Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Kerisauan seorang ibu

Salam semua,

Macam biasa setiap malam isnin, kami (ummi dan iman) kena teman babah tengok drama feveret dia "JUVANA". Bukan best sangat pun (statement dengki ~ macam la asmara 2 tu besh sangat..haha). Sekali diorang buat debat, pasai pe tah..bese la tak folo sangat.Sekali dah nak ending tuh, ada plak tunjuk adegan buli membuli kat sekolah.Antara budak baik dengan budak jahat (refer pada si Botak le).

Tetiba terfikir, macam ni nanti iman nk hadapi kat sekolah.Ya Allah terus mata meluru pada anak kecil yang sedang seronok dengan dunia kecil dia tu.Ishh, agaknya macam ni la perasaan mak kita bila lepaskan kita dengan kawan2 ke, lepaskan belajar di asrama.Hati macam tak tenang.Kalau dalam drama JUVANA tu, budak tu dibelasah, siap kena ikat kat papan jongkang jongket.Nauzubillah.Terus berdoa pada Allah SWT, mintak2 anak2 ummi dijauhkan semua ni.Semoga Allah lindungi anak2 ummi.Macam nak menangis.Dah terfikir nk cakap kat babah, macam nak ikot iman pergi school.Tapi mesti babah kata ape je..Huish..ye jugak..tak logik.

Tapi betul, bebudak zaman sekarang ni, bukan macam dulu lagi.Semakin ganas, samseng.Ish..jangan la anak2 ummi jadi macam tuh.Takut dengan dunia ni sebenarnya.

Semoga ummi dan babah dapat mencorakkan yang terbaik untuk Iman dan adik2nya nanti.InsyaAllah..











Nota: malam ni hantar iman pergi umah mama dia..Mama dia nk pinjam.Kak hawa nk iman.So ummi boleh tengok Asmara dengan tenang. Pastu plan nk ronda2 amik angin naik motor berdua deegan babah.Dah lama tak menggedik2 berdua atas motor..haha..destinasi??? Tak tahu lagi..Redah je kot..Esok nak cuti, so tidur lewat pun takpe..yeayy!!!

Monday, May 30, 2011

Happy 2nd Anniversary

Salam semua,

Hari ini genap ulangtahun perkahwinan kami yang ke-dua.Sekejap je masa berlalu.Tup tup dah 2 tahun kami menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.Banyak dugaan, suka duka yang telah banyak mengajar kami untuk terus bersabar, saling memahami dan mengenali hati budi masing-masing.Dalam 2 tahun ini jugalah jatuh bangun ekonomi keluarga kami, tangani bersama, melihat kesanggupan masing-masing untuk terus survive dalam melayari bahtera rumahtangga. Boleh dikatakan 2 tahun pertama adalah tahun yang crucial bagi kami berdua, tapi kami tetap hadapinya dengan sabar dan tabah. Dalam 2 tahun ini juga kami dikurniakan satu anugerah yang tak ternilai dan anugerah ini juga yang menjadi tali pengikat hubungan kami untuk lebih erat iaitu Muhammad Iman Rizqin bin Mohamad Sukri. Dalam tahun kedua ini juga insyaAllah dengan izinNya, satu lagi anugerah yang bakal kami terima.Doakan yang terbaik.

Doa kami:
i. Semoga tahun yang mendatang akan lebih ceria, gembira dengan gelak tawa dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah
ii.Semoga kami sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
iii.Semoga kami sekeluarga sentiasa mendapat petunjuk dan berada di bawah perlindunganNya
iv.Semoga hubungan kami sentiasa diberkati olehNya dan berkekalan sehingga akhirnya
v.Semoga rumahtangga kami sentiasa diselubungi rasa cinta, sayang dan rindu untuk selamanya

Kata-kata cinta untuk suami:

You are the one

that comes into my dreams.

You are the one that I need

and want to share my life with.

I was really blessed

when you came into my life.

We fell in love

and life became so much better.

Walking through this life

alone can be very hard.

I am so glad to have you

and to share our life together.

I don’t tell you enough

that you are the one

that I reach for

when life gets me down.

You are the one

that I have dream about.

The one that I have waited

for half my life.

Let me slip away

and fall into your love.

I am caught up in your spell.

I never want to lose this passion.

You are the one

that makes me feel safe.

The one that I love

and adore with all of my heart.

You have always been kind

to me and our daughter.

You love us with all

of your heart, body, and soul.

You make my heart

flutter and beat fast,

and you are the one

that fulfills me entirely.

You are my husband;

You are my haven .

