Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 23, 2011

~ iman oh iman ~


Salam semua,

Pagi ni nak update sikit pasal anak bujang kami yang semakin banyak akalnya.

Semalam babah pulang rumah lewat sebab ada iftar di ofis..11.30malam baru sampai rumah.Macam biasa, lepas berbuka, iman akan berkampong dengan ummi di bilik sampai isyak..Lepas ummi solat maghrib, iman terus datang lepak depan ummi atas sejadah.Ummi ingat iman nk sujud, semalam malam sebelum ni dia buat ala2 sujud.Tapi tak.Ummi terus cakap Allahuakbar..Respon dia??? Letak tangan atas perot..Apa orang panggil tu..Kiyam ek (sorry kalau salah)..tp dia punya tangan kiri atas tangan kanan..terbalik sudah..ummi pun terkejut..alolo bijak pulak..nk solat dah..terus ummi msg babah..hehe..excited tak hengat nk bagitau..yela, kalau babah ada mesti dia pun turut menyaksikan..

Pagi ni iman tak bangun sahur..hehe..so dia tido, subuh dia bangun la..As usual, pepagi mesti dia ingat nk ke nursery.Pagi ni bila ummi cakap "ok, ummi pergi work ye.." Terus dia bangun pergi ke pintu..Alahai, nak ikot ke..Awak tak baik lagi..Kena dok umah, dengan uwo (panggilan nenek bagi org kampar)..Cepat2 suruh dia masuk balik.Pastu slow talk dengan dia..Macam paham je kan..Then suruh dia bobom balik, dia pun ikot je..Bila ummi keluar bilik, baring je sambil main selimut kesayangan dia tuh..Paham le pulak budak renik nih..bagus..Suka hati ummi.. =)



Nota: sila abaikan muka kami sefemili yang macam kena simbah minyak..Ramai orang okayyyy..bersesak2, berlaga2 bontot semata2 nk tengok kapal berhias!! apa kejadah entah..









No comments: