Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 14, 2011

TIGA BULAN DAH?? Cepat betoi masa berlalu

Hah..
Hari ni genap la tiga bulan ummi cuti sakan berpantang.
Rasa macam cepat je 3bulan tu.
Esok dah mula kerja.
Waaa...mane nk cari mood kerja ni.
Mood kerja rumah ada la.
Esok, anak anak akan di hantar ke nursery.
Untuk abang iman, dihantar semula.Dah lama tinggal kan nursery.
Mesti meraung meraung bila ummi hantar kat pintu nanti.Adui.
Untuk adik kisya, first time.
Ya ampun, kecil nya kamu, ummi dah bagi orang untuk jaga.
Dulu time abang iman, mama dia yang jaga.
Confident la sikit
Tapi insyaAllah tempat abang iman ni, kira ok.
So far, iman pun takde lebam lebam ke, jatoh ke apa.
Hope adik kisya pun macam tu


Sebulan berada di rumah lepas pulang berpantang di rumah emak, betul betul mencabar emosi, fizikal dan mental ummi.
Mana taknya.
Anak2 masih kecil, yang besar pun masih tak faham bahasa lagi.
Mana nak kemas rumah, nak masak, anak meraung nk dukung, yang kecik nak nyusu.
Waktu paling kritikal adalah waktu pagi hingga tengah hari.
Pagi2 lagi nk siapkan baju, sarapan incik suami, bekal makanan ke ofis.Kalau baju takiron lagi, lagi haru
Pepagi jugak la abang iman meronta2 nk ikot babah p naik moto.
Kalau sempat, bwk la seround, kalau tak sempat mmg ummi la yg kena dengar dia menangis-nangis-guling-sana-sini-macam-kena-dera.
Adui..Kadang kadang kesabaran ni menipis jugak, dicubit jugak peha yang gebu tuh.
Pastu dah menyesal tak sudah.Haishhh
Mana taknya, kalau dah tetiap pagi pasang radio, tak tertahan la.
Jiran jiran pun kompem dengar lah.
Family hall, tak usah dicakap, satu hari entah bape kali nk kena bersihkan.
Mesti ada tumpahkan makanan la,seredak biskut sana sini
Nak tak nak kena bersihkan sebab nanti semut datang, masuk telinga budak budak ni pulak.
Ikotkan hati, nak je biarkan rumah ni macam tongkang pecah, tunggu weekend ada incik suami bersihkan berjemaah.
Tapi kadang kadang mata ni tak tahan tengok bersepah
At least kemas sikit sikit jadi la kan


Tapi tu la, akibat kerja keras sangat, badan sakit sakit.
Tak sedar diri yang awak tu baru lepas bersalin.
Lama lagi badan nk pakai dek non...kena jaga semua tu
Esok nak kerja dah, tapi badan sakit, mata muka sembab je.
Tak ceria langsung.
Habis tu, bila nk ke facial, manicure-padicure-mandi lulur-susu kambing bagai.
Incik suami tu, bila ckp nk tinggalkan dia dgn anak2, dan si ummi nk pegi salon nk potongrambut, mula la bagi 1001 alasan.Haishhh
Last2, tak pegi.
Dia offer, dia yang potong.
Seriau dengar hokehhhh!!
Dah tak sempat nk panggil tukang urut, nk mintak tolong regang2kan otot otot ni
Kang sape plak nak tengok kan bebudak ni.
Ujung minggu je berjalan tak hingat.Padahal bukan ke mana pun


Isnin selangor cuti so incik suami cuti
Boleh dia nk kuar sengsorang, tinggal anak bini kat umah, sebabnya nk hidupkan roadtax-renew insurans.
Ada ke patot.Tapi ok la gak kalu dia pegi sorang, cepat siap, takde nk hangkut ramai2
Tapi kami takkan dok umah je..itu ok lagi
Pernah sekali, satu weekend yang damai dia nk kuar p pasar.
Nak beli apa???
Nak beli pokok mangga-nak-tanam-depan-rumah!!!
Sekali dasssssssss, ummi membebel non stop..
Hamboi, time kitorang berkampong kat ipoh waktu berpantang, takde pulak sibuk2 nak cari pokok mangga ke, pokok rambutan ke, durian ke kat pasar kann..
Time anak bini ada kat rumah la sibuk2 nk kuar sorang2..
Entah pape je kan..
Incik suami- senyumkambing je la.


Emm..skang ni anak2 tgh tido.
Nak masak, air plak takde.
Boleh plak kan air takde.
Paip bocor syabas kata
Dah le pagi tadi, tgh basuh kete, air tetiba selowww je.
Tapi tgk meter, laju plak.
Apahal..Tanya bibik belakang, baru tau ada paip bocor.
Hah, lantak kan kete tu, tp dah habis basuh sebenar nye
Tinggal nak bersohkan porchje.
Tapi ye la, bila takde air, dah kotor, tak sempat nk tolak segala pasir batu bagai keluat pagar.
Hope petang ni hujan le..




gambar last week pegi jalan jalan

tetiba cam nak menjerit

Arghhhhhhhhhhh esok kena kerja ke???

5 comments:

mommy nazeef said...

aah...selamat kembali ngadap muke bos!! wakakaka...kerja i u jgn lupe continue wokeh!

Moonchild said...

tula..kekdg bile tgk org de anak kecik,rase tingin plak nak de baby lagi..

tapi bile memikir kan sume mende kite nak kena buat,rase cam x mampu pulak...

hariz dh nk msk 2 taun..patut layak dah dpt adik..tapi risau plak k.nor x leh nak handle nti..lagipun kite kan keje...

erm,ape2 pun anak itu rezeki dari Allah..kalau Allah bagi lagi sorang,itu tandanya kita pasti mampu melakukannye...kan?

so u can do it ummi...do the best...:-)

~farah~ said...

comei betul umi membebel. best kan kehidupan kita yg hectic..hihii

Cik Bambam said...

so baik aku hargai zaman bujang aku ni eh..huhuhu

DARI DAPUR GEEWA said...

uiks...adik ni kalau membebel boleh tahan gak ye...heee...selamat kembali bekerja...

xpe...nnt dah besar sikit dorg tu...sonok tngk karenah dorg....de kawan main lari2 kt umah nnt :)