Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 27, 2012

jumaat petang yang indah

Sambil dgr lagu sazzy sam + yana samsudin.
tulis blog sikit


Mggu ni cuti panjang.
yeay!! tak sabar
Mlm ni tak leh gerak balik ipoh.
Takut jem
Esok pepagi kena gerak dah sebab nk attend kenduri tunang my beloved cousin
Baju yang ditempah, dah boleh collect petang.
Fuhh sempat siap.
Baru bleh glem esok.
Choii..bajet kan..


Owhhh..Mata tetibe ngantok plak pepetang ni.
Ahad ni nk berjalan dgn family.
Semoga semua berjalan seperti yang dirancang.
Isnin cuti.Hoyeayyy.


Ok.nak solat asor+ngepam susu.


Daaa.


SELAMAT BERCUTI UOLLSSS!!

Thursday, April 19, 2012

Susah jugak dok kat Putrajaya ek??

Ok..Last few days sembang-sembang dengan my colleague time lunch.
Sekali depa dok cerita dah keluar satu arahan dari tutttt....
Katanya dah tak dibenarkan mengasuh budak di kuarters kerajaan.
Mengasuh means yang tak register tuh..
Orang dok antar anak2 kat suri-suri rumahtangga tuh.
Sebabnya..
Ada orang komplen sebab bising+riuh.
Heh.Macam kan kalau nursery tu tak bising la.
Aiyooo..duduk di putrajaya ni mcm dok kat Kl nun.
Segalanya mahal.
So apa salah org nk survive by earn extra money kan dengan menjaga anak orang
Biasa la budak budak kalau dah sekali ramai, mmg riuh la
Semua nk tunjuk terer.
Menjerit sana sini.
Main aci ligan la,lompat sana sini.
Belum lagi org yang mengasuh tu menjerit soh dok diam, fening dia nk bersihkan rumah lagi


Nak tau jugak dari kelompok mana yang asyik dok komplen ni?
Suri rumah jugak ke?? 
Cikgu cikgi yang balik awal dr pekerja biasa yang eight to five tu?
Orang luar yang menyewa area putrajaya??
Emm..just wondering.


Takde la, ko nak sunyi sangat mcm kan dok kat exclusive area.
Padahal kuarters je pun.
Memang la tiap bulan elaun dipotong.
Tapi ye la kan, nama pun urban living
What do you expect?? 
Nak sunyi sepi dok hutan la tempatnya.
Tapi maybe riuh sgt kot.
Dia nk tido, ponek2 balik kerja mmg la terganggu kan.


Hok ni boleh tolerate lagi la kot.
Tapi kalau hok lagi satu mmg tak le gi la kot.
Ape dia??
emm..
La ni dengar nye tak leh dah nak menjahit kat kuarters??
kejadahnye??
Efek sesape ke kalau si polan menjahit.
Mesin jahit bunyik macam mesingun ke?
Kain perca depa dok buang main terabur depan rumah orang ke?
Habuk kain membuatkan resdung ko ke tahap maxim??
hahaha.
Kelako kan.
Macam2 la putrajaya ni
Dari dulu lagi, org dok pelik rumah tak dok pagar.
Tapi cerita ni basi dah
Kununnya nk ngeratkan silaturrahim antara jirang tetangga.
Tapi misi failed.
Rata2 org putrajaya ni balik je terus masuk umah, tutup pintu tak keluar keluar dah
Tunggu pagi esok nk p keje baru keluar.
Toksah dok tunggu kat putrajaya, kat mana2 pun skang ni cenggini kan.
Pastu dulu PM dah sound kata takleh sidai baju di tingkap rumah.
Nanti segala yang sotong2 tu terbuai2.
Pulak nanti terbuai2 jugak mata mat2 bangla yang lalu lalang yang nyewa kat flat tu tgk yang besar, yang kecik, yang longgar..emmm


Ai.macam2 dok putrajaya ni.
Banyak protokol dan tata susila nya.
Tapi ada aku kesah??
aku bukan dok putrajaya pun.
Saje nk nyibuk hal orang.


