Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 26, 2013

Jalan-jalan p keroje

Salam semua,

Last week ada kerja kat Lembaga Pelabuhan Klang aka Port Klang Authority (PKA).
Memula nk p macam taku2 sebab dok pikirkan PKFZ yang tak setel2.
Ape kena ngena entah sebab bukan nk p PKFZ pun.
Cuma negeri semacam..Keji jugak!!
Perjalanan dari ofis ke Port Klang went smoothly sbb cuti sekolah kot.
Walaupun diorang kata maybe jem giler depan ofis diorang due road construction, tp alhamdulillah, less than 1 hour dah reach.

Dari pagi sampai tengah hari buat la keroje.
Ape keroje nye..keroje la..kehhh
Masa diorang bagi breakfast, sambil makan sambil sembang
And diorang tanya boleh siap 'keroja' pukul berapa?
Kami bgtau by lunch dah boleh setel if all the docs ada sbb mudahkan keroje.
And dengan happy nye En Adnan, Finance Manager tanya Capten Kamal wether boat ada ke tak..
Dalam hati dah pk memacam.
Diorang nak arrangekan satu short trip jenguk-jenguk ports.
Wow..
Ape lagi, mak esaited tak hengat..
Ye la dah lama kot buat keroje ni tp x dilayan begitu..eceh..ngada ko kan..

As expected, dapat siapkan keroje by tengah hari and PKA bwk lunch kuar dari buliding diorang.
Kitorang pun membontot PKA p Royal Selangor Yatch Club..
Hehe..Never heard and never been there.
So diorang treated us bih lunch (big sbb im on diet..puihh)..
Paling best was desert nya..
Ala-ala banana split tp pisang nye digoreng rangup with ice cream
They said desert ni mmg specialty club ni..wahhh,..
dah tak terkira kalori yang terbenam dalam perut..
Takpe la anggap ini satu kemenangan pada diri sendiri sbb dah berjaya kawal makan sebelum ni..
(padahal tak kurus2 juga!!)
**pic gorpis + ice cream nan ado..bayangkan je la gorpis dgn tepung adabi + chocolate ice cream)

Lepas makan, misi pusing2 port klang pun tiba..
Elok plak time tu dah mendung..konon harap tak hujan sebab diorang kata sini mendung manjang tp tak hujan..sudahnya hujan juga time kitorang round port klang..

PKA bwk tgk northport and westport je..utk southport tak pegi sbb jauh ke dalam.
So, let the pics do the talking hehhh..

Ko mampu naik boat pakai tudung tingkek tingkek..kikiki

thumbs up sesaje..apa yg good eden pun xtau

peace pulok..ni dlm boat..
captain kamal tgh bagi penerangan this and that

from inside 

kan best kalau aku ada private boat..pfftttt

Yang tudung merah ni (apa-nama-tak-tau-main-sembang-je) penah keje kat northport.
Dia kata bonus kat sana paling min is 4 bulan.Giler tak..
Itu minimum..kalau westport tak tau la..10 bulan ada kot
sebab antara southport, northport dgn westport, northport la paling kebelakang sikit prestasi in term of TEU's kontena semua..
westport masih boleh expand biz since ada lagi ruang.
Northport mmg dah cramp..tempat agak kecil and kedalaman laut x sedalam westport
so kapal2 besar susah nk berlabuh..even dah buat pengerukan pun utk dalam kan dasar laut, becoz of nature tetap akan mendap balik and back to normal.
nak explain lebih mak tak pandai..tp itu la serba sedikit cerita..

ntah apa pic ni



kren tgh bekerja


kembang setaman dik non..

kat luar ni panas kot!!
bahang walaupun ada angin laut tp sebab dekat ngan enjin, panas wehhh

Us berbackground kan northport.
PKA kata kalau kren tu (pic belakang) terangkat je,, takde koje la tu..means takde kontena nk diangkat cum xde kapal singgah..

terbang2 tudung tingkek2 cap ayam ahkak tu


Waktu nk balik kitorang pass 1 kapal cruise..Singgah kat port klang.
Bersidai mat salleh
 tp x amik pic..
tak larat..dah ponek..maleh nk masuk and kuar balik amik kamera cap ayam..

