Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Drama/Film Review. Show all posts
Showing posts with label Drama/Film Review. Show all posts

Friday, November 25, 2011

EBM Iman Kaiyisyah

Natang ape tuh berbungkus bagai??
Daging kurban hari tuh kot..heeee
Bukannnnnnn..
Itu la stok EBM baby kisya..
Alhamdulillah, berkat usaha gigih lagi kental, dari pantang lagi dah buat stok..
Hasilnya..ayam terpaksa letak kat bawah..
wiuuuuuww..jijiksss.maksimumkan suhu darjah celcius petiais
Terpaksa hokeyhhhh.
Dapat letak kelapa parut je..
Plak tu, mmg tak boleh nk berangan makan ikan, sotong udang bagai..
hari hari terpaksa kunyah ayam..jemu dahhh
Ikan bilis pun dah habis stok..
Telor pun ayam gak kan..jemuuu


Freezer buat masa ni khas utk EBM kisya..
Dah berapa oz, tak tau le..
Sebab tak tentu isinye..
1 storage boleh muat 8oz, tp ikot berapa oz yang dapat.
penah dapat 1oz jek!!!
Itu sebab guna milk collection, tak pump pun..
Worth jugak benda  ni..
Rajin guna waktu pantang ritu.
Ye ar, bila kita bagi susu anak sebelah breast, yang sebelah lagi pun menghasilkan / mengeluarkan susu gak
So dari sedekah kat breast pad, baik kita takung.
paling banyak dapat ialah 3oz ++, itu pun bila kuarkan, tumpah sikit2..
Penuh sangat dalam shell dia.
Harga mahal sikit la, dua ketul tu  je rm70 (menangis membayo)


Ok..berballik cerita EBM kisya tadi.
Malam kemarin kuar p bangi, cari botol susu kisya yang baru
Guna MAM, Alhamdulillah nk jugak dia minum pakai botol tu
Konklusi, kisya tak nak guna tommee tippee..
Ada sape2 nk beli satu lagi tak??hehe
ada sebotol lagi tak pakai..5oz..lelong..lelong..

Eh.sambung balik cerita..gila melalut.

Pas beli botol kisya, saje singgah kedai jual barang elektrik, nak usha freezer.
Sempat pergi sebuah kedai je.sbb dah mlm
Kedai ni nampak dari luar gempak giler,,
Sekali kat dalam ada 4 bijik freezer je..cehhh
Harga cam mahal lak tu
Yang kecik jenama elba pun lagi sengget nk 700..haktuiii..mahal..
Tapi kitorg bukan nk bli lagi pun..
usha rege dulu dakkkk.
Aku ckp, harga takleh kurang ke bang???
dia siap amik calculator, tung tang tung tang tekan, last2 670 dia offer..
Cehhh..mahal lagi (padahal takde bajet cenggitu)
last2.Ok la bang takpe, kami saje tgk2 je..
Eh kak, kami kat sini takde makap makap harga..penghantaran percuma..
ohh yeke..saya ingat dalam 600 je freezer..
senyum..kuar kedai

Rupenye dia folo kitorg sampai ke kete siap tekan tekan kalkeleter..
ape kejadah brader nii..
Ok kak, 615 saya offerr..
Takpe la bang, terima kaseh..

Ape daaa..habis nk dapat last customer le tuhhh...
Teringat plak cite pak cik aku.
Ni kes zaman Bio aura tengah glamer meletop letop..
Bio aura ni pun tgh jadi barang panas mcm gorpis (goreng pisang) tu haaa..
Time tu sume dok pakat nk beli / jual bio aura, sampai sanggup buat loan 20k.gilerr..

Ada la member pakcik aku tu dah tak nk jual natang tu.
Nk habiskan stok dia offer sebijik kat pakcik aku.Kena la offer rege asal dulu kan..
Bila nego punya nego takde win-win solution.
last2 ape tau.
Pakcik aku kata 'aku ada 1000 je'
Alih2 member tu jual jugak dgn 1000..
Ok gak kan ayat dia tuh..
aku ni dah la tak pandai nk 'ketuk' harga.
So kena la guna kekdah ni bile nak beli freezer nanti.

Tapi jangan le ko pegi paso mlm beli ayam ckp ' ok bang saya ada spo hengget je'
Padahal ayam ko sampai 2kilo lebey..
Memang dia hayunkan jugak ayam tu kat kepala kannnn..
Agak agak la kan..
Beli barang beso2 boleh la nk ketuk ketuk harga..

end

Thursday, June 9, 2011

Ada apa dengan Nora Elena ~ n3 kalau tengah mengantuk

Salam semua,

Mode : M.E.N.G.A.N.T.U.K !!!

Untuk itu, kita update blog.Nak buat kerja, ofkos kena guna otak sebab nk siapkan kertas kerja.Takde idea, maka perasaan mengantuk pun tiba.Nak tido kat workstation, kang bos dtg, kena sergah plak.Tapi n3 ni nk cite pasal pe..emmm..pk sat..

Owh ye..hari ni last episod nora elena ek?? sebab dah nmpk iklan cite baru..agak2 ape yvonne bagi dalam bakul tuh..bangkai tikus ke??? sandwich ke??? buah epal ke??? muka nora tekezut je ropenye..kalau le tonton.com bleh siarkan semua episod (yang tak tayang kat tv pun ada gak), la ni gak aku pulun..haha..

