Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 17, 2012

2012 ~ yang manis yang pahit

Salam tahun 2012..

Dah setengah bulan januari 2012, baru gegeh nk wish kan!!!
Tapi takpe.masih mood tahun baru lagi.

Untuk tahun baru nothing much happened.
Ape benda yang best ek??!!
Oh ye, this year ummi dah melangkah satu tapak ke hadapan bila guna hp yang canggih.
Selamat tinggal kepada nokia classic ummi yang very the old fashion
Itu le hadiah birthday dari incik suami yang ummi request sangat tuh
Tengok orang lain dok sebuk pakai hp canggih manggih, ummi pun leleh aliur jugak.
Giler kau tak teringin, opis boy pun boleh pakai android hokeyhhh!!
Sejak hari tuh, mula la episod jakun menjakun guna hp baru.
Anak suami mula terabai.
Suami demam muntah monggek boleh dibiarkan sorang sorang sedangkan si isteri dok ralit tgk hp baru.
Hampeh.
Tak cium syurga aku!
Ok, cukup la cerita hp.
Owh ye..ape ke jenis hp canggih sangat tuh..
Heeee..takde benda. dapat S2 je..
S2 je??? pastu nk bayo menggeletar tangan..
Tapi  bukan duit i..
Ada aku kesah??? wakaka

Itu cerita gembira.
Tahun baru ni jugak ada cerita sedih.
Tapi yang lebih sedih bila kesalahan orang lain, tapi kita yang terima bahana.
Bengangggggg
Lagi bengang bila semua ni melibatkan duit.
Duit bukan nye senang nak cari
Bukan tanam kat depan rumah, esok lusa tumbuh jadi duit.
Pagi ni dapat call dari kewangan.
Dia kata "Puan dalila, emm kami nk buat pelarasan gaji.So untuk bulan januari gaji puan akan diselaras balik ke RM****.**. So untuk gaji yang dari bulan 5 2011, puan dah terima lebihan bayaran sebanyak RM***.**. Jadi puan kena buat pemulangan balik sebanyak RM****.
Cisssssssssss...aku dah agak dah. ko telepon pepagi ni mesti ada berita tak baik.

Ummi tanya balik "Kenapa lambat sangat buat pelarasan?? by right dari bulan 5 ritu saya mmg dah patut terima gaji RM****.**. Orang lain mcm mana?? sama gak ke??

Dia kata "Saya baru terima fail puan dari sumber. Diorang baru bagi borang KEW8 puan kat saya. Yang lain dah lama saya terima, mmg dah lama selaraskan.Tapi takpe, kami boleh bagi opsyen, buat potongan gaji bulan bulan sebanyak RM*** selama 6bulan.
She name me few of my friends yang dah settle buat pembayaran lebihan gaji tuh.Paling lama pun diorang terima lebihan gaji 4bulan je..me?? nk setahun hokeyhhh!!
Tak ke giler nk bayor balik.Kalau sikit takpe gak. Cilanat ubi betol la.

Last last ummi ckp gini "Saya nk marah2, maki awak pun, bukan salah awak.Awak lambat terima benda tu.Tapi takpe, saya follow je cadangan awak tu.

Ekceli, perbualan tu banyak lagi. Tapi malas nk ingat balik. Malas nak taip bebanyak. Amik gis gis penting jek.

Mungkin ini cabaran pada kami sekeluarga. Biasalah manusia, tak terlepas dari dugaan Allah SWT.
Itu salah satu tanda Allah ingat pada kita. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan nikmatNya dan tak lupa pada Dia bila kita dikurniakan rezeki yang lebih.

Bila dah setel benda tuh, tengah pump susu tadi, call incik suami.
Ngadu pada dia.Nak cakap duit short sikit.
Ikot kan hati nk je bayar sekali lumpsum..
Tapi kang, makan pasior pulak..huuuu




1 comment:

Amiizaa2001 said...

happy new year ila...semoga thn nie lebih bermakna:)