Ok tu je la nak cerita pasal keroje pada 19 Nov 2013..
This coming 9 Dec kita terjah penang port pulak..

**Port Klang is listed no.12 in world port ranking
Tanjung Pelepas Port listed behind Port Klang which is no.18 if im not mistaken..

Wednesday, November 13, 2013

Malaysian..plis change!!

Salam semua,

Nak luahkan perasaan ketidakpuasan hati terhadap perkara yang berlaku last week..

Touch N Go + Komuter 
Kejadian berlaku Sabtu lepas.Actualy cerita bermula bila smart tag rosak.Puasa tahun lepas (refering to kalendar hijrah..lol), kami hantar ke Touch n Go di KL sentral. Kebetulan lalu situ sebab nk balik kampong. The date was 13 July 2013. And budak tu kata dalam tempoh sebulan siap and dia akan call bla bla..But lepas raya, tak siap2.Even operator tu ckp dia akan msg any information.Tapi tunggu punya tunggu, hareeeemm.Takde langsung.Call lagi, merempan lagi, tunggu lagi. Rasanya ada la 4 kali call.Tapi still cde respon dr TNG. Last2 call ujong Oktober kata dah siap tapi vendor bellum hantar ke HQ (TNG Kl sentral), bila hantar TNG akan msg. As usual, still sama, x msg xcall apa. Sabtu lepas, sesaje call dlm kol 10am++ kata dah hantar ke Kl Sentral. Haishh..nk angin pun mcm dah xdaya..So kitorang trus siap and decide naik komuter kajang since itu paling dekat and boleh direct kl sentral. Tapi dalam hati nk sangat naik ERL Transit putrajaya sebab rasa mcm Komuter mesti macam tong sardin. But incik suami kata naik kat kajang je.Nak sedapkan hati, kami bwk anak kecik, kot ada la ehsan orang nk bagi duduk..
Elok kami sampai, x sampai 5 minit train pun sampai.Around 10.50am gitu.Bak angggggg! As expected penuh dah.Tak penuh sangat tp penuh gak la..Penuh org duduk sebetulnya.Kami masuk and mmg xde seatuu cepat2 la sandar area tepi pintu tu sbb kalau pegang tiang ke apa, mmg kompem tegolek sbb awal2 dah dokong kisya and kompem dia xnk berdiri.
Maka train bergerak dengan selownyeee menujuk ke satu satu stesen..
Yangg nk jadi ceritanya, sepanjang kitorang berdiri tu xde la insan yang prihatin nk bagi kami seat. Ummi dengan dokong anak keciknya yang dah sama berat dengan sekampit beras ni, xde plak yang nk offer seat. Kot xbg dua seat satu seat pun jadi la so dat bebudak leh duduk. Elok plak sampai area Salak Selatan, kisya tidur.Kejap kejap ummi pusing belah sini, kejap kejap kalih belah sana, kejap lagi kang pegang tiang sbb train stop.Hangin je tgk mana yang muda muda sihat2 belaka, duduk gebang gelak2, main henpon mcm takde rasa bersalah.Ummi paham la bangsa lain mmg takde nye nk tolong bangsa lain, tapi mana yang melayu ugama islam, macam tak tau hukum karma.Eceh..Tapi serius..penat kot dokong anak kecik sepanjang jalan..Yang babah plak dokong budak berat 15 kilo..Balik tu ngadu sakit lutut..Nampak nau dah tua nya..Sampai midvalley baru la ramai yang turun and baru kami dpt seat. Itu pun next stesen is kl sentral.Xsempat nk panas bontot..Just imagine Kajang - serdang - Bdr tasek selatan - salak tinggi - seputeh - midvalley baru dapat duduk.Tau je la tahap kelajuan dan kepantasan komuter camno.Kang kejap2 slow kejap kejap enjin macam mati pastu hidup semula.
Bila dah sampai midvalley, kan orang start turun, ummi nk duduk la and cross this 1 guy. I was blocking his way and said "hisshhh" (seolah2 get out of my way plsss gitu), and dia pandang semacam..Kau apehal..kaki aku sakit ok..Dah duduk lama lg nk buat muka xpuas hati ye!!


