Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 15, 2014

Red Wok Restaurant .. Laman Grill Chef Zubir..Korean Food..

Salam semua,

Kali ni nak up entry pasal JJCM..

Ngehhh..

1st Review

Type of Food : Korean
Name of Restaurant : Korean BBQ, The Gardens & Ko Hyang Cyberjaya

Hari tu ada org kenalkan ummi pada korean food..

Ok never try b4.
But bila dah makan Kimchi dia.walawehhh..sedap jugak korean food ni.
First time makan orang belanja makan kat Korean BBQ, The Gardens.
Sedap sangat kimchi dia..
Sebab mcm terasa2 kimchi kat mulut, sekal lagi try Ko Hyang Shaftbury Cyberjaya plak.
This time amik BiBim Guk Su, but still kimchi tapi bukan nasi. Main dia ialah noodle..
Had ni tak leh g sebab noddle dia liat2, lembik2, and cepat kembang.
Amik side dish iaitu Goon Man Du..Nak sebut pun terbelit lidah haih...
Macam karipap tapi inti sayur..Me belasah itu banyak sebab tak lalu BiBim Gok Su tu..
Ok gambar takde..
Tapi leh tgk kat sini (ko hyang restaurant)



2nd Review

Type of Food : Kukus Gril Panggang, Kukus Gril Panggang
Name of Restaurant : Laman Gril Steak and Bar-B-Que, Putra Kajang

Kali ni babah belanja kitorang makan makanan style punya.

Bese arr, dia ni susah skit nk ubah selera
Kedai ni xjauh dari rumah. 10minutes away je.
For those yang rase mcm "haaa, putra kajang??mana tuh??
Ok kalau dari Putrajaya lg senang naik kajang silk, kena lalu tol sg. ramal. Lepas byr tol terus himpit kiri (turun bwh highway) and uturn. Naik balik highway and masuk kiri, kalau terlajak mmg masuk tol balik le..
FYI, Restaurant Laman Grill ni Chef Zubir yang femes kat masterchef tu punya.
Memang gambar dia besar gedabak depan kedai
So malam tu ummi order rib eye steak.Jarang makan steak so tak berapa tau sgt.Sebab takot nk masuk Victoria Station, Tony Romas.Biasa la tipikal malay.
For those yang x berapa sure nk diorang masak mcm mana better ask.
Jangan malu sbb kalau tak, tak sedap jadinya.
Ummi order Rib Eye. How done the rib eye is done?? Second last before done..Mende tah tapi hujungnya done..Wakaka..Mak pelupa!!
Ekceli dah dua kali makan sini.1st visit dengan kwn opis tapi makan carbonara je.
But,to be frank, kena try Laman Grill, bukan sahaja sedap, malah the price pun antara tak murah dan tak mahal.Kalau makan dua orang dewasa, 2 kanak2, boleh standby RN150 dalam wallet..haha


Us sementara tggu food sampai.
malam tu bebudak dua ngelejat semacam.
Yang si abang kakinye sampai ke kepala ummi. Hangin je..
dah le masuk Restoran ekslusif..


Foodporn katanya..ke pornfood..whatever la
janji bukan selfie..


kasi zoom makanan malam tu.
Ada fish and chip, steak ngan spagetti (babah mcm xde menu lain..balik2 spageti)


Pic depan restoran berdepan dengan fake unggun api.

Nota: Kalau nk pergi weekend or cuti ummi suggest buat reservation.
Sebab hari tu kami pergi hari sabtu, xleh masuk sbb ramai dah booking.Walk in mmg x merasa la..


3rd Review

Type of Food : Steamboat and Ala-Carte
Name of Restaurant: Red Wok restaurant, Seksyen 7 Bangi

Kali ni ummi bermakan2 dengan kawan2 skolah.

