Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 28, 2011

Happy birthday


Happy Birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthdayy to you..

yeayyy..wish dan nyanyi untuk diri sendiri..
nak tunggu iman or kisya wish, lambat lagi le gamaknya..
Incik suami??ehem ehem..rahsia..(uwekk)

Ok..
Orang lain dah sebuk kira untuk sambut birthday yang ke-27 (bg kelahiran 1985), ummi baru sebuk nk masuk 26 tahun..
Takpe, orang kata lahir ujung2 tahun, muda.
Ye la tu kan, masuk sekolah, sama jugak.
dan kalau muka nmpk tua, takde makna lahir 31haribulan doblas pun.

This year, celebrate birthday agak awal.
Tu pun dengan mak ayah dan adik adik di kampung (ipoh..kampung ke???)
Kebetulan kami balik, sambut sekali
Rezeki pulak, my sis sponsor red velvet, cheese tart and paplova untuk kami..
like..like..like..
Ayah takde masak beria pulak, cuma agak berbeza sikit
Malam tu kami makan pulut durian..
semua durian yang ada mmg superb and mabeles..
Manis..lemak..
Incik suami makan sampai muka merah macam udang kena bakar..
Malam tu terus dia out..pitam atas tilam..

Ok, besday 2011 sambut, ada dua anak.
tapi masih satu suami..hehe
Tahun ni rezeki, dapat hadiah dari mak..ehhh
Dah kawen pun dapat jugak ek??
rezeki jgn ditolak.
Ceritanya cenggini.
Mak post kat wall fb dia yang dia kat sogo.
saje komen "henbeg satu'
pastu komen lagi "perfume satu'
maklumle, tgh sale gegiler kat sogo kan.
pastu tak lama, mak reply kat emel
mintak 2 dapat 1.macam pia pias jugak.
Eh, tetiba masuk hal kerja plak..
Ingatkan memain, sekali memang ada..
Dapat apa??
Henbeg..
Jenama sacha..
Sebab apa sacha bukan sembonia ke, carlo rino ke, prada ke, coach ke (eh..semakin melampau jenama kau sebut tuuu)
sacha sebab nama nak dekat dengan icha (baby kisya)
ok..untuk makluman, atok mmg panggil kisya, icha..
habis manja lah tu..last2 opah pun ikot jugak..
ok..habis cerita di situ..

Hadiah dari incik suami??
entah apa dia nk  bagi..
tgk  lah..mmg ada DEMAND sumthing,
tp tgk, kalau ada rezeki, ada la..
Kalau takde, omak menangis laaaa..huhuhu

Apa pun, semoga dengan berkat umur yang semakin meningkat ini,
kami sekeluarga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik,
sentiasa mendapat keredhaanNya, sentiasa dirahmati.

One more thing, nak share,
incik suami dapat gudnews semalam bila dia lulus interview bulan okt hari tuh
semoga dia tak tolak offer baru ni,
sebab dekat sikit dgn rumah dan boleh balik awal tolong ummi jaga anak..boleh???

sedikit gambar untuk ditepek

 nampak itu kek..sedap..
nak tempah boleh la..haha
 ok.anak2 so far takde ikot idung mancung babah.
ikot idung ummi yang pesek ni..huh..
jenuh dah tgk idung babah time ngandung, tp tak kena jugak.

balik last week, sempat pegi kenduri my old fren
Tahniah buat amie dan suami..



 ummi gemok kan




sesekali dapat jumpa kawan2 lama, seronok kan..
lagi seronok kalau lagi ramai
tapi sebab ada anak, takleh nk lepak lelama cam dulu
kang ada yang jeling jeling pulak ajak balik..

Monday, December 19, 2011

Hati ummi menangis

Sejak Khamis lepas (15122011), ummi dah start masuk kerja.
So abang iman dan adik kisya kena hantar ke nursery sepertimana yang dijanjikan
Dah 4bulan since middle August abang iman tak pergi nursery sampai minggu lepas.
Maka, seperti yang dijangka, adegan jerit menjerit di pintu masuk nursery berlaku dgn hebat
Hari ni sebab hujan renyai di pagi hari, abang iman kena naik kete, takleh naik moto
Tapi babah follow belakang sbb nk tolong ummi angkat barang semua
Hari ni, dia ada aksi baru, sebelum menjerit, dia dah main kejar kejar dalam kete.
Babah bukak pintu sebelah sini, dia p sebelah sana
Bukak sana, p sebelah sini.Haishh
Last2, angkat barang dan adik kisya.
Takleh nk buat sekali semua sebab ujan.
Ummi jugak perlu berteduh di bawah payong, kang kena ujan, pening lak pale

Abang iman menjerit jerit mcm biasa.
Sampai je kat tangan akak yang jaga dia tu (merangkap owner), lagi kuat jerit

Tp apa yang memusykilkan dan merusingkan pale otak ummi kat opis ni bila aksi dia berkejar kejar dalam kete.
Dia seolah olah takot nk pergi ke nursery
Kenapa???
Memang ada seperkara yang menjadi persoalan kami berdua
Tapi memerlukan kepastian untuk mencari bukti kesahihan
Tak boleh nak reveal apakah itu
Tunggu petang ni or esok lusa (babah kata bagi seminggu, tgk caner)
Kita kumpul maklumat dan info dulu.

