| |
Penafian:Tulisan dalam blog ini hanya berkisahkan tuan belog dan kisah-kisah hidupnya.Mohon maaf andai penulisan ini telah/akan mengguris mana-mana pihak.Sekian
Monday, May 30, 2011
Happy 2nd Anniversary
Salam semua,
Hari ini genap ulangtahun perkahwinan kami yang ke-dua.Sekejap je masa berlalu.Tup tup dah 2 tahun kami menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.Banyak dugaan, suka duka yang telah banyak mengajar kami untuk terus bersabar, saling memahami dan mengenali hati budi masing-masing.Dalam 2 tahun ini jugalah jatuh bangun ekonomi keluarga kami, tangani bersama, melihat kesanggupan masing-masing untuk terus survive dalam melayari bahtera rumahtangga. Boleh dikatakan 2 tahun pertama adalah tahun yang crucial bagi kami berdua, tapi kami tetap hadapinya dengan sabar dan tabah. Dalam 2 tahun ini juga kami dikurniakan satu anugerah yang tak ternilai dan anugerah ini juga yang menjadi tali pengikat hubungan kami untuk lebih erat iaitu Muhammad Iman Rizqin bin Mohamad Sukri. Dalam tahun kedua ini juga insyaAllah dengan izinNya, satu lagi anugerah yang bakal kami terima.Doakan yang terbaik.
Doa kami:
i. Semoga tahun yang mendatang akan lebih ceria, gembira dengan gelak tawa dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah
ii.Semoga kami sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
iii.Semoga kami sekeluarga sentiasa mendapat petunjuk dan berada di bawah perlindunganNya
iv.Semoga hubungan kami sentiasa diberkati olehNya dan berkekalan sehingga akhirnya
v.Semoga rumahtangga kami sentiasa diselubungi rasa cinta, sayang dan rindu untuk selamanya
Kata-kata cinta untuk suami:
AMINNNNNNN....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
congrats ila+hubby, semoga berkekalan hingga keakhir hayat:)
Congrats dal..!!Semoga dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki...Nak tau gak anugerah yg bakal diterima tue...heheheh
terima kasih semua..anugerah tu, adalah anugerah juara lagu..kuang3..
Post a Comment