Geng2 kepala biol semua ni.Haha..Malam tu dapat kumpul 4 family je.
Kalau dpt lagi ramai lagi best..So end up us, ita, wani dan liza
Pung pang pung pang..last2 semua ok dengan redwok.
At first nk makan cibiuk, tp takde org buat keputusan, sudahnya ada yg vote for steamboat
Ok lets try Redwok.Ummi buat reservation.
Rupanya kalau nk buat reservation, kena confirmkan nk steamboat or ala carte.
Meja asing2.Nk makan steamboat means steamboat je.Ala carte, ala carte je..hok alohhh gitu plak.
Luckily kami booking sbb org agak ramai.Parking mmg penuh sampai keluar parking.
Us sampai dulu and continue with the others..
Kalau nk steamboat shj RM22/head, if steamboat+grill is RM33/head
So mlm tu kami bersteamboat+grill.
Makanlah apa sahaja tapi kena ingat, setiap pembaziran sebanyak 100gram akan dicaj..RM5 rasenye.
So far, redwok punya steamboat is biasa2 je.
im not sure la sebab kuah masin woiii...darah tinggi kami semua kang..
Baik la buat sendiri kat rumah, lagi makan sampai sentak seluar.
Diorang pun kata masin kuahnya..
And for me, not recommend makan situ yang bwk anak kecik.Haha
Semua komplen sbb makan tak tenang.Kejap kang nk grill, kejap kang anak lari2..(anak yang lari2 tu anak kami je pun.Yang lain baby lagi..LOL)
So lepas ni katanya, makan yg ala carte je, senang nk gebang..
Alhamdulillah, dpt la jumpa kwn2 lama.
But still hoping for the rest utk turun and join us next time.


Memasing khusyuk memanggang..menyetim..dan memakan akhirnya..



Kami order dua jenis kuah.Tom yam dan sup.See how mak mak bz memasak while apak2 jaga anak..
Berpeloh2 mak ita berbaju biru struggle grill ayam, daging udang bagai..

Babah dan laki ita satu opis..Laki dia konon xnk join kalau babah tak join..cetttt..
Takot takde geng la konon nk buat sembang..deme bertiga ni satu opis..
Ita laki bini koje satu opis..senang nk pegi balik keje..tak gitu..

Anak ita ni lanang..Tapi dia bantai kasi pakai baju pink..Tu blum kira kat bontot baju ada muka bear..lap dahi laki dia nengok kan fesyen anak bujang deme tuh..
Anak liza yang sebelah tgh buat muka kompius 360 darjah tu..Suka baby..Bila letak Izz atas riba kemain suka, bila org nak amik izz tu yg muka marah ala2 kompius..
Liza ada sepasang anak.Yang baby time ni tido lagi.Tapi time nk balik dah bangun.Dapat la main sat je.Bila tu, yg si kakak take turn masuk dalam stroller.Nk jadikan cerita, bila semua nk balik, salam2 la, sambil sembang2 sikit.Suami liza ni dah letak yang kakak dalam stroller tu atas jalan (belakang kereta).Pastu dia nampak kitorang still lagi tak gerak and continue sembang walopon-dah-salam-gaya-macam-nak-balik, dia boleh bantai join kitorang pehtu tinggalkan anak sengsorang kat jalan.Pastu yang si ita cakap "weh liza laki ko tgglkan anak sengsorang kat situ". Yang liza pun meroyan la marahkan laki dia..Kitorang tgk pakat gelak kan dia..Macam bangang jugak insiden tu.Anak dia muka rilek je dok sorang2..Tapi serius lawak giler..Laki liza rilek je..padan le anak pun rilek jugak..Anak bapak!!




Yeeee...ni ha the ladies..
(R-L) : Ummi, ita, wani, liza


Semua pakat nk dok tengah, bajet boleh nmpk slim.Aku jugak dapat tepi..Puihhhh


Baru perasan..
Tajuk tu terbalik dengan entry..haha..malas nak tukar..lol...






~ 28 vs 28 ~

Salam semua,

Apa yang 28 sangat tu..haha
2013, ummi turned 28yo on my sweet 28th December..
Itu je la tarikh yang best for my birthday sebab mmg tak kan dapat special mcm other people yang sambut 12/12/12 or 11/11/11 or 10/10/10 dan so on la.

