Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

Sharing is caring : IBU HAMIL WAJIB QADA PUASA

Salam semua,

I got this info from this blog : Super Dooper Kawaii Mommy & Lil Ones

Harap ia sangat berguna dan dimanfaatkan kepada sesiapa yang berkenaan..

*IBU HAMIL WAJIB QADA PUASA*
Rentetan tersebar nye video tentang dalil ibu hamil & menyusukan tidak wajib ganti puasa drpd fahaman wahabi (WAHABI YER BUKAN WASABI HUHUHU), timbul byk kekeliruan ibu2 semalaya termasuk aku.
Aku xde la nak ikut dalil tu, sbb aku dr dulu lg berpegang ngan Mazhab Syafie.
Cuma video tu telah menjadi isu hangat kat fb & forum2 yg wat sesetgh ibu2 keliru penin2.

Siapa Wahabi ni?

'Wahabi (Arab: Al-Wahha-bi-yya) atau Wahhabisme merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahabi

Secara ringkas & padat, hukum bagi perempuan mengandung & menyusukan anak yang meninggalkan puasa di bulan Ramadan:

a) Meninggalkan puasa kerana takut ditimpa MUDARAT PADA DIRINYA SENDIRI, WAJIB QADA DAN TIDAK WAJIB FIDYAH.

b) Berbuka kerana BIMBANG KANDUNGAN ATAU BAYI YANG DISUSUKANNYA DITIMPA MUDARAT, pendapat paling jelas dalam mazhab Syafie ialah WAJIB QADA DAN FIDYAH.

Ini adalah berdasarkan kepada satu riwayat daripada Anas Bin Malik Al-Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa.”

Kesimpulannya, jelaslah hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui dibolehkan berbuka puasa.

Wallahu A'lam.







sekian

1 comment:

~farah~ said...

ms tgk video tu aku konpius gak, betui ke ni?? so, bezanya ialah, kalo takut diri sakit, qada je takyah fidyah. kalo takut baby sakit, kena qada dan fidyah, gitu la kan??