Morale of the story.
Plisss ye malaysian!! Sila la prihatin kepada pengguna yang lebih memerlukan especially orang tua, pregnant mother, OKU, parent with small kids/baby..One day korang pun akan lalui benda yang sama. And akan jadi sangat marah + kecewa dengan sikap ketidakprihatinan manusia manusia yang tidak ada rasa kesian, simpati ni..
Bukan nak kata baik or apa, kitorang ni sangat la jarang naik public transport.Kalau naik pun macam ni la, nak jenjalan, bwk kids pusing2 sebab rela naik kereta senang walaupun terpaksa kuar byk modal on minyak+tol.Untuk public transport mcam ni la, walaupun murah, tp this is the price we have to pay.Even kalau kami naik, and ada org yang lebih memerlukan, babah akan bangun and bg seat pd orang tu.Ummi jarang bangun sebab ummi akan duduk half seat (means kedepan sikit) utk kids berdiri and tgk luar.Gitu la seadanya.If ummi pun bangun maybe kids akan nangis teriak meraung bagai sbb ada org lain dekat dengan mereka.
And ada satu kejadian lagi, bila ada 1 old lady (chinese plak tu) bangun to give her seat to this pregnant women or parent yng bwk anak (xingat). Tapi mmg dia bangun, padahal dia pun dah tua.and dia sacrifice herself to be seated, plak tu tak dapat chit chat dgn kwn dia di sebelah..

So...
Kita yang mana????


Disclaimer : saya jarang naik train / perkhidmatan awam..So pls dont get me wrong for any reason! And reason nak naik train sbb Iman dan kisya sangat suka naik train/bus/boat.Nak mengexperiencekan mereka lagi.If not setiap kali nampak train, asyik bising nk naik nk naik.



Gambar hiasan ihsan pak gugell

Wednesday, November 6, 2013

Gold Coast Morib

Salam semua,

Kali ni nak up entry pasal percutian singkat kami ke Gold Coast Morib
Vacation yang simple but nice jugak la.
Vacation ni beli thru groupon dengan harga RM168/nite.
Antara T&C yang perlu di folo:

  1. Kena stay weekdays (ahad - khamis)
  2. Package include 2 breakfast, 2 entry pass to water theme park
  3. Room type - studio suite (siap ada jakuzi)
  4. Stay period until 31st Dec 2013
  5. Few T&C lain yg standard ie extra breakfast and entry pass for child, booking period 
Beli voucher dah lama around bulan 4 gitu lepas terkena hasutan mummy nazeef! Tapi takpe, worth jugak sbb voucher value is RM585.Kire untong RM417.

Selepas dihitung ditambah tolak, maka kami decide pergi 31 Okt hingga 1 Nov 2013. Jom tgk apa yg ada.

31 Oktober 2013
10.00am
Berurusan di Maybank untuk tukar kad atm.Yahampun lama sgt aih..tolong la weh transform sikit. Asyik frontliner jbtn kerajaan je kena hentam.Dua jam tunggu dengan dua budak kecik yg dah start cranky, ujong2 servis setel dlm 10  minit je.Ummi merempan jugak la kat officer tu. Sorry la nk polite2 kat org tua.Dia soh anto emel kat CEO untuk komplen..puihhh..

