Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Kerisauan seorang ibu

Salam semua,

Macam biasa setiap malam isnin, kami (ummi dan iman) kena teman babah tengok drama feveret dia "JUVANA". Bukan best sangat pun (statement dengki ~ macam la asmara 2 tu besh sangat..haha). Sekali diorang buat debat, pasai pe tah..bese la tak folo sangat.Sekali dah nak ending tuh, ada plak tunjuk adegan buli membuli kat sekolah.Antara budak baik dengan budak jahat (refer pada si Botak le).

Tetiba terfikir, macam ni nanti iman nk hadapi kat sekolah.Ya Allah terus mata meluru pada anak kecil yang sedang seronok dengan dunia kecil dia tu.Ishh, agaknya macam ni la perasaan mak kita bila lepaskan kita dengan kawan2 ke, lepaskan belajar di asrama.Hati macam tak tenang.Kalau dalam drama JUVANA tu, budak tu dibelasah, siap kena ikat kat papan jongkang jongket.Nauzubillah.Terus berdoa pada Allah SWT, mintak2 anak2 ummi dijauhkan semua ni.Semoga Allah lindungi anak2 ummi.Macam nak menangis.Dah terfikir nk cakap kat babah, macam nak ikot iman pergi school.Tapi mesti babah kata ape je..Huish..ye jugak..tak logik.

Tapi betul, bebudak zaman sekarang ni, bukan macam dulu lagi.Semakin ganas, samseng.Ish..jangan la anak2 ummi jadi macam tuh.Takut dengan dunia ni sebenarnya.

Semoga ummi dan babah dapat mencorakkan yang terbaik untuk Iman dan adik2nya nanti.InsyaAllah..











Nota: malam ni hantar iman pergi umah mama dia..Mama dia nk pinjam.Kak hawa nk iman.So ummi boleh tengok Asmara dengan tenang. Pastu plan nk ronda2 amik angin naik motor berdua deegan babah.Dah lama tak menggedik2 berdua atas motor..haha..destinasi??? Tak tahu lagi..Redah je kot..Esok nak cuti, so tidur lewat pun takpe..yeayy!!!

4 comments:

ibu qaleesya said...

cerita juvana tu ok jer.. tapi kalo di bawah kawalan takut budak2 terjebak.. yang si botak tu dia kena dera nagan ayah dia tu yang dia jadi ganas.. hehhe

dalilarahmad said...

tu la pasal..skang ni cerita2 kat tv macam tak ditapis..banyak cabaran bile nk besarkan anak ni

Siti Syuhada said...

Dulu rasa klau ada anak nanti nak antor duk kat asrama..bior belajar berdikari...now, riso plak nak antor gie asrama..tapi klau dia tak duk asrama banyak plak benda yg dia akan miss..

Aku Ibu Muda said...

juvana...hurm....risau gak kalau remaja yg menonton dan terikut2