You are my lover

and my best friend.

I love you more

than words can ever say.

But I hope these words will suffice

For I love you.

http://cathey711.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif


AMINNNNNNN....




Tuesday, May 24, 2011

Time to fly...

Salam semua,

Jap lagi nk terbang ke perghhlihhh (perlis ye!)Biasa la atas urusan kerja.Tak koje nk pergi jauh2, weekdays lak tuh..dalam 15 minit lagi nak naik kete ofis ke KLIA.Belum check-in lagi nih..try guna online tp asyik tergantung je..nyampah..emmm..sampai je epot, nk terus check in, pastu kalau sempat nk cari spegeti carbonara..tp di mana ye ada jual..owhhh..SR ada..tp hujung nun..jauh giler!!!..tgk caner..

Kali ni bawak beg AF..beg roda tuh..padahal esok dah balik..kununnya berangan nk sumbat harum manis dalam beg..haha..sekali sekilo sebijik..amik kau sejibik!!! bp bijik je bleh bwk dgn keadaan camni..emm..tgk rezeki caner..kot la orang perlis nk bagi ke..kuang3..sekali lagi berangan+perasan.

Ok lah..nak p dah..daaa

Hot Bangi Char Koay Teow

Salam semua,

Hari ni terpanggil nk buat satu food review.Semalam kami ke Hospital An-Nur.Because me batuk kuat sampai nk terkeluar anak tekak and iman pun ada simptom flu.Lepas jumpa doctor, amik ubat bagai, Incik suami tanya nk makan tak?? soalan cepu cemas ke apa tuh??dah kat luar haruslah makan,bila lagi nk robek kan poket dia..kui3..tak baik tol!!! Mula2 i request for pizza sebab nk makan carbonara..yummmy..terasa kelemakannya..tp pizza tah ceruk mana bangi ni, jauh..incik suami kata, tak payah..cesss..bek tak payah tanya..last2 dia yg decide."Kita makan kedai yg ramai orang kat blkg ni je"..ceh..tak membuka selera langsung..Sekali bila otw ke sana nampak satu restoran baru, sebelah kedai Arabic Food tuh..HOT BANGI CHAR KOAY TEOW..wow!!memang dah lama tak pekena char kay toew (CKT) ni..dah lama carik pun, tp tak tau mane yg best..cepat2 soh benti kete, makan sini je..yeslahhh..

Ok, so this is my review pasal makan kat sini:


1. Servis cepat - maybe sebab tak ramai orang tahu lagi, and CKT pun mmg buat cepat pun kan..tungtangtungtang siap
2. Main menu ada 2 je - CKT (special, pinggan besar or kecik) dan nasi lemak.
3. CKT dia sedap gak - udang 3ekor.Incik suami kata lagi sedap dari CKT depan pasar malam changlun.wah, jauh betoi buat perbandingan!!!
4. Highly recommended untuk try CKT di sini!!!!

Untuk makluman, kedai ni bukak dari 3.30ptg - 2.00pagi (location, belakang hospital pakar an-nur,kordinat GPS tak tau le pulak) so kalau tekak rase nk pekena CKT time lunch, jgn harap le..tunggu hi-tea jek..



Ni gambar ihsan encik gugel.."bukan gambar sebenar!"

Monday, May 16, 2011

Pe'el Iman Rizqin


Salam semua,

Hari ini terpanggil untuk cerita satu pe'el iman yang kaang-kadang buat ummi dan babah geram.Cam nk geget badan dia gedebop tuh..

Cerita dia cenggini..Tiap malam, dalam 8 malam, kami sekuarga akan turun bawah, untuk cook for dinner @ terus dinner (if beli makanan kat luar).Tengok situasi, kadang2 setel dinner around 9pm.Kalau 9pm baru start, 10pm la baru setel kemas dapur, sapu lantai bagai (kalau terlebey rajen, keje ngemop dibuat le.kalau perangai malas datang, mmg tak bermop lantai dapor tuh!!).Tapi ummi akan pastikan setiap malam selasa, 9pm dah terpacak depan tv sebab nk layan Asmara 2.Kalau meja tak kemas lagi, pass kepada babah..buat muka jelita + janji manis macam2, cair le babah tuh..