Ok chow!



Friday, April 13, 2012

apa pun tak boleh

Pagi tadi ada insiden yang menimpa diriku
Nak kata malang sangat.tak kot.
Tapi cam hampeh gak la.
Time nk anta anak2 pergi nursery pagi tadi
Pagi ni keluar awal jugak.
Around 7.10am dah keluar rumah
Time tu agak sibuk sikit jalan sebab budak2 baru nk masuk sekolah
So waktu nk kona ke kanan, ada la segroup budak2 sekolah, cross jalan lembab giler macam itik pulang petang kan.
Aku pun terpaksa la menyelow kan kereta
Bila dah kona tu tetibe kete ku dilanggar.
pommmm..
Uik..gelabah sekejap.
Rupenye ada moto sebelah kanan tu
Sekali tengok yang bwk budak pakai baju sekolah + ROKOK di mulut.
Macam hebakkk la bwk moto pinjam, isap rokok sekali kona tak reti..choiiiii.
Aku terus pandang dia and dia cam relax je kan
Then bile ku ketepi, dia boleh jalan terus.
Cepat2 hafal no plat **BJV 2162**
Nampak la dia masuk kiri kat depan tu.
Bila hubby lalu terus ckp kat dia kena langgar bla..bla..
Dia kata sikit je..
Mmg la sikit, tapi geram la kan.
Menyampah bila sorry takde, dengan isap rokok nye..
Eii..
Pas anto bebudak, terus ckp kat hubby nk p cari moto tu.
Nk jumpa mak ayah dia.
(konon gagah perkasa la nk p serang orang ni)
Dia kata tak payah la, sikit je, nnti budak2 tu serang balik, pecah tayar ke..tak pun paling kuat dia simbah asid kan..dah payah
Mmg betoi la cakap dia tapi hati tgh geram kan.
Cari2 punye cari tak jumpe.
Hubby kata tak payah, pegi keje je..
Ok fine, tp dalam kete dok bebel sorang2.
Sekali bile kuar dr area rumah2 tu,
Nampak moto tu.Yes , BJV2162.
Nampak ada satu group budak2 tgh lepak kat kedai tomyam.
Eiii..cilakak punye budak.
Kalau bukan sebab laki aku suruh pegi keje, mmg ku report mak ayah ko+polis
Mmg tak teruk pun kete ku, tapi ada la calar sikit panjang ibu jari pastu terkemek sikit maybe kena handle dia tu.
Tapi mak bapak budak tu pun kan, allow anak2 naik moto, bwk kalau mcm pak haji pegi masjid ala2 sopan santun gitu takpe gak,
Ni nak main hentam je jalan.
Moto nak yang superbike je
Standard ko yang lesen pun belum ada naik je honda cub tu je
Tapi siyes sampai la ni dok tingat muka tak bersalah budak tu kan
Patutnye tadi ko tergolek aku siap lenyek2 ko lagi..
Dapat lenyek jari kaki pun jadi la.
Tak payah la sampai lenyek badan.Naya kat kami pulak kang


Badan ni dah le ponek, pastu tambah pulok berangin.
Aduyai..blessing friday kah??? emmmmm



Tuesday, April 3, 2012

Bila bos cuti hari ni

Ape kejadah tajuk gitu kan..
Tapi siyes, bos cuti hari ni 
tak kesah la kan.
Janji dia takde.
Yabedabeduuuu
Di kesempatan ini le nk lepaking sakan, kaki ala2 dok atas meja (choi..buruk beno plak), nak tido dlm surau pun bisa derr..


Ok
Dah lama tak update beloggg.
Takde mase mehh.
Jadual harianku makin padat
Cuti weekend last week mmg terbaik
Dah lama tak pecah rekod tak berjalan dihujung minggu-bazir masa kat soping mall
Keluar kejap p isi minyak dengan singgah mydin sekejap dalam tempoh 1 jam 15 minit.
Itu pun asalnya petang sabtu tu nk bawak iman main kat playground, last2 incik suami ajak p mydin nk cari amende tah, tayar motor dia kena cocok paku lagi.