12.00pm
Tayar bergolek dari Seksyen 8 BBB ke Morib

1.30pm
Sampai destinasi lepas tapau lunch.
Trus check ini walaupun standard hotel check in 3pm.
Untuk yg nk pergi especially bukan time cuti sekolah and weekdays, boleh check in awal. Tak pasti paling awal jam berapa, tp waktu kami sampai dah ramai dpt kunci. Maybe sbb bukan peak season, org tak ramai, so management allow masuk awal. Lagi bagus kan..Leh rehat2 sbb takkan nk terjun pool tgh panas rembang gitu..
Kami dapat bilik tingkat 9, sea view.Mmg masa booking request nk seaview. Sila ambil perhatian ni.Sbb kalau dapat pool/garden view tahan lagi, bantai dapat parking view, selamat la mengidu bau kilang yg baunye mcm sekerap getah!
Time tak ramai org..waktu peak rasanya tak ubah mcm 1st world genting..berjujuk manusia. Waktu check ini dia akan bg kunci, entry pass ke water theme park dan kupn breakfast.
Untuk pass ke theme park boleh guna sampai check out. So tak payah bukak gelang tu.Janji jgn pakai ketat2, kang payah nk wuduk.

View dr private balcony bilik.
rezeki kami anak beranak, dpt level tinggi.
Agak seram jugak bila rasa nye floor tu kami je yang stay and bilik dpn lgi horror sbb tombol xde.Boleh intai dalam..macam bilik tinggal kau.
Alhamdulillah takde kejadian paranormal!
View dari atas.Nampak tak slide tu..mcm best kannn

Masuk je bilik, the imans esaited terlompat2 sampai ajak makan pun tak nak.Ummi babah mmg dah lapa sgt so..sorry la anak2, korang layan la apa yg ada.Mencekik lebih diutamakan.
kannnn..mmg dia la paling esaited..melenjan sana sini tanpa rasa bersalah

sorry dik, gambar sekerat..ummi xfokus adik pun..hehe

ruang luas..kalau anak ramai, sila bwk toto..mak pak leh lena berdua atas katil tiang..erkkk
bilik ni mmg takde carpet, so mmg sejuk lantai.Maybe hotel nak avoid cost sbb kompem lepas mandi terus naik blik basah2 gitu.
Bilik ada aircond dan kipas.
Aircond biasa je.Tak sejuk sgt kot walopon dah pasang paling sejuk.
Bukan mcm standard aircond hotel2 biasa.

Pandangan terus ke bathroom..Tingkap tu mmg cantek, tapi xde selak nk kunci hokeyh..
Si iman bila ummi mandi main cak2 plak..heh budak ni lah..Maka kena la perhatikan anak anda bila sedang bersiram dlm tu.

Ini la jakuzi nye..Bilik ni kalau nk ala2 honeymoon amat sesuai sgt la.
sbb nk mandi tak payah tutup tingkap pun ok..tp kalau anak dah beso godang nk mandi setakat jirus sekali dua je kot..x tenang.

Siap ada glass shower.See through segalanya..
Xnak makan tapi nk terjun dlm ni.
Tapi xpe, sambil mandi sambil ummi suap.Gitu la anak2..excited tak hengat..
tp si abang eksyen xnak makan.
Before ke sana ummi siap tapau kan mee goreng + chocolate muffin lagi.
Takot lapo lps berkubang..
Time ni babah recharcge bateri dengan erti kata tido.Pak supir penat wehhh

3.00pm
Lepas babah bangun solat zohor, trus dia ajak turun.Memula plan lepas asar tp tetiba plak nk turun dah. Rezeki plak hari tu, kami turun 3.30pm hari mendung. Sebelum tu tgk kat luar pun xboleh sbb terik sgt.Maka seronok la sbb xpanas kan.Tak payah berSun Block bagai.


Antara slide yang ada. 

Yang belah kanan tu agak dalam.Kalau nk feeling2 floating area situ la.
Slide lagi yg kuning belakang cendawan tu.

antara tempat yg sempat snap.Ni semua kids area.Sbb ada anak, lepak sini je la..
Yang ni mmg cetek tahap buku lali atas sikit.