Previous entry ada up cerita pasal jenjalan sambil bekerja di Melaka.
Yang mana last day bengkel was my birthday.Who cares?? Pfffttt
Of cos la happy and feeling blessed sebab dikelililing oleh orang2 tersayang.

Malam tu konon nak celebrate kebetulan opah tok and acu ada di rumah.
Takkan la nk masak..besday girl plak tu masak..no way la..
Kami decide makan luar je la belanja acu makan steak..Dah kenapa nk belanja acu plakk..haishh..
Target steak restaurant yang terdekat ialah Laman Grill je la.
Malangnye dah tertempek kat pintu "For Reservation Only"..Hampa disitu..
Ok, tayar bergolek lagi, kita ke BBB, Islamic Steakhouse (wadihana), pun orang tgh beratoq nk tggu seat..
Giler la orang malaysia..dalam bising2 harga minyak naik, harga keperluan semua naik, kata tahun 2014 tahunkenaikan  semua barang masih lagi berduit nk makan steak..Mmg hebat malaysia..Ke BBB lubuk penduduk elite??!!Abaikan..

Last2 makan @grill je..Dah lama aim steak restoran ni tapi tak masuk je lgi.Last yr ann dah target sini tapi babah tercabul tanya and suggest Mc'd maka si iman berzikir la nk Mc'd..Ummi bermoncong la malam tu.Ok itu cerita lama..

Hero tunjuk hensem. Marah kalau kata babah hensem.Iman je yang hensem.Amboi..
Tak lepas beg boboi boy baru beli kat melaka.Usung kulurkilir..
Atok baju belang merah lari keluar..Atok now tak leh sejuk lelama..

Ummi dengan acu debab..Adik kisya pun pakai beg juga..Gambar yaya and ying.
Mana leh takde kan dik..Mau guling2 berebut..

Belek beg tak habis2


Babah's..Spageti again and again and again..


Atok's..Rib eye..

Acu's..apa tajuk pun tak ingat

Opah makan apa entah ummi tak ingat.tp steakk juga


Ummi's..Carbonara..senang nk share ngan icha..

Birthday Cake utk umor ke 28..
Simple je..Beli satu slice je..share le reramai..
Kang beli sebijik sebulan plak nk hbs kan..
Rainbow kek.sedap gak..


Ni budak yang kongker kek ummi..
kek syisya..kek syisya..

Birthday wish???
Entah..tak leh pk dah skang ni..Ada kot..ada la tuh..
Anyway happy birthday to me..lol..


ooooo..review utk @grilll.: Food ok..Service pun cepat..Harga murah and portion tak sebesar laman grill lah..Dont expect lebih2 ye..sbb steak around RM20-RM40 je..spageti meal pun harga belas2 je..Nk makan sekali sekali ok je..Location belakang Papparich, sederet haslinda chinese muslim food..



Cuti penutup tahun 2013

Salam semua

Wah giteww tajuk kak ton hari ni.Padahal cerita tahun lepas.
Takpe..nama belum setengah tahun lagi, kire fresh la tu.

Nak dijadikan cerita ummi kena pergi kerja di Melaka.
Asyik asyik la kat melaka je.
Tapi ok gak,sebab kalau jauh2 kang payah nk bwk bebudak ni
So now agak lama kami berlebam kat melaka.
Bengkel start 24 Disember 2013, register pagi. Untuk tak kelam kabut ummi book on Christmas day tu
Alhamdulillah dapat rate agensi penganjur so tak la mahal sgt. Almaklum la school holiday, krismas plak tu.
Mau gigil swap credit card kang..

This time bengkel buat di Hatten Hotel.
Serius strategik punyer tempat. Last year (2012) ada gak berangan dok sini sbb just turun hotel dah sampai dataran pahlawan, mahkota parade, melaka cruise, taming sari, a famosa dll..
Alhamdulillah, rezeki kami dpt gak merasa..
Kami check in hotel around 5.30 pm. Susah giler cari parking sbb hotel attached dengan shopping mall. So mmg org tgh galak bersuka ria lagi, nan ado la parking. Tinggi melangit baru dpt parking.



