Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

|| Raya Nak dekat dah weiiii ||

Salam semua,

Malam esok incik suami kata nk balik kampong dah.semalam dah start packing barang.2 beg roda akademi fantasi dah keluar dan dah penuh pun setakat pagi tadi lepas sahur!!Tapi ada banyak lagi barang tak masuk.Adui..takkan nk keluarkan satu lagi beg roda.Kang incik suami kata buang tebiat ke nk bawak banyak2 baju.Baik hangkut sekali lemari ni.Eh, dia tak tengok, baju dia je satu beg.Baju bini dia je dah satu beg.Pulak tu, kali ni kete penuh sebab ada parents in law.So baju raya mmg la tak boleh nk gantung.Kena jugak sumbat dalam beg.

Itu belum packing baju iman lagi.TApi baju dia senang je.Bawak terus semua sekali.Kot la bersalin time raya nanti, terus je stay kat ipoh.Lagipun baju adik baby dah siap masuk dalam container.Tinggal nk hangkut je.Muat ke tak muat bonet kete, belakang cerita.Yang penting, semua sekali kena hangkut ye!!

Satu lagi misi tak ditunaskan ialah buat choc cookies.Tah bile nk buat ni.Malam ni dah malam last.Takkan le nk hangkut bahan2 bawak balik umah mertua.Kang berebut plak oven.Dia pun mesti pulun nk buat kueh jugak walaupun tinggal 2 3 hari nak raya.emm..kita tgk malam ni, terpaksa la kot bersekang mata dan memaksa incik suami teman di dapor.Kalau dia tak teman, kita balik pagi sabtu.Tak kire arr.Janji cookies aku siap.

Bersusah payah pergi kedai bakery, takkan tak buat kan.Aku ni jenis buat kueh 10 tahun sekali.Nak bezakan baking powder dengan tepung naik sendiri pun tak tau.Mula la melilau2 kat kedai tu.Nak tanya orang segan.Nampak beno bongok nya.Last2 nak senang amik tepung naik sendiri yang mahal tu.Sebab kompem dia tuleh tepung naik sendiri kat kotak.Amik kau.Tapi bila pikir sendiri nk makan, belasah la.

Mood raya tahun ni tak bape nk excited.Sebabnya raya 1st kat umah mertua.wahaha.Mampos kalau incik suami baca.Ye la, rumah sendiri lagi rasa syok kan.pastu lama lak tu kat umah mertua nanti.Dari jumaat malam sampai raya ke-dua.Oh tidak.Aku akan pastikan malam raya pertama tayar kete dah bergolek ke ipoh.Haha

So mission malam ni yakni malam terkahir kat umah, ialah pergi amik breastpump yang hantar servis ritu, pastu nk buat cookies.Harap berjaya..amin...

Pape pun, nak buat ucapan nih, kang takut tak dan :

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir & Batin

Dari kami sekeluarga.


3 comments:

~farah~ said...

waa..sama la kita balik raya seken. so, dtg la umah..bila lagi nk jumpa...

Moonchild said...

dal mertua kt ne?

k.nor pun taun nih raye umah mertua dulu..sure ptg 1st raye tuh dh gedik nk ajak bertolak lek ipoh..hehe

lame tuh 4ari di umah mertua...

Cik Bambam said...

oit..ko preggy anak ke-2 ker?? wahhh..dah nak bersalin!! ehhehe..

ada belog ko ek..ehhe..i follow~ :P