Pelampung kalau payah sgt tak payah tiup dr rumah, boleh guna servis tiup pelampung, ada kat tempat sewa pelampung (mesin-tak-tau-nama-apa).. Kami tak tau, sampai kempit perot la babahnye tiupkan dua2 menatang tu.Nak sewa pelampung pun ada juga.Tak pasti berapa cahrge

Iman suka sgt naik ride ni.Kalau otometik takpe juga.Mak pak la yg gigih menolak haihhh..

Nmpk sape yg lagi esaited??kikiki

terbukti kannn..

Iman dari rumah dok bising nk swiming nak swiming..bila sampai, taknak mandi pulak..
Sabo je la..Dia macam takot2 plak.Haih..Mmg kensel la nak masukkan swimming class.
Naik slide pun boleh kire berapa kali.Pastu dia tobat xnk dah..
Adik nmpk steady dok sorg2 dlm donald duck berjalan sorang2..
Even kami bwk tempat yg dalam sikit pun ok..
Iman?? Macam ada piranha dlm pool..menjerit2 nak naik..

6.00pm
Kami berkubang sampai nk dekat kol 6.Pastu naik sebab adik bibir dah biru, nk solat asar dan nk jalan tepi pantai plak.
Bila dah lepas mandi tukar baju semua si abang menggagau lapar..naseb la ada food.Kalau tak, makan jakuzi la namanya..eksyen sgt xnk makan td..
Jam 6++ kami turun balik untuk ke pantai. Air surut time tu. So boleh ke tengah laut.Main pasir, tengok anak ketam, siput sedut.
Kalau ada peralatan nk buat sand castle best jugak la.Tp sbb xde dan sbb dah mandi bagai, malas nak kotor2..Just main gitu2 je



Ni lokasi anak2 ketam berhimpun.Elok kami nk sampai ziarah diorg, semua pakat nyorok.
Kalau zoom pic ni maybe leh tgk pasir ni ada bentuk bulat2.Subhanallah..cantek (ayat org perak turun ke laut).Designated by mr.crab..banyak ok.Bulat2 macam bijik sagu.Just imagine the whole kawasan macam tu..nk pijak pun xsampai hati.Tp sbb nk jalan, kena la pijak..

Ada byk lobang kat pasir ni.Adik suka cucuk,tp ummi xbg sbb semcam je lobang.Ntah lobang ketam or lobang lain..



us..

restoran ni.tah hidup tah idak..


Main2 kat gigi air..

iman ni semacam sikit. Sifat penggeli sgt la tinggi. Pembersih sgt kot.
Tp nak main tapi penggeli.Tak leh kotor.






Time ni dah terjerit2 sbb kaki dia tenggelam dalam pasir.Pasir tu dah mcm lumpur la sbb kena air..Lembik2 gitu.

7.00pm
Lepas maghrib kitorang terus kuar cari makan.Lupa hari tu hari khamis, terlepas tgk mr arragont..kehh
Before datang ummi dah survey tempat makan best.So lepas baca review org yang datang morib, ramai yg kata Restoran Seafood Juvita sedap. So kitorang terus pasang waze utk ke sana. Area restoran kat Kanchong Darat. Lebih kurang 13km/15minit dr gold coast morib.

Kalau nk best makan kat sana, try la seafood dia.
Bila sampai terus je terjah area sini. Dia dah tentukan harga for each seafood.Cthnya:  udang laut, RM10/100gram, lepas timbang dia akan tanya nak masak apa. Masak goreng butter.Udang yang kita amik tu 200g = rm20. So total untuk butter prwn RM20 je.dia include trus.
Sbb tu jgn terkejut kalau tgk ikan siakap dia tulis RM40/kilo.Had tu siap masak semua.Pilih la nk masak apa pun

Ada juga menu lain, sizzling, satay..

