Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 25, 2011

What a CHAOTIC morning!!

As usual, seawal 7 pagi, gerak ke Semenyih untuk hantar iman rizqin.All the way tu, memang pergi balik tol saje.Setiap hari kena spend RM6 just for toll. Nak dijadikan cerita hectic, chaotic pagi selasa, time lalu tol bukit kajang, kereta depan dgn selambanya telah mengepow i punya RM1.i use smart tag (titit titit- bunyi smart tag le nih)Dah le 5minit b4 tu baru je top-up touch&go kat shell.Adoyai..Tak guna punya kete..sesedap oren je amik sengget haku!!!Bile dia dah pow, ape lagi, opkos la smart tag tak leh nak titit titit lagi!! Bengang nye..Kete tu selamba je blah gitu..Tapi kalau haku pun blah jugak..kui3..Ok takpe.

Then, untuk tidak menjadi patung kat situ, i pun reverse my car.Pulak tu kete blakang plak buat hal..Dia tak nak reverse!!..Hello, smart tag aku dah kene cilok, palang tak mau bukak, tak reti2 ke nak reversekan kete ko!!Dia siap hon lagi..owhhhhh what a stupid guy la kete proton iswara nih..saje menguji kesabaran ku.After that pekerja tol pun datang.Ape hal ni kak? turunkan wind screen and terus kata kete depan amik sengget saya.ooooooooo...dia try nk buat baik hati, nak naikkan palang, tapi tak menjadik la pulak..last2 dia soh ikot touch&go..demmmmm..kompom kena burn lagi sengget..huish..menyumpah2 dalam hati..

Sampai bulatan putrajaya, kete banyak la pulak hari nih..jam dah 8.12am..ayooo..kang tak sempat plak nk punch..bile sampai basement, parking la..oppsss,,tak amik side la plak,reverse skit..tak tgk blakang..tinnnnn..kete blakang kasi terkejut..ayoo..my fault...ni pajero sebelah ni la..parking main sedap je..dah la gemok, sesuka hati amik side beso2..huish...

Kali ni kesah mengah pulak.Ditakdirkan naik lif dengan pengarah BKP, en. N****** B****.Sembang la gitu gini.Ingat kan dah kuar lif selamat la.Rupenye tak, dia nak sembang lagi.Dah la jalan laju semacam!! Siap toleh2 blakang lagi punye la nk sembang dengan haku..adui..sape lah saya en. N****** B**** oi...jalan je la..jam nk 8.30 dah..tak payah sembang2..mengah diriku dibuatnya..sembang sambil jalan macam berlari..fuhh..tobat le..pasni kalau dia naik lif, amik alternatif lain..lif blakang ke, tangga ke??tangga??wow..kurus i..

So, kesimpulannya pagi memang la sangat penat,sangat mengah, sakit hati dan sakit jiwa..mak tolong!!!

Nota: sempat punch 8.27am..hehe



Monday, January 24, 2011

monday blues

hari ni hari isnin..
hari isnin semestinya akan menjadi monday blues..
bukan hari ni sahaja..
tapi for every monday..
sebabnya??
sebab hari ni hari isnin..

sekian terima kasih



Friday, January 21, 2011

Itu pun dia layan..

Untuk makluman, rumah kami baru je subscribe astro..Byond lagi ha..tapi takde pun amik pakej HD..kui3..Astro letak kat bawah.So lepas ada astro ni kami banyak la habiskan masa di bawah (b4 ni dok kat bilik je, sebab tv letak kat bilik).Kami amik pakej basic yang RM37.95 PLUS 2 mini packages iaitu Learning + Fun. Learning tu incik suami nk tengok yang History tu.Pastu kami amik Fun sebab ada Disney Play House, nanti iman boleh blaja bahasa omputeh la konon..Angan2 beso tuh.Nak dijadikan story, semenjak ada astro, incik suami memang la sangat suka tengok tv (tapi sebelum ada astro pun dia memang suka tengok tv).








