Apa kaitan dengan tajuk???
Yes..uoll baca newspaper??tengok news di tv??
Ni kes Arwah adik nadirah aka dirang yang mati dibakar tu ha..
Ok.
Uolls yang folo cerita ni mesti tahu kan latar belakang kes.
Ada juga rumors yang mengatakan ibunya sebuk berfesbuk tatkala anak kecil itu lapar dan telah diminta oleh ibunya utk membeli meggi dan telur bersendirian!
Namun, berita ini tidak mendapat kesahihan dan harap ianya tidak benar.Sekadar dari mulut ke mulut.
Hopefully gitu lah.
Kalau benar??
Penjenayah tu kalau dapat ditangkap, bukan salah dia 100% kerana menzalimi anak kecil itu.
Tapi dia telah dizalimi oleh ibunya sendiri pada awal awal lagi.
Agree with me???
Umur baru 5 tahun sudah dibenarkan jalan bersendirian ke kedai beli meggi.
Please la semua ibu ibu bapak bapak di luar sana.
We are no longer live in the year of 80's or 90's
Zaman la ni dah mcm2 berlaku.
Malaysia dah tak selamat dah kalau kita nak letting our children play by themselves without supervision.
Agree with me?
Please say yes.
Zaman aku dulu ye la.
P sekolah agama jalan kaki sorang2.
Kiri kanan jalan sunyi hokeyhh.
Bukan la hutan belantara.Idak le.
Cuma memang takde kereta yang banyak lalu lalang.
Kalau kena kidnap, kompem takde saksi.
Mati katak je kalau kena bako.
Berbalik pada kes adik dirang tu.
Dia teringin beno nk makan megi ek?
Last2 mak dia soh p beli sendiri, mak nak berfesbuk.
Ape jenis la mak camni kan.
Lain la kalau mak nk berfesbuk-anak nak makan megi-p beli ngan bapak.
Orait la.
5 tahun.kecik beno rasenye nk biarkan dia sengsorang kluar ke kedai
Haish..memang tak leh dimaafkan.
Kalau pun undang-undang nak salahkan penjenayah, jangan dilupakan si mak yang dikategorikan sebagai cuai.
Ye la kan, takkan la si penculik nak culik anak kalau mak ayah ada bersama.
Aku dulu penah jugak jadi gini
Giler nk mengapdet blog, anak dah nangis2 nak nyusu.
Tapi ok le, babah dia ada untuk tenangkan.
Idak le pulak soh turun sendiri panaskan susu sendiri pulak kan.
Tapi last2 babah dah jerit, baru gelupor naik.kui3..
Suwitt tak??
heh, sour hokeyhh.
Kes lain pulok.Kitorang la ni dah jarang sangat sangat nak menshopping kat tesco or giant or econsave.
Sebabnya susah nk control both iman.
Yang kecik tak nak dok dalam stroller.
Yang besar nk jadi tourist guide.
Mana nak cekau garam, gula, sup bunjut, mane pulak nak peratikan si iman beso.nak pulak kena dokong iman kecik.
Fuhhh berpeluh.
Last2 satu dua barang je dapat beli.Bazir masa.
La ni, apa nak beli, incik suami je yang p beli.
Pernah sekali tu kat tesco.
Time nak bayar, si iman beso sibuk dok belek2 cokelat, mentos whatsoever di kaunter tu.Sooo attractive kan kaler warna warni gitu
Sekali ummi pun sebuk tengok cashier mengscan barang belian, babah pulak masukkan barang dalam greenbag.
Hah! takde orang perasan iman beso ke mana.
Tau2 dah takde.
Gelabah sekejap.
Cepat2 carik, ropenye dia dok sebuk pegang mentos.
Huish..sebab dia kecik, terselindung di balik chocolate shelf tu
Fuhh..rase nk gugur jantung ok.
Tu baru beberapa saat+minit, pulak tu barang pun tak banyak
Kalau setroli penuh, mau makin lama kami ralit dan tah kemana mana merayap budak kecik tu
Nauzubillah.Mintak jauh.
So now, no more shopping la.
Setakat jalan2-window shopping je la.
Toksah verangan nak beli itu ini.
Kalau nak, amik cuti, p melenjan satu hari kat soping complex.
Tanpa gangguan, duit dapat disalurkan dengan laju sekali.
Umur iman baru setahun 9 bulan.
Even kalau nk main kat car porch pun kitorang kena ada kat luar sama.
Memang la pagar tutup-kunci bagai.
Tapi who knows, orang panjat ke kan.
Jiran zaman la ni, mana nk hirau sangat kan.
