Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 17, 2013

Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita akan kembali

Kita hanya merancang, tapi Allah lebih mengetahuinya..

Itulah ungkapan yang paling tepat yang boleh ummi taip untuk entri kali ini.
.
Minggu ini adalah minggu kesedihan yang telah menimpa seluruh keluarga kami.Kebetulan minggu ini, ayah berada di rumah kerana perlu berubat di sekitar kawasan perumahan. Walaupun ayah tidak seratus peratus sihat tapi ayah tetap hendak pulang ke ipoh walaupun telah kami katakan kenapa tidak tunggu sehingga minggu depan andai kata perawat menasihat supaya hadir lagi sesi minggu depan.Pada mulanya ummi bercadang untuk ambil cuti separuh hari pada Rabu lepas, dan berulang ke ipoh seorang tanpa suami. Tapi kita hanya manusia, hanya mampu merancang. Perawat ayah kata perlu hadir lagi sekali pada malam Rabu dan kebetulan abang menangguhkan urusan perpindahannya ke rumah baru ke hari Khamis yang menyebabkan ayah perlu berjumpa lawyer di puchong pada hari yang sama. Disebabkan itu, kami berkeputusan untuk cuti pada Khamis untuk sama-sama hantar ayah pulang ke ipoh.
.
Seperti yang telah dirancang, pagi itu, abang ipar zali membawa ayah ke Puchong dan bergerak kemudian dan bertemu di Giant Taman Equine untuk mengambil ayah. Perjalanan adalah seperti yang dirancang. Kami melalui tol Jalan Duta untuk ke Ipoh pada jam lebih kurang 12 tgh hari. Berhenti sebentar di shell tol jalan duta bagi mengisi minyak, ke tandas dan sedikit bekalan makanan. Sejurus kemudian, perjalanan disambung semula sehingga ayah menerima panggilan dari emak lebih kurang 12.30 tgh hari. Emak meminta kami pergi ke HKL untuk melihat Cik Med yang dikatakan tiba-tiba rebah di pejabatnya kerana masalah lemah jantung.Kami masuk exit sg buloh dan patah balik masuh highway dan terus menuju ke HKL.Alhamdulillah, perjalanan lancar tanpa sesak tgh hari itu.


Ummi berwasap dengan kezen.
 

Sesampai di HKL, keadaan sesak, ramai sangat orang. Kami turunkan ayah di Kecemasan sementara kami cuba mencari parking. Orang terlalu ramai sehingga sukar untuk mencari parking. Sedang sibuk mencari, ayah call, ayatnya lebih kurang begini "Lin, dah dapat parking ke? Kalau dah, ayah tunggu di pintu R"..Ok jawab ummi ringkas. Selang beberapa minit, ayah telefon semula. "Lin, cik med dah tak de.".Ya Allah, apa benar yang ummi dengar ni?? Innalillahiwaninnalillahirojiun. Ummi tak boleh nak kata apa-apa.Tergamam dengan apa yang ayah khabarkan tadi. Sementara kami masih sibuk mencari parking, kami telefon adik beradik, saudara yang terdekat untuk memberitahu berita kematian cik med. Sangat menyedihkan lagi bila maklumkan kepada sepupu ummi, azizi yang cik med dah meninggal, padahal ummi baru shj telefon dia beberapa jam yang lalu untuk menjemput dia dan keluarga ke majlis sambutan ulangtahun arwah cik med yang ke 50. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan sangat pantas. Itu janji Allah, tidak lewat walau sesaat andai kata itu takdir matinya.

Sejurus mendapat parking selepas hampir 20 ke 30 minit, kami bergegas ke Kecemasan. Setiba di sana, ramai kawan-kawan cik med dengan berbaju batik (hari Khamis) berada di luar bilik Kecemasan dan ayah menunggu di dalam. Ayah terus membawa kami melihat jenazah. Apabila kain putih yang menutupi badan jenazah dibuka, air mata terus meleleh tanpa henti. Ya Allah, apa benar yang aku lihat ini. Kerana membawa anak-anak kecil, kami hanya melihat seketika. Duduk sebentar di kerusi yang disediakan. Tidak lama kemudian, jenazah di bawa ke Jabatan Forensik untuk dibuat post mortem, namun dibatalkan di saat-saat akhir di atas sebab tertentu. Hanya laporan polis sahaja yang diperlukan. Bagaimanapun, proses-proses untuk menguruskan jenazah tersebut tetap lama sehingga makan beberapa jam. Pergerakan kami agak terhad kerana anak kecil ada bersama. Semua urusan, ayah yang buat kerana hanya ayah sahaja waris terdekat yang ada pada ketika itu. Suami hanya dapat membantu apa yang patut. Pada jam 4.30 petang, suami membawa kami ke Jabatan Forensik. Ummi lihat ramai di sana termasuk ada beberapa saudara terdekat yang telah tiba. Dalam jam 5.30 petang, selepas jenazah dimandi dan disembahyangkan, van jenazah tiba dan akan meninggalkan HKL untuk dibawa terus ke Parit, Perak. Rezeki pada hari tersebut, sekumpulan polis trafik mengiringi van jenazah atas bantuan saudara kami yang kebetulan menjaga bahagian trafik telah membantu van melepasi kesesakan di kota Kuala Lumpur apatah lagi pada petang itu hujan.