Kalau ikutkan, kat bawah je ada astro.Walaupun tak amik pakej yang best2, tapi layan je la siaran ape yang ada.Kalau tak pasang astro, kat tv tu hujan lebat le jawabnye..tak dapat channel langsung..kalau tv kat dalam bilik kat atas, layan yang bukan astro je la..Selalunya, dalam 10pm tuh, mata ummi dengan babah mmg dah nk katop..tp kadang2 bile ada cerita best, cuba gak menangkis penutupan mata..MALANGNYA..anak manja sorang ni suka cari pasal lak..bile jam 10pm je, mula dia merengek2..jenuh pujuk, riba, dodoi, bagi toys,sume tak nak..kalau nk pun sekejap je benti rengek, pastu start balik..Sebenarnya dia mintak kitorang semua naik bilik..nak tido la kunun..bila dah dilayan kerenah dia tuh, naik bilik, bukan dia nk tido pun.Main toys kat atas pulak..lagi sonok main kat bilik gamaknya.sebab ada tilam atas lantai.Kat bawah takde tilam, takleh golek2 la ..Kalau dah lepas change diapers, pastu nk tidokan pun masih nk main2 lagi.Main cak2 la..senyum2 kambing la..peek-a-boo la..ishhh..budak ni saje je..dok bawah tak nak..nk jugak dok dalam bilik panas ni..kat bawah sejuk sikit..

Ulasan babah : Budak bijak memang la camtu..Banyak akal..

Emm, pape lah iman rizqin oi...

Iman dan babah..Time ni iman 5mths.

Sunday, May 15, 2011

Makan durian

Salam semua,

Semalam ada kenduri 1 of our colleague, cik mas..eh..now dah puan mas le..lokasi majlis di dengkil, kampung sg.buah.So we went there around 12.45pm and sampai 1.20pm..bile dah jumpa pengantin (oppss gmbr pengantin tak snap sbb takde camera, ada pd incik suami..henpon dia je pun), makan pun kenyang (nasi hujan panas dia sedap giler), berangkat le pulang..

So bile balik tu banyak le gerai yang jual durian tepi jalan..tetiba satu gerai ni siap ada meja kerusi untuk yang nk makan terus kat situ..tak payah nk mencangkung2 duduk makan durian..owh..kitorang dah terlajak..pastu cepat2 soh incik suami pusing balik..Memula dia nk take away je..owh..tak payah le..kang pening bau durian dalam kete..last2 makan situ jek..entah jenis ape incik suami pilih durian tuh..tp dah remind kat dia ngan seller tuh, nk yang manis..last2 dia bagi yang kecik je..tak payah beso2, nk makan 2 perut je..tapi rase dia memang wallahhh la..manehhh betoi..kuning..lembut..emmm..yummmyyy..iman kitorang belikan jelly kelapa..tp suapkan gak sikit durian..bagi rasa..kang dah beso tak nk makan plak..habis budak bandar la tuh..haha..

By the way, my collegue, k.elis pun stopped jugak makan durian..makan situ gak..haha..terpikat kot..pastu tgk kitorg pun ada, lagi le semangat nk benti makan...hehe

ok, jom layan gmbr..




ni la durian yang kami beli..
kecik je tapi berat gak..1.4kg = rm22
*walopon rege mahal tp puas hati sbb sangat sedap hingga jilat jari!!!









ummi suap iman jelly kelapa..tgk durian tuh..tunggu time nk dibelasah..














1st bite..yummmyy..siyes...mmg manessss..















iman was trying to touch the durian's skin..oppsss..tajam sayang...sakit kang..













Sampai rumah je, terus menuju ke shower..mandi..panas satu badan..tu baru makan sebijik kecik..2 orang lak tuh..iman pun tido b4 sampai rumah..penat kot..sian dia..tak dan nk mandikan dia..bile dah solat zohor..tetiba cam fening2..uih..tp dan lagi tgk mercury rising..bile jam 5, dah tak tahan dah..naik bilik solat asar..pastu tido sat (iman masih tido)..jam 6 bangun sbb iman dah bangun, dia siap tarik2 rambut ummi soh bangun gamaknye..bile bangun, fening tadi dah pun hilang..so tak payah telan obat..alhamdulillah..