So sape nk hirau kan anak2 kalau bukan makbapak sendiri kan.
Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah SWT.
Kita perlu pikul tanggungjawab ini dengan seikhlas nya, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Nya.
Jangan tahu buat anak je.Tapi tak tahu nak menjaga.
Kalau tak reti, tu yang kena belajar.
Sabda Rasulullah, carilah ilmu sampai ke negeri China.
Sekian celoteh.
Penafian:Tulisan dalam blog ini hanya berkisahkan tuan belog dan kisah-kisah hidupnya.Mohon maaf andai penulisan ini telah/akan mengguris mana-mana pihak.Sekian
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Tuesday, March 13, 2012
Wednesday, August 17, 2011
saiko..saikik..sisik ikan..
Salam semua,
Tersaiko tak korang kalau orang rumah..eh, tuan rumah cuti, orang rumah pergi mencari sesuap nasik!!..Saiko siot..sekejap2 rase cm nk blah balik je..tengok apa tuan rumah buat dengan tuan kecik..join sama2 golek2 atas tilam..adui..boleh je nk merawat ke'saiko'an tu dengan apply cuti..tp nk raya dah, apa nk cuti lagi..tak pasal kang kena bebel dengan bos..utk selamat EL jek..itu je jalan termudah dan terhebat yang SELALU dipraktikkan..haha..sebabnya..hah, orang2 division ni jek yang tau..
Ofis hari ni rase cam suram jek..asal ek..cuaca kat luar cm sejuk..rasa cam terkena tempias orang2 selangor bercuti kot ek..boringggggggg..buat keje pun cam hampeh je sebab info tak complete..layan blog sekali sekali pun ok gak..Pulak tu baby dalam tummy ni asyik dok berenjut je..lapo ke?? sabar ye..kol 7.30mlm lama lagi..ke teringin nk makan pizza, kfc bagai..emm..buat masa ni tak leh ye..abang iman tengah tak sihat..
emm..cam nk terjah alamanda..tp mesti ramai..owhh..ape nk cari kat sana??takleh2..tido kat opis jek..kang habis melinjan duit bonus..bising la tuan rumah..kena jimat..banyak nk guna duit, baby nk kuar dah ni..ohhhhh, baru teringat, beg ummi nk p spital tak siap lagi...beg adik baby pun dah masukkan dlm bonet, tp rasenye tak bape nk complete..hukhukhuk....
picca tuan rumah dan tuan kecik yang sedang berseronok kat umah..huhu..
Time ni kat floria putrajaya..tengah tgk fireworks..tak buat n3 pun pasal ni..malas..hehe
Labels:
Adik baby,
isu semasa,
Macam-macam,
OfficE,
Preggy mummy
Tuesday, August 2, 2011
Updating
Salam semua,
Sedar tak sedar, my pregnancy dah masuk 34weeks..cepat betul masa berlalu untk 2nd pregnant ni.Time iman dulu, rasa lama sangat.Tetiba jadi takut lak nk bersalin.MAsuk labor, meneran bagai, kena jahit plak.Time berpantang, kena jaga luka..uuuu..cam ngeri plak bila nk masuk toilet..fuhhhh..berpeluh!!!
So semalam, untuk 1st time nya buat lawatan ke klinik kesihatan.Awal pagi dah pergi sebab nk amik nombor awal.Sekali dapat la no.4.But, tak guna jugak sebab tak penah dtg situ, dan proses pendaftaran + proses mendengar bebelan nurse adalah satu yang menyeksakan..Dah skip berapa nombor dah, but my turn tak juga tiba.Macam2 soalan cepu cemas cik misi tanya..Naseb la semalam mood ok (bulan puasa la konon), kalau tak dah lama misi bebel tu kena terjah balik.Bila tanya blood group apa and dah buat HIV test ke, i said O+ but no proof, and already did HIV test. Dr. Fazlina pun dah tulis dalam buku merah.Tapi dia kata takde plak..Kang rampas buku tu kata ape plak.Boleh plak kata "ini la swasta, sume tak buat.Kang jadi pape susah.Ni dah anytime bleh bersalin ni"..Bebel bbel je..Rimas aku..cam nk cepuk..Pastu siap bagi tau member lak.Last2 dia soh amik darah, nk tgk group ape and buat HIV test.Bila dapat je balik buku merah tu, cepat2 cari dalam buku tu.NASEB ADA!!!. Tunjuk kat dia.Terus diam tak kata apa..ahhhh, dia tak pandai cari..Tau nk bebel je..Masuk dalam suratkhabar kang baru tau..