Bilik mmg luas
Tv LCD siap ada dua bijik and boleh pasang cerita lain.
Best gak tu..The imans layan kartun atas katil, mak pak dok tgk movie kat sofa

Bilik kami pool view.So selak langsir mmg nampak pool (bulatan merah)
Mengelejat la deme nk terjun pool
swimming..swimming..
Tak sempat landing udah la salin baju nk lompat masuk pool..

Tapi sejuk giler..
Bukan sebab melaka sejuk ke apa.
Tp sbb pool kat level 12. Angin sejuk giler.
Gigil si adik mandi..Baru dia tau swimming tak swimming.
Ummi tak masuk, malas basah2.Let babah layan the imans alone.

Bibir dah biru time ni.Tapi masih bertabah..


View dari atas.Memang leh nampak clearly dataran pahlawan.




Dah x tahan, baru nk naik.Tapi x lama pun.Dalam setengah jam je.
Bungkus dedua..



Tuan tanah camwhore..
Malam tu kami jenjalan la area dataran pahlawan.


Time ummi nak snap pic diorang boleh babah request nk berbackgroundkan Dataran Pahlawan.
Time ummi takde plak dia soh kita adjust bontot ke apa..pfffttt
Yang si adik reti plak senyum sampai telinga..haishh
dabel standard ni..


Ni area melaka cruise..


Melaka cruise.Penuh dengan abang beca.
Cantek kan..ngelip2 lampu..
Nak naik cruise.Tapi berator panjang nak mampus.So cancel.
Syukur si abang tak nampak..Mau guling2 dia kat situ nak naik jugak!

(adik tu muka mcm dah besar sangat!!)
Walaupun dah naik masa bercuti di melaka last year, tapi sebab time tu waktu siang, kali ni dtg waktu malam dan sangat mengujakan si kisya, maka kami naik la..
Dia round byk tmpt gak.RM25.Sgt ok.Sian kt adik tu bwk mak gajah ni ha..
Kalau ada lebih duit tak salah bg lebih kan..orang kita gak yang tgh cari rezeki.

Trip ni ada stop depan mall dataran pahlawan tu..and kita kena turun jln kaki sikit..sebab jalan a bit berbukit.
kalau nk kayuh jugak mau tercabut usus abang2 beca kan..haha..
Sepanjang trip korang akan jumpa kapal besar tu, muzium tentera ke apa ntah, menara taming sari, keretapi lama tu, a'famosa, kereta lembu and patah balik p area cruise..

Kami mintak tangkap sekeping je, dia bantai semua angle.5 6 keping dia snap...pape la dik.
Babah kata budak ni busuk giler.Sebab dia dok sebelah dia je
Ummi nak tergelak je.Busuk2 pun dia, mau jugak bersembang sepanjang kayuhan..wakakaka
Peluh dari siang tadi bang oi..maapkan je la..

Malam tu kami pening gak nk makan kat mana.Sebab jenjalan dulu.So mostly fast food nk tutup dah.
Mmg tak sempat buat homework nk makan makan mana.
Target area2 sini je la sbb malas naik kete.
Jalan punye jalan cross area sini and makan..depan dataran pahlawan je.
Kalau jumpa medan makan ni, depan sekali chinese nye gerai je..
kena masuk dalam sikit baru la malay punye..




Food not bad..Orang ramai gak la..
Nak set tomyam2 pun ada.Ala carte..
Satay pun ada.so no worries..


Pagi esok ummi start bengkel sampai petang.Mlm free sbb urusetia kata xnk buat kelas sbb ramai yang penat travel.Actually ni buat opis ummi yang anjurkan.Kami dijemput.So banyak agency terlibat.Tu yg urusetia kata mlm off nk bg peserta rehat,travel dari pelusuk dunia.Tapi malam takde provide makan.Free activity. Maka kami pun berUmbai la..Target restoran pemes parameswara tu..

