Salam semua,
Lately, di ofis memang bizi. This year, bahagian kami kena lawat lebih kurang 60 badan berkanun persekutuan (bbp) untuk melihat pematuhan mereka terhadap akta penubuhan, pemakaian pekeliling, pelaksanaan projek.Dah macam auditor tak bertauliah pulak keje gini.Tapi kadang2 syok jugak.Yela, bila kita dtg ke satu2 agensi tu, mewakili central agency tu, dia punya sambutan, best jugak la.Kebanyakan nya orang besar2 such as CEO, DG, GM yang turun untuk melayan kerenah kitorang ni.So, bila dah buat lawatan, bukan balik dok goyang inul la, opkos la reportnya perlu dibuat (7 hari selepas lawatan- ni ikot piagam le ni). Bab report le yang tak tahannya.Bukan apa, sumtimes bile kita dah ke agensi, ada jugak maklumat yang tercicir, agensi tak sediakan.Padahal awal2 lagi checklist semakan dah diberi.Yang tang ni yang tak pahamnye.Tapi ye la, agensi pun tak paham apa yang kita nak.Before ni tak penah plak ICU JPM datang lawat buat semakan pematuhan bagai nih.Tetiba jek tahun ni muncul dalam ramai..Fening la deme kan!!!
Nak dijadikan cerita, lawatan ni dah penah buat tahun 2009.Tapi sebab baru 1st time, kami pun masih samar2 dan takde halatuju sangat. Ada la satu agensi (nama dirahsiakan- takut kontrovesi), DG (director general) dia turun.Sekali dok dalam discussion tuh.Then yang jadi haru bile boss or timbalan tak turun.Yang turun ikan bilis jek (aku le tuh).Bayangkan la, nak argue, nk tanya, depan DG.Tak ke gugup.Dia dok jegil bijik mata, mau menyorok bawah meja tang tu jugak.Pastu tobat le, tak mau buat camtu dah..Perghhh..nightmare sungguh!!! Tapi itu le kenangan yang terNIGHTMARE yang tak dapat lupa.
Syok sebenarnya lawatan ke BBP ni, bleh berjalan sekali.Pernah dulu g satu agensi, sampai ke sarawak kitorang terbang.Bukan calang2 you.G tanjung manis.Orang p sarawak setakat jejak kuching je, kitorg terus meredah laut ke tg.manis..Pastu balik, sekali isi laut depe bagi - sorang sekotak gitu.Berbulan nk habiskan..hahaha.Tp yang klakonye, time p tg.manis tuh, aku yang memandai request stok muka tembok tak hingat.Masih segar dalam ingatan ayat dalam tepon nk mintak buat lawatan sampai ke sana.Ayatnye cenggingi --> saya teringin betol nak pergi tg.manis..owh...tidak boleh blah nye ayat.Bila teringat balik, macam nk lempang laju2 diri sendri.Aduyai..
The latest yang pergi is PERKESO.Disebabkan PERKESO takde projek fizikal, so takde lawatan projek.B4 tu p melawat MPOB.Dekat bangi je.Tp best gak la, masuk dia punya galery.Siap tangkap2 gmbr dengan orangasli lagi..haha..tp bukan real.Patung semata..Takpe la, banyak sangat celoteh. Meh layan gmbr i dengan orang asli tuh.
Ni cara tradisional caner nk proses buah kelapa sawit kpd minyak sawit oleh orang Africa (so tau le nape patung tu kaler hitam kan!!!)
1 comment:
patutla patung tu kaler itam hehe
Post a Comment