After buat urine test, HB test, masuk bilik.Kali ni dapat nurse baik.Very friendly.I like her..emmm boleh request next visit, jumpa dia lagi tak???haha..Bila dia ukur tinggi rahim, she said ok.i asked wether at 34 weeks, tinggi rahim memang gini ke??she said yes..Syukur.Meaning EDD adalah tepat 95%. Sebabnya dulu tak ingat tarikh period. Kalau kat az-zahrah, just depend on scan shj..
BTW, ada satu story nak cerita, b4 masuk bilik utk check tu, lepas buat urine test.I found that, waiting area mmg penuh.ada la balance satu dua kerusi, tapi cam payah nk masuk sbb tengah2.so memula berdiri dulu, tapi tak larat pulak..last2 terjah tengah2 tu duduk juga..Sekali tu i found ada 1 guy ni, sebelah dia kosong, awal2 lagi tak menggedik la duduk sebelah dia.Bila dia cam nmpk ada org berdiri dia cam tunduk2.memula tak buat analisis lagi.bila dah duduk belakang dia.baru ku tahu peel laki orang ni.Bini dia entah ke mana la.g cek la kot.
Ada la sorang ibu mengandung ni baru lepas cek, kuar dari bilik, dia pun dok melilau cari kerusi.Yang mamat ni tunduk lagi.letak tangan kat dahi.Ala2 tido pun ada.Bila ibu mengandung ni lepas je dari line kerusi dia, terus dia angkat muka..Eh..buat2 tido dia ni..SAH..MEMANG SAH.Dia saje buat2 tido, supaya kononnya dia tak perlu bangun utk bagi duduk kat ORANG YANG LEBIH MEMERLUKAN..aku cam..ish..lelaki apakah ini ??? Bini dia pun mengandung jugak, tak pun ada anak kecik..Kamon la..tolong la respek orang yang lebih afdal utk duduk..Kau tu sihat gagah perkasa, pe salahnya diri sekejap.Laki orang lain elok je diri kat tepi2..Kalau incik suami, dia siap tunggu kat luar lagi.Memang respek la (ni kes puji suami sendiri.hehe).Laki tadi tuh siap main cak2 dgn anak cina depan dia..aku cam nk lempar kasut je kat kepala dia..tapi kang dia bangun cekik aku plak,,incik suami dah le takde..naya je kang..tp aku kalu dah geram, sound tepet je..sukatila..tp mmg b**** la laki tu..naseb la bini ko dapat laki yg tak reti respek hak orang lain..
dan2 isi borang khidmat pelanggan mintak buat signboard utk bagi keutamaan tempat duduk pada ibu mengandung dan ibu yang membawa anak kecil..siap highlight lagi, mintak urgentkan on this matter..ni kes siyes nih..sakit pinggang ooo diri lelama..
Tetiba tingat satu cite..dah lama dah..dah setahun pun..Kejadian berlaku di Butik MumDreams, BB Bangi..Baru habis pantang.Datang sana sebab nak beli set breastpump.Tengah ada promotion.Kena terjah cepat2, takut habis stok.Cerita dia gini..
Kitorang datang malam.Bawak baby lak tuh (iman le, sape lagi).Berselimut la budak renik tu..Takut sejuk.Kedai mmg open, tp utk keselamatan, dia kunci.Nak masuk, sila tekan loceng ye.Time tu pulak, salesgirl (SG)tak nmpk kelibat.Ada kat atas kot.Sebab nampak ada sorang laki kat situ(maybe temankan bini dia).Aku amat sure wife dia ngan SG ada kat tingkat atas, tgk baju preggy.Yang si laki ni kaki bertongkat pulak.berbalut sakan..tak leh gerak, duduk aje kat sofa tuh..
tapi takkan la kitorang tak nak masuk kan, walaupun berkunci.Kitorang dok ketuk2 pintu, tekan loceng bagai.memula macam sopan la.Yang heran nya, laki tu mcm tak perasan.Eh.biar betoi ko tak dengar..Aku sah siap gegarkan pintu mcm nak roboh dah..boleh dia buat bodoh je..Mustahil sungguh dia tak dengar..Incik suami dah nk angkat kaki.Tp me..tak putus asa..memang sgt tak puas hati dengan laki tuh..Ketuk lagi.Goyang2 lagi pintu..HARAM dia nk pandang kat pintu masuk..buat2 baca magazine..pandang syiling, kiri kanan.Hangin dah ni..Giler kau tak hangin..Aku boleh terima kalau dia pandang buat isyarat tunjuk kat atas ke (phm le yg SG ada kat atas, dia tgh menempang, takleh jalan), tak pun bagi isyarat soh tunggu sekejap ke..langsung takde..nak dekat 15 minit kitorang membakar kat situ..Aku tau dia nampak kitorang.takkan la tak kesian ibu yang membawa anak kecik, sejuk kat luar tuh..aduyai..
