Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 2, 2010

Mr. and Mrs. yie Junior

Semalam, kami pergi monthly checkup di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Seperti biasa, Dr Fazlina Hanum akan membuat imbasan baby bagi melihat perkembangannya.Tapi disebabkan pada hari yang sama, detail scan akan dijalankan, maka, Dr Fazlina hanya membuat imbasan bagi melihat perkembangan jantungnya.Alhamdulillah, baby ok.Kemudian, Dr Fazlina bertanya, "nak tahu tak baby apa".Kami terpandang antara satu sama lain, dan senyum pada pada Dr Fazlina. "It's a tutttttt"."Nampak tak dia punya tuttttttt".=) Hehe.Cara baby menunjukkan jantinanya kepada mommydaddy sangat menonjol.Ok our little jr., we know what suitable colour,name,mitten,bootees,bonnet, blanket bla..bla..for you.Finally..
Di sebelah petang pula, kami datang semula ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah bagi menjalankan detail scan.Kali ini, tidak berjumpa dengan Dr. Fazlina.Tp kurang pasti pulak nama Dr. tersebut.Yang hanya tahu, beliau adalah pakar dari HUKM.Seperti yang telah Dr.Fazlina pesan, ambil nombor lepas jumpa dia, maka, kami pun dapat la first turn.Masuk2 bilik, terus disuruh baring atas katil.Dr. tersebut pun meletakkan gel ke atas perut dan scan.Terus dia melihat setiap organ bayi bagi menentukan samaada ada kekukarangan, kecacatan dan sebagainya.Dari saiz kepala, saiz badan,panjang tapak kaki, jari-jemari,telinga,mata,batang hidung, bibir,jantung,paru-paru,buah pinggang,backbones semua dilihat dan bacaannya akan dicatat oleh nurse bertugas.Doktor kata our baby is normal.Alhamdulillah.Moga sehingga kelahiran dan saat dia membesar, segalanya normal dan sihat.
Sekali lagi , ketika membuat detail scan, Dr. tersebut memberitahu jantina.Kami hanya tergelak.Tp nasib kali ini , baby tidak begitu menonjolkan jantinanya..Fuh...baby..baby..bikin panas la..
Kemudian, kami singgah di kedai baby untuk menambah keperluan bayi.Membuat sedikit lontaran (yakni shopping..menabur duit) seperti menambah mitten,bootees,blanket,face towel, pampers dsb.Dan seperti biasa, daddy-to-be tak bagi beli banyak2 walaupun mommy-to-be sangat teruja nak beli itu dan ini.Apa nak buat, follow the leader.Takpe, nanti dalam diam2, mommy-to-be pergi melontar sorang2..=) ..baru layan
Pesanan daddy-to-be: Jangan nk upload gmbr scan baby dlm fesbuk ke, honeybelikeme ke..tunggu dia keluar dulu..=(
1st warning yang harus dipatuhi..baik boss..hamba menurut perintah..
~end~

2 comments:

~farahsyeefa~ said...

mesti boy ni :)

~mrs.yie~ said...

oppss..tekaan anda adalah tuttttt..=)