Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 7, 2011

Aktiviti senyap anak bujang

Salam semua,

Iman ni dah start buat aktiviti senyap dia.So far ummi dengan babah dah dapat tangkap 3 aktiviti senyap dia.

1. Main susu
- Pantang nampak tin susu, mesti nak main. Tak pun milk container tuh.Sampai pecah benda tuh dibuatnya.Tu yang senang dia bukak.Tau2 dah terabur susu atas lantai.Pastu habis baju.Dan sah2 le tak leh guna dah susu tuh..tercemar la konon..Nak oi, susu bukan murah.Mahei..Tapi apa yang dia tau.YAng dia tau, susu tu sedap diratah mentah2.huh..Bertuah betui..Ada sekali tu, tin terjatuh atas kaki dia..alahai, nk kata padan muka pun ye, sian pun ada,merah terus ibu jari kaki..Meraung macam kena dera..kesiannnn

2. Main flask
-Ni lagi satu.Pantang nampak flask ni berbogel (tak pakaikan beg keselamatan).Mesti nk dicampak2 ke lantai.Dah le babah dapat free dari Pantai Hospital.Haruslah koman je flasknya..Bila selalu terjatuh, terhempas, udah le kemek sana sinun..Tapi ummi tetap guna..sebab tahun depan baru babah dapat free lagi..haha..

3. Main alat mekap ummi
- Yang ni ummi dapat tangkap dia main senyap2 pagi tadi sebelum p ofis..dah le ummi ni jenis tak bermekap.Haruslah cuma ada lipstik dengan compact powder je.Sekali habis lipstik ummi dia korek.Ya Allah..yang kali ni ummi menjerit terus..Habis bergegar rumah!!.Habis merah tangan dia, melekat kat baju, kat comforter.Terus ummi buang lipstik tuh.Itu je la pun satu2nya lipstik 'mahal' ummi..haha..tak mahal pun.Setakat maybeline lip balm tu je ha..Naseb bukan jenis perabih duit beli christian dior ke, lancome ke.Kalau tak , mau mc terus hari ni..fengsan!!!

Satu lagi feveret dia yang telah di'aim' lama ialah gel rambut babah.Tiap kali babah guna gel tuh, mesti dia usha.pastu terus menuju ke arah babah.walopun babah dok pakai sambil duduk atas katil, dia datang juga.Walopon tak dapat, datang dekat pun jadi le..Pastu dok sengih2 sambil tangan menggapai2, kot le sampai nk amik..haha..kiut je..nasib tak meraung bile tak dapat.Kalau tak mau seminggu 2-3 bijik, kena beli..naya..So far, yang ni dia tak dapat lagi..tunggu je..

Skang ni, dia dah tinggi sikit.haha..statement tak bleh blah..Sebabnya, dah bleh capai semua benda2 yang ummi babah letak sipi2 atas meja mekap.Tau2 vicks, minyak telon, semua dah ke lantai.Ish2..macam2 budak kecik ni..Takpe.biar dia explore dunia ni..Mind tgh fresh..Learning process orang kata..


2 comments:

Kelab Kembar Malaysia said...

hehhe pandainya... jangan makan sudah...

Siti Syuhada said...

Bestkan tgk anak2 membesar depan mata...aishhh...bila lar nak meletop nih...