Bila dah berangin sakan, SG pun turun, tekan loceng, SG alert ada org kat luar.Dia bukak pintu.Wife si tempang pun ada jugak..Elok je masuk, terus aku perlu sambil lalu depan dia."Pekak ke apa??? Bodoh" pastu ada la bebel2 lagi..tak hingat ckp pe dah sumthg like "tunggu la org buat time ko ada anak nanti..tp yg pasti words PEKAK dan BODOH mmg aku sebut..Dia moncong je..apehal??? nk belasah ngan tongkat ko ke..Dia yang salah sebab tu tak berani lawan balik..Kalau tengok wife dia, perot kempes lagi..tapi dah sebuk beli maternity dress..arghh..lantak le..duit ko..tapi perangai laki ko mmg tak leh terima akal..ish..ada gak org gitu dan terjumpa lak tuh..hahhhh
Ok la..nak sambung wat keje..mane2 yang ada hubby, boipren, tolong nasihat respek hak orang lain!! daaa
Monday, April 18, 2011
KOPI KLUANG TIDAK HALAL
Salam semua,
Perhatian: Ini adalah sesi muhasabah diri
Pernah dengar Kluang Railcoffee??!! Im very sure lah uolss ni penggemar / pelepak tegar di kopitiam bagai ni..kejap tadi BW..terjumpa satu blog ni dengan n3 yang sangatlah Sharing is Caring..Just simply klik sini to get the info and ask urself lah (samada nk caya ke tak)..
Yang memualkan ialah kopi yang dihidangkan tuh (yang kononnya harum wangi semerbak tuh) ada campuran alkohol dan gelatin ba alif ba ya..nauzubillah..
Moral of the story:
Jangan mudah terpengaruh dengan NAMA KOPITIAM yang ala2 malay name nih..Perlu ada rasa was-was dalam diri.Kerana dengan rasa was-waslah akan wujud hukum haram dan akan mengelak diri kita terjebak dengan perkara tersebut (dah macam ustajah pulak)..Terutamanya bab-bab makan ni kerana ia akan menjadi darah daging yang turut mempengaruhi akidah, akhlak seseorang muslim itu..
So tak perlulah kot berbangga bile kita mampu untuk makan di any kopitiam (sbb harga pun mahal jugak). Kerana belum tentu apa yang kita makan ini halal atau sebaliknya..
Kepada ibu mengandung atau ibu yang menyusukan anak, tolong la jangan senang-lenang nk masuk restoran-restoran yang sebegini..Kesian kat anak dalam perut dan yang minum susu kita tuh..sob..sob..terfeeling lebey plaksss..
Semoga kita sentiada berada di bawah perlindunganNya..
Nota kaki: ini hanya pandangan peribadi dan bukan nak attack sape2.Maaf jika terasa ye..(nama pun personal blog kan!!!)..Saya bukan muslimah sempurna tapi sentiada menginginkan menjadi sebegitu..Doa2kan..amin..
Wednesday, March 23, 2011
Result SPM keluar!!
Salam semua,
Hari ni result SPM 2010 keluar.Pasti adik2 di luar sana berdebar2 kan.So far adik2 sepupu yang amik, ingat sorang je.My kezen di Terengganu.Kalau arwah adik aku ada, mesti dia tgh berdebar2 nk amik result.Ekceli arwah meninggal umur 2 hari.Kami adik beradik pun tak sempat jumpa.Meninggal sebab jantung berlubang.And ayah pernah cakap, adik bongsu kami skang (dapat lepas 2 tahun arwah meninggal), sebijik mcm dia.Time kecik2 la.Dah beso panjang mana nk tau kan??
Tapi pape pun GOOD LUCK pada yang tengah berdebar2 tuh!!
Wednesday, March 16, 2011
Adakah mereka ini tidak mempunyai sensitiviti or what???!!?
Salam semua,
Hari ni nak buat entry pantas dan kontot..hehe
Semalam tengok tv, ada la seorang jaguh sukan ni terima ganjaran atas kemenangan beliau mengharumkan nama negara.Kira membanggakan jugak la, pastu dapat pulak hadiah begitu WOW!! Sape taj teringin ada saham kan?!! Bog company lak tu, confirm hujung tahun leh soping sakan bile amik dividen dia..perghhh..memang walahhhh le..