Nota: Langsai sudah rasa teringin makan durian..emmm

Monday, May 9, 2011

Assam Laksa Meletop

Salam semua,

Cerita ni dah basi sebenarnya. Tapi nak cerita jugak sebab nk promote.hehe.Cuti panjang last 2 weeks kami sepemili berseronok2 di ipoh.Almaklumlah dah lama sangat tak balik ipoh.Pujuk + merajuk sakan dengan incik suami akhirnya berjaya jugak spent time dari sabtu sampai isnin kat ipoh.Bila dah berhari-hari kat ipoh, berjalan2 jugak la, sempat la melempiaskan tekanan kat ipoh parade (yang takde mende tuh), jenguk2 kawan yang dalam pantang, bawak iman jumpa makcik baru (makcik i aka nenek iman baru je lepas beranak!! boleh tak??).Tapi yang paling spesel ialah dapat melempiaskan nafsu makan kat assam laksa yang jual kat dataran ipoh tu.Dah lama giler tak pergi sana.Asal balik ipoh je mesti macam tak sempat nak pergi.Padahal perut dah lama meminta meronta-ronta nak pelahap assam laksa tuh.Rasanya last makan assam laksa tu b4 kawen.Just imagine dah nak masuk 2 tahun anibeseri kitorg, la ni baru ada peluang mentekedarah assam laksa.Sebab bila tanya incik suami, dia kata tak pernah makan, so memang kompem la 2 tahun tak jenguk dataran tuh.LAma betoi.

Ok, nak cite pasal assam laksa ni.Asal usul perkenalan kami ialah bile aku praktikal dulu (tahun 2008). Ada abang despatch ni buat part time jual assam laksa sebab nak sapot duet kawen.Awek cun.Kena la bayar tinggi.Tapi nasib le awek dia turut tolong jual.Ekceli awek (yang skang ni dah selamat jadi bini) keturunan cina.Nenek dia kot.Tak ingat lak.So resipi rahsia assam laksa ni dari awek dia tuh.Memang meletop uolls.Cuba la try.

Nak dijadikan cerita, malam kejadian (ahad 1Mei2011), hujan renyai2, sejuk2 je kat luar.Memang tak seswai untuk iman yang tak leh sejuk sangat.Kang tak pasal batuk+flu.Jenuh lak nk ulang alik klinik amik neb.Sambung cerita.So mlm tu untuk ke dataran, aku yang drive.Alasan incik suami, "tak pandai jalan ipoh, lagipun mlm tak berapa nampak"..macam tu pulak alasan dia.Ok la.I drive ye yang.

Sekali bile sampai, incik suami turun p beli.Dah pesan, abng yang jual tu satu kapel.Hensem2,bini dia macam cino..sekali tak sampai 5 minit dah balik ke kete.Ingatkan dah setel.Rupenye tak jumpe.Takut salah beli.huish..aku lak yang yg cari..memula satu gerai je yang jual assam laksa, tai lain plak org yg jualnya..dimanakah abg hensem dan bini yang mcm cin tuh..habis seround patah balik ke gerai tadi tuh.Siap konfiden tanya, "ni assam laksa yang abg shidan tu ke??" owh, takleh blah nye soalan.Abg mok tu pun senyum2 dan angguk..mesti heran caner la aku tau nama owner dia..nasib aku tak lebey2 cakap pasal bin dia..kang mau dia repot kata ada awex nk ngorat dia lak..haha..perasan..ok.dah beli pastu pulang..

Sampai je umah, terus ready makanan atas meja..ape lagi, iman babah le jaga..perut ummi perlu didahulukan..dah mmg siapkan utk incik suami..sorry ye bang.takleh makan berjemaah..tak sabar sgt dah ni..1st slurrppp, mmg mcm dulu..terbaek!!!!!!!!!!! sekali incik suami tgk mcm kecor aliur je..takleh jadi..letak iman, biar dia main sorang2 dia plak nk belasah..sekali dia slurppp...tertengok muka dia..siap angkat2 kening lagi..apakah maksudnya itu??? i pun balas dgn apa???? owhhhhhhhh..ropenye sedap..hah.."kan ayang dah kata, assam laksa ni susah nk cari kat mane2..kat sini je dapat..sedap kan??emm.." last2 dia perabih dulu.lapo ben gamaknya..aku je hirup sampai titisan akhir..perghhh..mmg terbaeklah malam tuh...tidur dengan lenanya...



owh..beginilah rupa assam laksa tu..sempat snap 1pc je..gmbr time pelahap mmg takde la..sume khusyuk ngadap..takde masa nk snap2..tengok!! siap letak fucuk lagi..cuba cari kat mane2.takde pekat kuah dia camni..even kat laksa shake pun dah tak sedap..siyes!!!




tetiba cam tayang gmbr iman rizqin ceksi kat sini..jom layan..



ni dia tgh mandi dalam kolam kat parking umah opah..siap ada bola stoberi lagi..kitorg siap letak ikan kecik sekor dlm kolam tuh..(ada kat blkg tuh) tp iman bleh buat tak reti jek..cesss..












beshnya mandi ni ummi...cejukkk le..













emmm..seksi kan i..