Kami tidak dapat mengikut di belakang van, bagaimanapun, selamat tiba di kampung, Parit Perak jam 8.30 malam, lebih kurang 30-40 minit kebelakang dari van jenazah. Jenazah cik med telah dibawa ke rumah pusaka arwah opah dan tok untuk sanak saudara, rakan-rakan yan telah menunggu memberi penghormatan terakhir. Jenazah kemudian di bawa ke surau Kg Senin untuk disolatkan sekali lagi dan dikebumikan pada malam itu juga.Rezeki arwah juga bila pusaranya betul-betul di bawah kaki ibunya aka opah ummi. Ku sangka kan hanya satu van sahaja kawan-kawan arwah dari Matrade yang datang, tapi satu bas. Alhamdulillah, rezeki arwah.
.
.
.
Terasa baru sahaja kami jumpa dengan arwah bila cuti raya cina yang lepas arwah dan keluarga menghabiskan cuti raya cina di rumah emak di ipoh. Malam kami sampai di ipoh mggu cuti raya cina,  Ummi sempat jamu arwah steamboat walaupun arwah tidak makan banyak dan lebih banyak diam dari biasa. Bila ummi tengok balik gambar arwah yang sempat ummi snap pada malam tu, berjujuran air mata bila mengenangkan arwah adalah seorang pakcik yang sangat baik dengan anak-anak saudaranya.

Arwah makan steamboat.Sebelah tu adik yang nak kawin this march.Arwah tak sempat hadir. Mak kata, dia langsung tak tunjuk minat or tak amik tahu sangat pasal tentative or anything pasal kenduri untuk menghantar or sambut menantu.Begitu juga dengan kenduri my kezen yang akan berkahwin dengan orang sabah this coming may.Seolah-olah dia macam tahu yang dia takkan sempat hadir.
 

Keesokan harinya, arwah cik med dan cik anum ke kedai mi kari kak yah seperti biasa.Memang feveret arwah.Ummi sempat mintak arwah tapaukan roti goyang, kalau boleh tapau ummi kata. Memang rezeki ummi hari tu, arwah tapaukan dua set roti goyang untuk ummi. Itu lah pertama kali ummi dapat merasa makan roti goyang dan tak sangka itulah kali terakhir arwah akan belanja ummi.



Tanggal 5 Februari yang lepas adalah hari ulangtahun arwah yang ke 50. sewaktu duduk bersembang dengan ahli keluarga yang lain, kami anak-anak saudara mengajak arwah buat sambutan hari lahir yang ke 50. Kerana nombor ini dianggap istimewa barangkali anjakan dari 40an ke 50an. Arwah setuju dan berhajat untuk belanja kami semua makan sate kajang. Cik anum sempat bergurau "50 tahun, 50 cucuk sate je la." Semua pakat gelak, tapi tak sangka, itu adalah gurauan terakhir kami dengan arwah.

13 Februari 2013, sebelum pulang ke rumah, ummi sempat create event 'Sambutan Ulangtahun Tuan Islahuddin aka Cik Med" bagi menjemput saudara terdekat ke majlis ini jam 4-6 petang, di medan sate kajang hj samuri.Dalam event tu ummi tersalah pick tarikh, sepatutnya 16 Feb tapi ummi pick 23 Feb. Arwah cik med ada komen, dan itu adalah komen arwah yang terakhir. Bila tgk balik event dan komen arwah tu, menitik nitik air mata. Kakak yang call kata salah tarikh, dalam hati nak call balik cik med untuk bagi tahu yang ummi akan betulkan, tapi waktu tu tengah drive balik. Tak jadi call, bila sampai rumah, terus betulkan dan tak telefon pun!!

Tapi rupanya, event yang kami dah rancang untuk sambut ulangtahun arwah, rupanya majlis tahlil yang akan diadakan untuk arwah.Petang sabtu, 16 Feb 2013, ummi terasa sangat. Majlis yang sepatutnya diadakan, hanya berlalu begitu sahaja, Al-fatihah serta doa yang mengiringi waktu itu. Pada waktu itu, ummi dan keluarga makan di luar, menitik air mata bila mengenangkan sepatutnya kami makan bersama arwah.Apatah lagi ummi sebagai organnizer majlis kecil tersebut yang terpaksa mengklik cancel event dalam fb.

komen terakhir arwah.Itulah kali terakhir kami berhubung
 

Doa kami, agar roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Setiap kenangan bersamamu pasti akan kami ingati sampai bila-bila.

Islahuddin bin Abu Hassan.
5 Februari 1963 - 15 Februari 2013
Al-Fatihah.

1 comment:

~farah~ said...

Al-fatihah. Semoga roh dicucuri rahmat. Sedih baca :(