Ummi order gelas besarr..tamak..pehtu tak habis sebab dah sentak ngan segala mcm binatang laut

ini yg kitorang order.Pari bakar, siput pahat masak cili, telor dadar + tomyam (menu wajib bila makan seafood), butter prawn (xde dlm pic sbb lmbr sikit sampai).
Nasi 3 pinggan..Fuh..puas hati makan.Time ni tak ingat dah diet ke tak diet..Belasah selagi muat..
Total tak mahal semua sekali RM60..Paling sedap had siput pahat masak cili tu.Pahat..penah dgt..ummi first time makan..fingers licking good lah..
Thumbs up..

Oh..kedai makan ni kalau dr banting belah kanan, kalau dr gold coast belah kiri.
Signboard tak berapa nmpk sbb kena lindung dgn pokok.

 Malam tu tidur dgn keletihan berkubang, kekenyangan dengan seafood, iman sampai ngigau2..haishhh..

Ni entrance nk ke theme park.Kalau kena beli tiket kat kaunter ni la.
Iman dan kisya xpayah beli tiket..patot si iman dah kena bayar..FOC 2yrs below..Ini la rezeki namanya..so mmg p sana tak kuar duit sesen pun..

Kat bwh ni ada byk kedai jual cenderahati, toys, convenient store pun ada.Agak2 tak bwk berus gigi mmg xde hal..sebab kalau keluar pun jauh nk cari kedai.
(pic gegor..henpon cap ayam ummi ni)

1 November 2013
9.00am
Kami turun breakfast. Siap pakai baju lawa2.Untuk yang nak pergi, pakai je baju swimming, sbb kompem lepas makan nak terjun kolam lagi before check out.Makanan so far ok la..
Hotel ni ala2 1st world, pengunjung yang dtg during peak season ramai, so cafe dia besar sgt. Tk tau la kalau time peak, ada yg penah pegi sampai ke luar dia letak makanan.

10.00am
Turun balik ke pool untuk last visit.Berendam la situ. Dalam jam 11++ kami naik utk siap2 nk check out.

12.00pm
Kami check out. Just hantar kunci.Takde benda nak refund sbb tak payah deposit bagai. Maka tamatlah kisah kami di Gold Coast Morib.
Sebab dah gugel b4 pergi makanan2 menarik area morib/banting, maka waktu OTW balik, kami cari cendol sedap..


ini la cendol tu..Resoran Cendol Ibrahim Banting.
Area?? Middle pekan Banting, berdepan dengan pizza/kfc.Kalau dah lalu hospital banting, dah nk sampai la tu dlam 2km lepas belok trefik lite ke kanan.
Sebelah restoran ni (nama xnak kalah, nak boh restoran juga) ada rumah kedai terbakor ke under renovation gitu la.Dalam ni ada jual cendol ngan pasembor mee rojak semua la yg kaitan ngan cendol2 ni.
The best part is dia parut ais tu ok..tak main la guna mesin hijau tu..tak sempat snap sbb tk bwk hp waktu amik order.


Kebetulan the imans tido kat belakang, siap mintak izin kat aneii tu nk makan dalam kete..tekejut kawan tu..tp dia ok kan je..Babah pun sama naik tanjat bila ummi bwk mangkok cendol instead of cendol dlm plastik.Apa barang main bungkus2..tak feel la..
So kalau ke banting, jangan lupa singgah Restoran Cendol Ibrahim Banting!!
RM1.50/mangkuk.Jenis biasa.

1.25pm
Sampai kajang trus ke masjid sbb babah nk solat jemahat.Sempat ok.Balik tu kami lalu jalan lain.sbb ummi tertidur dlm 12.40pm, bila bukak mata dlm 1.10pm tgk2 dah lalu depan cyberjaya.Padahal time tu kat banting lg..

Ok itu je nak coretkan..InsyaAllah ada rezeki, sehingga ketemu di percutian yang lain.