Dan bila tengok tv dia lebih menjurus ke arah menonton KARTUN!! maka dengan itu, dia layan la Astro Ceria!!! ASTRO CERIA Ok. Tak pernah pun tengok dia bukak channel learning yang dia nak sangat tuh!!









Tapi memang incik suami suka layan kartun pun.Kartun2 yang ada kat astro ceria tu memang sesuai dengan jiwa dia ala2 kartun Kiteretsu, Doraemon bagai tuh.Senang cite kartun2 Jepun yang dialih bahasa tu ha.Dia paling minat kartun Sin Chan tu ha.Tapi yang macam Geng Bas Sekolah or Hikayat Putera Shazlan or Tom Tom Bak tu dia tak layan la.Merepek katanye..Merepek la pulak!!

At the end, sape yang tengok kartun skang ni?Iman ke?? Babah ke?? Sape plak yang tengok Learning Channel?? Ummi jugak!! Aduyai...Sudah tukar ka???

Wednesday, January 12, 2011

GOODBYE

Date : 23rd Dec 2010
Venue : Bilik Perbincangan Bahagian

Pada tarikh ini, bahagian kitorang buat suprise farewell untuk our beloved Cik Yati a.k.a Timbalan Pengarah a.k.a penyeri bahagian. Beliau telah dinaikkan pangkat ke 52 dan bertukar ke MOF..So, my task was to bring cik yati round2 alamanda sementara yang lain buat preparation untuk farewell.Kami berdua je keluar.Pastu dia siap beli lunch..hehe..tak leh tahan..Kang tak bagi beli, nampak sangat ada sumthing.So biarkan je.Untuk makluman cik yati beli prosperity burger lagi!! i loikeee..i ofkos la tak beli, macam2 alasan bagi, asal duit save tak payah beli lunch.Hehe. dan yang paling happening dia blanje Baskin Robbin!!After roger2 dengan penunggu di ofis, maka kami pun bergerak pulang.

Jeng..jeng..jeng

Masuk ofis je, SEPERAISSSSSSSSSSSSS...Terharu kawan beb..Yela, b4 this semua jamuan, pot luck, farewell, leadernya adalah cik yati.Tapi dis time takkan la kitorang nk bincang dengan dia pulak kan!!..
So, the farewell went well with gudbye speech from our director, cik yati herself and also hadiah kenang2an.No need much writing2, jom tgk gambar






yang bagi piece no war tu kiut kan..haha
















aksi gediks terlampau





















tengok tu, tak nyabo2 yang baju hijau!!


















nyibuks potong pulut kuning in 3 tier



















hadiah kenang-kenangan dari kami!!














DAN...

Semenjak cik yati takde, kitorang tak bekfes pun berjemaah.Takde yang open table..huhu..sunyi sepi pepagi..busan!! and also this






pintu yang tertutup..Selalunya terbuka.Tapi now, tiada lagi penghuninya..













Dear cik yati:

Semoga berjaya dalam apa jua yang diceburi dan ditempuhi
Jangan lupakan kenangan susah senang kita di ICU JPM
Gonna mish u!!

nota kaki: Jangan dah pindah mof, diskaun 25% tupperware kitorg tak dapat dah..kui3..

Tuesday, January 11, 2011

I hate u

ini bukan kes benci mana2 makhluk Allah SWT
hehe..
I think semua orang pun tak suka.
Sebabnya..macam2 sebab la..

Apa benda yang dibenci sangat tuh??
jeng..jeng..jeng..

5S

Pernah dengar??
Ala yang seise, seiso, seitsu dan segala S lah.
Bagi aku 5s adalah Sepah, Selerak, Sampah, Sorok, Susah, Sumbat
Yela, kita bukan kerja baru semalam, so banyak benda nak disimpan (itu yang patut tak diamalkan - sayang kat benda2 lama)
Kalau setiap cubical disediakan gobok beso tak ngapa juga, boleh juga disumbat disorok sana sini.
Tapi gobok yang dibagi lebih kurus dari aku (bayangkan aku dah memang kurus ni, gobok lagi kecik - tapi kuruskah diriku??)