Tapi now, ummi buat kerja ngadap pc, asyik fikirkan abang iman je.
Haishh.Macam nk start enjin kete, pergi balik amik abang iman, bawak p opis.
sob~sob~sob




Wednesday, December 14, 2011

TIGA BULAN DAH?? Cepat betoi masa berlalu

Hah..
Hari ni genap la tiga bulan ummi cuti sakan berpantang.
Rasa macam cepat je 3bulan tu.
Esok dah mula kerja.
Waaa...mane nk cari mood kerja ni.
Mood kerja rumah ada la.
Esok, anak anak akan di hantar ke nursery.
Untuk abang iman, dihantar semula.Dah lama tinggal kan nursery.
Mesti meraung meraung bila ummi hantar kat pintu nanti.Adui.
Untuk adik kisya, first time.
Ya ampun, kecil nya kamu, ummi dah bagi orang untuk jaga.
Dulu time abang iman, mama dia yang jaga.
Confident la sikit
Tapi insyaAllah tempat abang iman ni, kira ok.
So far, iman pun takde lebam lebam ke, jatoh ke apa.
Hope adik kisya pun macam tu


Sebulan berada di rumah lepas pulang berpantang di rumah emak, betul betul mencabar emosi, fizikal dan mental ummi.
Mana taknya.
Anak2 masih kecil, yang besar pun masih tak faham bahasa lagi.
Mana nak kemas rumah, nak masak, anak meraung nk dukung, yang kecik nak nyusu.
Waktu paling kritikal adalah waktu pagi hingga tengah hari.
Pagi2 lagi nk siapkan baju, sarapan incik suami, bekal makanan ke ofis.Kalau baju takiron lagi, lagi haru
Pepagi jugak la abang iman meronta2 nk ikot babah p naik moto.
Kalau sempat, bwk la seround, kalau tak sempat mmg ummi la yg kena dengar dia menangis-nangis-guling-sana-sini-macam-kena-dera.
Adui..Kadang kadang kesabaran ni menipis jugak, dicubit jugak peha yang gebu tuh.
Pastu dah menyesal tak sudah.Haishhh
Mana taknya, kalau dah tetiap pagi pasang radio, tak tertahan la.
Jiran jiran pun kompem dengar lah.
Family hall, tak usah dicakap, satu hari entah bape kali nk kena bersihkan.
Mesti ada tumpahkan makanan la,seredak biskut sana sini
Nak tak nak kena bersihkan sebab nanti semut datang, masuk telinga budak budak ni pulak.
Ikotkan hati, nak je biarkan rumah ni macam tongkang pecah, tunggu weekend ada incik suami bersihkan berjemaah.
Tapi kadang kadang mata ni tak tahan tengok bersepah
At least kemas sikit sikit jadi la kan


Tapi tu la, akibat kerja keras sangat, badan sakit sakit.
Tak sedar diri yang awak tu baru lepas bersalin.
Lama lagi badan nk pakai dek non...kena jaga semua tu
Esok nak kerja dah, tapi badan sakit, mata muka sembab je.
Tak ceria langsung.
Habis tu, bila nk ke facial, manicure-padicure-mandi lulur-susu kambing bagai.
Incik suami tu, bila ckp nk tinggalkan dia dgn anak2, dan si ummi nk pegi salon nk potongrambut, mula la bagi 1001 alasan.Haishhh
Last2, tak pegi.
Dia offer, dia yang potong.
Seriau dengar hokehhhh!!
Dah tak sempat nk panggil tukang urut, nk mintak tolong regang2kan otot otot ni
Kang sape plak nak tengok kan bebudak ni.
Ujung minggu je berjalan tak hingat.Padahal bukan ke mana pun


Isnin selangor cuti so incik suami cuti
Boleh dia nk kuar sengsorang, tinggal anak bini kat umah, sebabnya nk hidupkan roadtax-renew insurans.
Ada ke patot.Tapi ok la gak kalu dia pegi sorang, cepat siap, takde nk hangkut ramai2
Tapi kami takkan dok umah je..itu ok lagi
Pernah sekali, satu weekend yang damai dia nk kuar p pasar.
Nak beli apa???
Nak beli pokok mangga-nak-tanam-depan-rumah!!!
Sekali dasssssssss, ummi membebel non stop..
Hamboi, time kitorang berkampong kat ipoh waktu berpantang, takde pulak sibuk2 nak cari pokok mangga ke, pokok rambutan ke, durian ke kat pasar kann..
Time anak bini ada kat rumah la sibuk2 nk kuar sorang2..
Entah pape je kan..
Incik suami- senyumkambing je la.


Emm..skang ni anak2 tgh tido.
Nak masak, air plak takde.
Boleh plak kan air takde.
Paip bocor syabas kata
Dah le pagi tadi, tgh basuh kete, air tetiba selowww je.
Tapi tgk meter, laju plak.
Apahal..Tanya bibik belakang, baru tau ada paip bocor.
Hah, lantak kan kete tu, tp dah habis basuh sebenar nye
Tinggal nak bersohkan porchje.
Tapi ye la, bila takde air, dah kotor, tak sempat nk tolak segala pasir batu bagai keluat pagar.
Hope petang ni hujan le..




gambar last week pegi jalan jalan

tetiba cam nak menjerit

Arghhhhhhhhhhh esok kena kerja ke???