Ummi bantai nasi lemak dua bungkus..kahhh..sbb suap the imans..Yang tak pedas tak bnyk.
Tp udahnye ummi jugak makan byk.Deme lari2 je lebih.
Malam tu babah order siput pahat masak pedas..tapi out la..sedap lagi kat banting tu.
Siakap sweet sour pun so so sbb ikan macam hangus.
Ada order butter prawn.Tapi sbb order kendian, perot dah kenyang.
Maka tapau je la separuh..Menu lain is sayur campur
Kat umbai ni maybe dah pemes amos, so mahal le sgt bg kami yg berempat ni.Actually dua je yg truly melantak..
Total RM119.Tanjat boboi bayar..haha..Sekali sekala kekdahnya..

Jumaat dan Sabtu berbengkel macam biasa. Cuma Jumaat ptg ummi tak turun sbb cirit birit..Dapat la menido kat bilik..haha..Sabtu half day je.Wrap up session sekejap je..Dalam jam 11am dah habis..Cadangnye nk pusing2 melaka dulu tapi sebab opah tok nk mari rumah, kami terus menderum pulang ke Kajang..












Thursday, January 2, 2014

Welcoming the New Year #2014

Salam semua,

Happy new year 2014
And good bye 2013
Please be nice to me, husband, the kids and also my family

2013...left with sweet and bad memories.
I think year 2013 is the "smooth year" especially in economic aspects.wahhh gitewww
We did explore more in religious issues, try to be a better muslim. In sya Allah. 
The kids are growing bigger,healthier, smarter and even talk a lot espeacially adik. #cannot concentrate when watching tv because we need to listen to her and answer her Q..oohhhh adik..suara mcm petir plak tuh
The husband and wife relation went smoothly though i cant deny  the fights or difference thoughts sumtimes came across everyday but some how the "give and take", "adapt the bad and good thing of our spouse" and "lantak la..mmg gitu perangai" understanding just being good to apply. and we did it. No big fight, merajuk lama-lama thing.
The challenge to recover ayah from his sickness. Ermmm..
And we were offered for 2nd property..alhamdulillah..just wait and see..Ada rezeki ada la..

2014..
The tough year just begin..
I ll be away for my D*PA course for six month..oohemmmmgeeeee..another less than 60 days!!
The kids will stay with their babah..but of course im still hoping for the nearest I*TAN and no weekend activities..LOL
Keep praying that my MIL can stay with them throughout the period..oh plisss..make it come true.
Im just afraid the kids wont get LIFE just like when their ummi's around..haha..k**i..

ok, im hoping that we can go through this year successfully, bravely and happily for whatever challenges ahead and looking to be a better person in life.

**abaikan oh my english di atas

Happy New Year Everybody..





Friday, December 20, 2013

Dari Port Dickson Kita Ke Penang Island #2

Salam semua

#TripToPenangIsland

Hari Jumaat sampai rumah, belum sempat baju nk kering lagi dah packing balik beg utk terbang ke Penang.

This time Ummi pergi sengsorang.
Asal naik katebang, ummi jenjalan sengsorang.Tggl kan anak2..haha
Itu pun si abang tak tahu, kalau tahu mesti bising la mulut tu moncong sedepa.

As mentioned in previous2 entry, kali ni ummi buat lawatan ke SPPP plak.

Since my immediete boss dah ada kat langkawi, so why not la ummi dtg awal sehari.
Kononnye tak payah pergi blk hari as i always did, and konon again nk setelkan kerja dgn cepat..tapiiii....haishhhh..ok kang cerita..

Flight agak awal : 11.15am

So pagi tu berkejar la.
Siapkan nasi lemak utk penghuni yang tggl.Senang boleh makan sampai malam.
So jam 8am kuar rumah sbb nk singgah rumah orang nk hantar barang sikit.

Sampai je penang terus ke hotel sbb nk check ini terus.