Esok ada pre-Audit 5s oleh internal auditor b4 MPC datang utk renew sijil 5s jabatan on 19th Jan ni.
Emm, TSK dah takde, tak payah la kot nak menang2 bagai nih.
ish3..nuyusahkan je...
i hate 5s

Takde Mende Pun

Ramai dah memperkatakan tentangnya!!
Ramai dah macam nak pengsan bila dapat tahu tentangnya!!
Ramai yang dok fikir bagaimana kehidupan selepas ketiadaannya!!
Ramai yang mahu ia diteruskan!!
Ramai yang tidak mahu ianya di SHUT DOWN!!

haaa..amende ni sebenarnya..
dan sebenarnya..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-











Pasal Mamat ni le satu dunia kecoh dibuatnya!!
Asal?? haha..
Dia nk tutup kilang fesbuk yang skang ni fesbuk seolah2 menjadi
satu kewajipan untuk setiap umat di atas muka bumi ni untuk sign up.
dah macam kalau tak de fesbuk tak HAPPENING la.
kui.kui.kui.

ape entah.
Alasan mamat ni nk tutup fesbuk sebabnya:
" I just want my old life back "
Bagus lah kot ek??
Pastinya dengan wujudnya fesbuk ni dia hidup tertekan.
Kurang masa bersama family dan awek (ini aku yang tambah)
Hanya bersosial di alam maya sahaja
Ntah2 dating pun thru fesbuk je.Choi!!!

Takpe la, suka hati owner la kan
Kita bukan ada share pun
Sekadar PENGGUNA TEGAR
betul tak??
Keputusan penutupan FB ni ada pro and cons nya.
Antaranya ialah
1. Kita akan hilang directory yang dah terbina (yang ni kawan dari tadika/taska pun jumpa)
2.Sales merudum bagi yang berniaga thru FB (xpe, buat blog le)
3.Kurang masa dok ngadap pc/laptop hanya utk berFB (lebihkan masa untuk family,anak2 dan Allah SWT)
4.Boleh kurangkan bayaran bulanan berukand (amik pakej basic je)
dan banyak lagi le.
Korang pikio le sendiri

Tapi bagi aku, nak tutup FB, takde hal le
Sukati le, sebabnya b4 ni kita memang takde FB pun
Boleh je survive, masuk je universiti (ape kena ek??)
Kalau ada rezeki, jumpa la kawan2 lama tu.
Macam la b4 ni kalau terjumpa kawan sekolah lama kat pasar malam, tegur sakan peluk bagai!!
Betoi tak??
Ntah2, buat donoo jek
Selagi boleh nak lari kot
kui.kui.kui.

Papepun, kita tunggu je 15th March
Bagi yang rase benda ni betoi, amik tindakan ni
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Nak tahu lebih lanjut, klik sini..

~END~


Sunday, January 9, 2011

HAPPY BABY CONTEST





















Kali ni masuk contest Happy Baby from blog OurDreamsOfLife . Kali ni nk cepat, tak nak buat chekclist..hehe..harap semua ok..Ok meh tengok gmbr apa yang ummi paste kan ni..Gambar ni hasil pilihan babah iman.Moga ada berkat menang..Amin..

Kategori A: Berumur 2 tahun ke bawah pada 31 jan 2011
Theme : Happy..[kalau tgk gmbr, iman tuh happy sangat sampai mata pun pejam haa..hehe]




















Nama : Muhammad Iman Rizqin bin Mohamad Sukri
Nama ibu : Nur Dalila binti Rahmad
Tarikh lahir anak : 8 Julai 2010

Saya nak tag sape ek??

cukup la tuh..yang tak di tag, boleh je join.Klik sini

Good luck!!!