Yang tak syok nye, beliau ni ada title la kan (sumthing yang aku tau ramai orang2 di luar sana menginginkannya).Bile dah ada title tu, pergi lak jumpa pemimpin no.1 negara, DRESSING macam nak pergi tengok wayang dengan awek..Come on la.Tak kesah la baju tu mahal, seluar tu beli kat oversea ke.Tp proper la sikit. Tak perlu la pakai suit bagai, takut hangat lak kan, pakai kemeja + slack dah kira thumbs up la.Ish..takde ke orang yang kabo kat dia b4 jumpa dengan pemimpin tuh. Tapi bile sembang berdua tau plak duduk terkepit2 macam pengantin.Ingatkan nk terkangkang, bersila ke atas kusi empuk tuh!!
I dont know la kan kalau orang lain concern ke tak, but me and incik suami agak concern la.Bile tgk kat news macam tu, macam tak seswai la bile pangkat dan darjat ni dibagi sesedap oren je..dah mcm takde value lak..uish..tp memang pun kan..siap boleh dijual beli plak.dah macam beli ikan kat paso ye??!!
Ada jugak satu kes tak lama dulu di negeri hang jebat ni.Pun lebih kurang la.Pakai singlet dengan seluar penjara (bile aku tgk seluar kaler tu, dh mcm org yang dok dlm jail kat US tuh).Apakah manager dia take for granted je hal2 gini.Orang yang hangkut dia masok mesia ni pun tak bertindak pape ke??
MACAM-MACAM INI DUNIA!!
Nota: Mission failed untuk buat entry pantas dan kontot (T_T)
Friday, March 4, 2011
Mahal giloss
Salam semua,
Hari ni hari jumaat, mood cuti dah semakin mengembang2..So hari ni kat opis, semua pun tenang je.Almaklumla, semua tunggu jam loceng bunyik, nk punch awal2 la tuh..termasuklah i skali..kui3..
Hari ni saje membuang masa ala2 melagho tgk rumah kat mudah.com..saje cuci mata..Nak beli umah baru ke??idak le..mane nk dpt ongkosnya..Cuma tetiba terfikir la kan, asal la rumah skang ni makin mahal..Start tahun 2009 (rasenye), rumah yang mencanak2 naik area seri kembangan, kajang, puchong, bangi semuanya starting 300k..Bukan lagi 200k..kalau ada itu hanya mimpi semalam la..Rumah pun skang ni makin slim melim.Memang la bukak 20x70, tapi bile tgk kat dalam, sempit.Kalau dah masuk barang, lagi la sempit kot..
Bila tgk iklan kat suratkhabar pun cenggitu, skang ni dah trend starting 400k pulak..mak datok..berapa pulak installment nye..kalau nk yang dlm rege 200k - 300k (bagi aku masih affordable),nun dok area ni semenyih, nilai, pajam (kalau ke selatan), kalau ke utara, nun dekat ijok,antara gapi..adui..jauh dek nonnn...tak berbaloi la, beli jauh2, keje kat putrajaya/kl..minyak lagi, pastu mesti cepat je mileage kete smpi masa tukar minyak itam, tup tup plak, tayar botak lak..getah dah le mahal kan..opkos la tayar pun mahal..
Dok bising2 pasal rumah mahal ni bukan apa, mampu ke ANAK MELAYU kita nk beli..lagi2 yang baru nk mulakan hidup.Jgn kata yg baru nk mulakan hidup, yg dah lama hidup pun belum tentu dapat beli rumah idaman.Betul tak?? Mana yang mampu Alhamdulillah la.Mana yg tak mampu tu yg kesian sangat tu.Sampai bila nk menyewa??daripada bayar sewa baik byr installment rumah.Bukan apa, rumah ni once kita beli, value dia tinggi.Investment utk masa depan jugak.Sebab skang ni aku tgk muda-mudi dok pulun nk beli kete hebat2.Keje baru setahun jagung, kete dah bayar bulan2 1k.Deme ni tak pk ke, once kete kuar je dari showroom harga jatuh gedebush debush..lantak diorang la kan..banyak duit gamaknya..
Kadang2 terpikir jugak masa depan anak, buat masa ni iman rizqin sahaja lah.Mampu ke dia nk beli rumah bila dia besar nanti..Tak kesian ke??Kalau orang zaman sekarang pun masih mencari2 rumah yang sesuai dan MAMPU dimiliki, apatah lagi 20 tahun yang akan datang???Ish3..risau memikirkannya..
Adakah semua ini berlaku kerana tiada control dri pihak berkuasa??mungkin juga kan..Tapi nasihat di sini, cepat2 la kome beli rumah sendiri.Senang nanti di masa hadapan.
agak2 umah cenggini bape hengget??? =)
Subscribe to:
Posts (Atom)