Dok sembang la ngan driver itu ini.
Sekali dia tanya dok mana.Me cakap la continental..oooooo
Then dia drop kan la kat hotel.
Ummi agak suspicious gak sbb nama hotel tu The grand continental..
Tak ingat plak the exact name hotel tu.
tp ada continental..lepak sat kat sofa sbb awal lagi.Main fesbuk.
And around 1.30pm p kat kaunter, nk check in.
Dengan konfiden bagi la nombor booking.
Tup tup dia kata ni bukan no booking hotel ni.
Ha sudahh..berdebo debor jantung eden..
Dah pikio camne nk survive ke tmpt yang sepatutnya..
Kalut tak??padahal penang je pun..masih dlm mesia..lempang kang..
Hotel call taxi and pergi la ke continental hotel..Hotel bajet je pun..
School holiday, rate semua mahal, tak entitle nk claim..huhu
Kannnnn...
Siap tanya ada bilik kosong ke tak sbb mls nk tukar2 hotel..jwpn is fully booked

depan hotel byk mamak's stall..dah nmpk kesenangan nk cari makan

Lepas sampai continental hotel aka the real hotel yang booking dan layak, maka pening kepala gak sbb tgk luar hotel mcm takde mende.
Padahal itu dah penang road tu.Orang kata nk stay penang dok la area penang road.senang nak berjalan.
Ok fine, sambil masuk bilik, sambil berwasap ngan member2 dok penang, tanya mana tmpt leh jalan..
finally ini resultnye..

Bilik di continental hotel
Harga murah je. Kalau pergi off peak season dlm RM138 nett  Peak season RM178 nett
Both include breakfast
Takde government rate. Tapi for me, kalau xde pun dah reasonable pun 
Ni boleh kira budget hotel gak
tapi bajet2 pun sampai 20 tingkek ado ni.


Bathroom siap ada bathtub
Tapi siling atas bathtub tu tak tutup habis..Takot dooooohhh
Seram bila dok sengsorang..

Wardrobe and coffee table.Iron takde.Nak iron dlm bilik mmg dia x bg.
Maka naik la ke level 18 (rasenye la) iron dlm iron room dia. Dah mcm hostel.

Nun komtar hahhhh. Jauh je nampak.Padahal kalau dok GC tadi sedepa je jaraknye.
Tu yang dok pk nk berjalan jauh, naik cab mahal sbb td dr GC ke sini pun dia charge RM15..Padahal dalam meter aku nmpk RM11 je..Puihhhh
Tapi xpe..kita tgk apa yg ada.

Turun bwh nmpk ni.Mmg rekemen by ibu farah. Dia suruh try sup hameed ni.
Ok jumpe dah. Perot pn mmg dah kriuk kriuk..kita masuk la.
Makan sorang??xde hal la bg ummi..Ni la baru dikatakan pelancong solo mio...

Bila nk masuk tgk diorang baru nk bukak khemah.
ooo..Sensiang khemah kat tepi kedai diorang bukak.Bila dah petang cenggini pasang balik..Myb dr pagi smpi petang xde orang sgt. Kerusi meja kat dlm dah cukup banyak untuk catter pelanggan.
The stupidessssstt ever my question kat kedai tu apa tau!!
B4 masuk:
Ummi : Kedai dah bukak ke???
Anney 1 : Apa? (time tu tgh sibuk bwk kuar brg)
Ummi : Kedai dah bukak ke?? (sbb tak nmpk orang)
Anney 2 (turut menyampuk) : Bukak la..Kita kedai 24 jam.
Danggggg!!!!


Ini dia sup hameed.Roti xsiap lg katanye.So mkn la ngn nasi..
Ummi bg 2.5/5 sup dia.haha.kejam tak
Nope.Ikot tekak sebenarnye sbb ni sup style mamak.
Ummi tak berkenan maybe sbb pekat kuahnya
Prefer lagi thai sup sbb masam2..Me penggemar tom yam kung..So pepaham la tekak camne.

Motif collection..Haha

Shop lot ni sgt historical building..



Tu dia Nasi Kandar Line Clear!!
Front desk hotel pun kata line clear dekat je.Boleh jalan je.
Taraaa dah sampai.
Ummi nak makan tak la kot. Tak minat
Nama nk masuk and beli sndiri mmg takde la.So let them beratur.Haha


Ok ni dah sampai chow rasta.
Apa ada kat sana.
Pakat2 beli jeruk la.Segala jenis jeruk ada.

