Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 7, 2010

The New Episode In Our Life

Lagi cerita basi...

At Hospital

Day 1(July 8th) : Sampai wad dari labor,semua menanti new family member.Umi iman masih mamai sebab dalam labor sedut byk gas.Mereka sebuk suruh susukan iman, tapi uminya nk tdo, ngantok sangat.Iman dah menangis meraung2 minta disusukan.Akhirnya Makngahnya (kakak) terpaksa bagi susunya pada iman.Penyelamat.
Malam.Semua orang balik, visiting hour telah tamat.Sorang2 dengan iman.Rasa lain sbb ada anak.Sakit masih terasa.Jenuh nak turun naik katil.B4 incik suami balik, he kissed my forehead and said terima kasih sayang.Huhu sangat2 menyentuh perasaan walaupun masih mengantok dan penat.Malam tuh iman menangis, umi takde susu!!waa..sangat sedih..tapi kuatkan semangat nk bagi breastfeed,bagi juga.tak tau la apa yang iman dapat..Sian iman..bile letak kat baby coat, sekejap je tdo dia akan menangis.Bawak tdo sekali atas katil, peluk dia, baru nk tdo.

Day 2 (July 9th): Pagi2 doktor buat check, nurse bagi ubat.Baby iman tak demam.Budak2 praktikal (nursing course) yang mandikanbaby.My colleague datang visit tengah hari and my kezen from emak's side jugak datang.Ingatkan boleh discharge petang tuh, tetiba doktor tahan lagi satu hari sbb ada jangkitan kuman pada laluan kelahiran.Takot jangkit kat baby.Kalau baby demam means terjangkit la tuh.so, doktor nak monitor baby 48hrs..Waaaa..sorang2 lagi kat spital mlm tuh.Seperti biasa, baby tak tido, menangis sekuat2nya sebab lapar.Sian dia.Uminye tak mampu nk bagi susu ibu.Pulak tu, hospital tak benarkan bawa susu formula.Memang bagus, tapi sian kat baby i..huhu..Malam tuh tido jam 3 pagi, pelok dia.emmm

Day 3 (July 10th): pagi2 lagi telah dikejutkan dengan sembnagan doktor2 yang buat check-up at 6am!!giler awal.aku pun mamai2 jek jawab soalan dia.Then ada lagi doktor lain lak dtg check,ada nurse realized yang baby iman mcm nak kuning.Allah..Satu perkara yang menakutkan.Very mild, tapi doktor tu pesan kalau teruk, cepat2 bawak hospital.huhu.Tak mau dok hospital lagi.Tak sabar tunggu visiting hours sebab nak suruh akak dtg cepat2 dan susukan Baby iman.Sian dia.Finally, jam 4++ discharge.Ingatkan boleh keluar gitu je, rupenye banyak benda nk kena buat..It's all about documentation.Tapi b4 discharge, doktor check jahitan tempat luka.Adui, sakit siot dia usik2 tempat tuh..hish..macam2 le korang nih..Kleuar dari hospital, transit di rumah di seri kembangan b4 balik ke Ipoh untuk berpantang.

Day 4 - Day 44 (cerita kejadian yang penting2 jek)
~ akak teman berpantang selama 2 minggu.Dia banyak susukan baby iman.So skang dah jadi ibu susuan kepada baby iman dan panggil mama!
~Pernah 1 hari tuh, demam bengkak susu.Huish..
~Baby kena jaundis.Bacaan 10! 2kali ulang alik ke klinik kesihatan.Finally, reading decreased dan kembali normal.
~Susu badan masih lagi tidak memberangsangkan, tapi masih lagi bagi.Kuatkan semangat untuk breastfeed.Byk tanya kawan2 especially Puan Nazihatul Farah mengenai breastfeeding.Thanx farah.
~Opah dan atok iman kesiankan cucunya, belikan susu formula jenama s26 (never heard b4), tapi dia minum 2 botol setengah, pastu tak nak.Dia lagi suka susu ibu walaupun kuantitinya sedikit.
~Iman umur 2minggu, dah buat kenduri akikah.Thanx to opah dan atok untuk kenduri itu.Dia takot naik buaian.Menangis.Tp sangat behave bila umi bawak keliling kumpulan marhaban untuk cukur jambul.Time tu jugak 1st time family belah incik suami jumpa baby iman.Seronok uwo (panggilan nenek bagi orang kampar) dapat jumpa kinten (cucu) nye.
~Mencari pelbagai petua untuk banyakkan susu.Antara yang diamalkan ialah makan ulam pegaga, sayor sawi dan yang paling hebat ialah makan ikan jaws!!hehe..ikan yu tuh..buat sup.Pejamkan saja mata bile makan.Hanya pikir nk bagi susu banyak untuk anak.Alhamdulillah, susu memang banyak.Picit guna jari pun boleh dapat 6oz.So impress!!
~Incik suami balik hanya hujung minggu sahaja.Itu pun bukan tiap minggu sbb nk pantau umah kami yang sedang direnovate di kajang.Apakan daya.Menahan rindu sahaja.Selalu mms gmbr dan 3G je la..itu je cara nk lepaskan rindu.
~Umor baby iman sebulan setengah, dah pandai ajak sembang especially bile dengan atoknya.Dia akan seronok, senyum lebar (sbb dapat landing atas perot atok yang ala2 tilam vono..hehe..sorry ye ayah)
~Sepanjang bulan puasa, baby iman akan bangun time suhur (nk kejotkan uminye bangun..huhu) pastu sembang2 dengan atok b4 tdo balik.
~Aktiviti bertungku, mandi segala jenis daun, berbarut perot, pilis, bedak sejok tidak dilupakan.Tapi, makan jamu dan gamat tak diamalkan sangat sebab budak kecil itu naik ruam byk kat muka.Sian dia.

Sebenarnya, banyak lagi benda nak cite, tapi sebab semuanya dah backdated, cerita pun dah basi..maka tak perlu lah cerita semua..hanya untuk tatapan di masa hadapan sahaja.Mane la tau si iman dah besar nanti, dia bleh la baca2..

No comments: