak kenal arwah
Tetapi saya menangis bila baca kisah arwah
Saya cuba meletakkan situasi ibu ayah arwah di tempat saya
Tetapi pastinya takkan sama dengan perasaan yang mereka alami
Semoga mereka tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT 
Takziah buat keluarga arwah


Untuk mengetahui kisah anak kecil ini sila ke blog Mazidul akmal: perkongsian hitam putih kehidupan


Walaupun sumbangan orang ramai telah cukup untuk melangsaikan pembayaran kos rawatan arwah yang telah mencecah RM100 000.00 saya rasa tak salah kalau kita terus membantu keluarga arwah bagi menanggung kos kos lain.
Bagi yang bermurah hati boleh membuat transaksi ke akaun ayah arwah:

Maybank 1628-5200-2738 
atau  
1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail)

 Lihat!! Dia menangis..
Wajah comel yang telah pergi buat selamanya.

Ketika membaca kisah ini, dalam fikiran hanya ada Iman Rizqin dan Iman Kaiyisyah
Anak-anak ummi..............