Cari yang ni je pun. Hope nama Ali is the real Pak Ali yang solat 5 waktu jual.
Tapi bila cari2, tak jumpe.Maybe klu nk jumpe kena p kilang dia kot.Sini sume penjual je and rata2 cina yang jual.

View chow rasta on sunday. Mmg ramai orang
Kat tepi tu ada orang jual cendol pemes..
Nama gerai / stall is Penang Road Famous Teochew Chendul
Mmg berjujuk orang.
Tapi macam erkkkkk..Nama cina ehh..kensel try..

Credit to Blogger Just Sharing 
Penang Road Famous Teochew Chendul

 Ni lorong mana entah.Tak berani masuk dalam2.So singgah tepi2 ni je.

Masuk kedai ni.
Jeruk Tempayan katanya.
Beli jeruk salak..Ok la..not bad aslong as rasa jeruk kire ok la tu

Dengan slogan konfidennya
"Tiada Cuka Kurang Asid"
5 minit ok nk tggu budak tu alih kan badan..pfffttt


Jalan2 lagi dah sampai komtar..Fuhhhh
Sekali jumpe orang buat tatooo..Open cenggini
Muka rilekkkk je..Xsakit ke wehhh


Lps jalan2 dalam mall, end up beli ni.
Few tshirt utk apak dan bebudak.
Jeruk bantai borong sampai RM50 utk bwk balik..
Orang kalau nk tayang beli designer handbag, baju, kasut ke kan..
Oooo im not that wealthy la..
Beli pun sekali setahun dah cungap.
Pakai la 7 keturunan..kahhh

Malam tu tak berjalan.
Sebab ingat nk kuar dgn tutttt..tapi dia plak ada plan ngan family.So me mls nk join
Naseb bgtau awal.So siap2 tapau pasemboq and makan kat hotel je.
Sbb penat bejalan, malam tu mmg lena tidoq walaupun lampu terang benderang!!


Esoknya, tuan belog check out hotel and buat kijo macam biasa.
@ Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang / Penang Port
Itu Cruise Genting World. Kecik je

Rasanya semua orang penah naik ni.
Tggl nk bwk our kids je yg belum lagi pernah naik.
Kalau bwk the imans nii mesti excited giler..Sbb kereta pun leh naik ferry kannn

Yatch replika

From here boleh nmpk pelabuhan yg uruskan kontena2 tu..see the kren tu..

All these SPPP punye gudang.
Bangunan ni telah diwartakan as 

Taraaaa..masa minum @ 10am dgn GM satu cruise sampai..
Had ni besaq gilaaaa..

Bila la nk jalan2 naik cruise ni wehhhh

Finally mmg tak sah mai penang tak makan nasi kandaq.
SPPP sediakan lunch hari tu jamu kami nasi kandaq.
See my kandaq, tak banjir kan.
Cannot go with all the kari ats nasi..lauk pun boh tepi je
Takleh makan kalau berlemuihhhh nasi..
Luckily diorang bwk mai kicap, so topup sikit kuah kari and put some kicap harbal..Baru leh jalan
Rojak tu ya ampun sedap nye...
Kuah rojak made by staff kat situ. B4 balik dia bg satu sorang.
Ingatka nk beli..Tpi xbwk stok.
Tp dpt la satu kire jadi la..

Jumpe ni kat penang Airport.
Rare kann..
So beli.Harga pun tak mahal.RM12.90 je
Chocolate lain semua cekik darah.Mahei sgt.Beli sudu ni dengan Ritter Sport yg ada cookies tu
Mmg la sedap tp beso tapak tangan je dah RM10.


Flight tak delay.Alhamdulillah.Cuaca pun ok hari tu.
Sampai KLIA, dah baru..Wow.lepas ni lagi byk outlet leh cuci mata.
Row gate mana entah ada micheal kors, Charles and Keith, VS..itu je sempat nmpk
Masih lagi under construction..baru la nama International airport..
Kalau x, xde benda nk cuci mata.
Tapi harga tak sure sbb xsempat masuk.nk kejar ERL.