Pagi ni datang ofis rata2 muka semua senyum sampai ke telinga.
Asal??
owhh, pekeliling pasal jadual gaji dah keluar.
Syukur Alhamdulillah, gaji naik 13% (hari tu PM dah announced), increament tahunan pun masyuk!
Skang ni tnggu kelulusan kenaikan untuk opis incik suami plak.
Harap2 dapat la ape yang diminta.
Banyak tu..2kali ganda dari penjawat awam.Fuhh.


Pasal big and small iman
Takde banyak perubahan
Small iman aka kisya dah makan bubur nasi!
Memula bagi tu as usual lah, kemain tak nak.
Ummi buat kemain banyak, sekali dua suap pun tak sampai
Menu bubur nasi kisya berubah rubah
Ikut mood ummi la kan.
Biasnya nasi + minced beef + cauliflower + carrot
Takpun nasi + ikan bilis + cauliflower + carrot
Takpun nasi + ayam + cauliflower + carrot
Disebabkan dah lama tak soping di hypermarket, so takde la beli daun saleri.
Orang kata elok kan, untuk otak.
Eh ye ke?? ke daun lain.
Macam pernah terbaca.
Tu yang time iman gigih buat sup masukkan daun saleri.
Ke sebab kan cerita wonder pets yang suka makan daun saleri terus byk idea nak tolong binatang lain??
MUNGKIN la..
Tak kesah le, asal ada sayur dalam diet seimbang.
Pastu bagi buah.
La ni dah terer la si kisya tu makan buah epal, lai bagai.
Ummi potong2 kiub, lenyek2 kan sikit pastu sumbat dalam Munchhkin : Fresh Food Feeder
So dia makan sampai basah2 baju.
Agak2 dah takde rase, dicampak je ke lantai.
Senang kan jadi budak!


Ini le natang food feeder tu..ringgit 30 gitu kot.
barang cicinonet je tp rege..cekik darah

Big iman masih belum boleh bercakap.
ada la sikit2 dia ckp cm "ba (ball), cha (kisya), nenak (taknak).
The good thing about abang iman ni dia mendengar kata (kalau kena time dia tak tantrum la).
Pernah sekali tu babah belikan air kotak dutch lady.
Satu dah bukak.Belum habis, letak atas kabinet tv
Sekali nampak yang baru, nk yang itu pulak
Babah kata, "yang ni tak habis lagi, habiskan yang ni dulu..bla..bla"
Pastu leh dia letak balik yang belum bukak tu atas meja and amik yang separuh dia minum tu.
Good boy.
Semalam saje2 refresh mind dia bila tanya mulut, gigi, hidung, mata, perot, kaki, tangan, rambut, telinga.
Ummi terlupa, belum ajar montot lagi.
Sekali tunjuk dia bontot, tunjuk kat belakang dia la.
Tapi dia cam susah nk pusing tgk montot sendiri kan.
Sekali dengan slumber nye jalan belakang ummi then tunjuk montot ummi.
Ummi pun macam emmm???
Gelak pastu..haha
anak ku bijak.

Satu petua ummi nk kongsi supaya anak ni mendengar kata.
Ada terbaca kat belog mana tah, tapi lupe nk copy.
Ingat satu dlm banyak2 petua tu and always practic kan.
Petua nya:
Time anak nak tido, time dia tgh lalok/khayal2/mata pun kuyup2 tu,
bisik kat telinga dia, apa yang kita nk dia jadi.
Contoh : Iman jadi good boy ye, nanti besar jadi doktor (contoh je ni), dengar cakap ummi, babah. Jaga adik. Pergi school tau..
Memula tu mmg la dia akan pelik, tapi lama2 kalau dia dah terbiasa, korang akan perasan dia macam berfikir apa yang kita ckp tu, and if u r lucky, he will nod his head meaning he is agree with u la.
Good job la tuh kan.

Ok la..
Nak sambung kerja.
B4 tuh, tepek sikit gmbr intan permata



eiiii..gerammm...cam nk geget geget je satu badan..renyuk2 kang baru tau..