Untuk cerita ni, ramai yang dok mengidam utk memiliki suami seperti seth tan.Ramai juga yang mempertikaikan 'ada ke kat dunia ni lelaki macam seth tan tu?? ada..sape kata takde..cuma nisbah nya terlalu kecil.Yang aku amat pasti, lelaki seromantik seth tan hanya berlaku sebelum kawen aka masa hangat bercinta.Sebab benda tu obviously happened to me..kuang..kuang..kuang..tak perlu la di coleteh panjang lebar disini..Biar kami berdua yang simpan. Cerita ni berdasarkan novel ek..oooo...tak pernah baca..kui3..dah lama meninggalkan dunia novel..Papepun kita nantikan je ending cerita ni.

Tapi boleh tak TV3 tukar masa rancangan Akasia ni.Start 6.30 petang macam dulu.dari dia dok tayang cite tak berfaedah mcm kiteretsu, naruto shipuden tu.Bukan apa, 7.30 dah maghrib, kan elok kalau time2 gini diisi dengan perkara yang berfaedah.Mengaji ke, solat sunat ke (bajet alim sehhh). Tp siyes, bile ada cerita best utk dilayan, waktu magrib tu pergi begitu shj.Tau2 dah nk jam 8.Baru gegeh nk solat maghrib.Nampak benau aku solat lewat.TV punya pasal.Tak ke 'sethtan' namanya tu..haha..

Ha.tetiba dalam emel frommy feren pasal satu surat layang berkenaan cerita hangit Nora Elena..selamat membuat konklusi ye..sehingga bertemu lagi..

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??

Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"

"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana.

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya


Thursday, June 2, 2011

Wajib Tonton 2011

Salam semua,

These past few days, kat tv asyik dok tunjuk iklan Transformers 3: Dark Of The Moon.Hah, filem WAJIB TONTON 2011.Sememangnya kami tak pernah miss tgk filem ni kat wayang.Just imagine, yang 1st film, kami tonton kat wayang sampai 3 kali kot.Bila tgk iklan tuh, terus incik suami excited, siap ajak cari yang 3D lagi.amboi, dia yg lagi beria2.Selalu pandang sepi je bile ajak tgk wayang..

Tapi this time kena pikir panjang kalau NAK jugak tgk kat wayang..yelah.sudah ada anak, kecil pulak tuh..Haruslah payah nk masuk wayang..Alangkah indahnya kalau ada nursery kat wayang.Letak 2jam++, pastu dah habis movie, collect balik anak..amboi, dah mcm collect point pulak.haha..

So terfikirlah idea untuk mengepos iman ke rumah mama dia or umah pak long dia..haha..idea jahat a.k.a bernas..Jadi, kami boleh lah dengan tenang menonton TR3.Semalam dah buat post kat wall FB menyatakan hasrat pos mengepos nih..and mereka pun 'ok je'..haha..cayalah..nampak gaya, kena la survey2 wayang mana nak terjah, hari apa nak tengok..owhh..banyak tugasan.Haruslah si isteri yang memikul tanggungjawab ini.emm...



Jangan sampai terngigau-ngigau sudah le..

Wednesday, June 1, 2011

Kata-kata hari Rabu

kenapa ending Asmara 2 macam gitu..huhu







sent from my laptop (^_^)

Tuesday, May 31, 2011

Kerisauan seorang ibu

Salam semua,

Macam biasa setiap malam isnin, kami (ummi dan iman) kena teman babah tengok drama feveret dia "JUVANA". Bukan best sangat pun (statement dengki ~ macam la asmara 2 tu besh sangat..haha). Sekali diorang buat debat, pasai pe tah..bese la tak folo sangat.Sekali dah nak ending tuh, ada plak tunjuk adegan buli membuli kat sekolah.Antara budak baik dengan budak jahat (refer pada si Botak le).

Tetiba terfikir, macam ni nanti iman nk hadapi kat sekolah.Ya Allah terus mata meluru pada anak kecil yang sedang seronok dengan dunia kecil dia tu.Ishh, agaknya macam ni la perasaan mak kita bila lepaskan kita dengan kawan2 ke, lepaskan belajar di asrama.Hati macam tak tenang.Kalau dalam drama JUVANA tu, budak tu dibelasah, siap kena ikat kat papan jongkang jongket.Nauzubillah.Terus berdoa pada Allah SWT, mintak2 anak2 ummi dijauhkan semua ni.Semoga Allah lindungi anak2 ummi.Macam nak menangis.Dah terfikir nk cakap kat babah, macam nak ikot iman pergi school.Tapi mesti babah kata ape je..Huish..ye jugak..tak logik.

Tapi betul, bebudak zaman sekarang ni, bukan macam dulu lagi.Semakin ganas, samseng.Ish..jangan la anak2 ummi jadi macam tuh.Takut dengan dunia ni sebenarnya.

Semoga ummi dan babah dapat mencorakkan yang terbaik untuk Iman dan adik2nya nanti.InsyaAllah..











Nota: malam ni hantar iman pergi umah mama dia..Mama dia nk pinjam.Kak hawa nk iman.So ummi boleh tengok Asmara dengan tenang. Pastu plan nk ronda2 amik angin naik motor berdua deegan babah.Dah lama tak menggedik2 berdua atas motor..haha..destinasi??? Tak tahu lagi..Redah je kot..Esok nak cuti, so tidur lewat pun takpe..yeayy!!!