Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 13, 2012

Zaman la ni dah tak selamat nak lepaskan anak main sorang2 kat luar

Apa kaitan dengan tajuk???


Yes..uoll baca newspaper??tengok news di tv??
Ni kes Arwah adik nadirah aka dirang yang mati dibakar tu ha..
Ok.
Uolls yang folo cerita ni mesti tahu kan latar belakang kes.
Ada juga rumors yang mengatakan ibunya sebuk berfesbuk tatkala anak kecil itu lapar dan telah diminta oleh ibunya utk membeli meggi dan telur bersendirian!
Namun, berita ini tidak mendapat kesahihan dan harap ianya tidak benar.Sekadar dari mulut ke mulut.
Hopefully  gitu lah.
Kalau benar??
Penjenayah tu kalau dapat ditangkap, bukan salah dia 100% kerana menzalimi anak kecil itu.
Tapi dia telah dizalimi oleh ibunya sendiri pada awal awal lagi.
Agree with me???
Umur baru 5 tahun sudah dibenarkan jalan bersendirian ke kedai beli meggi.
Please la semua ibu ibu bapak bapak di luar sana.
We are no longer live in the year of 80's or 90's
Zaman la ni dah mcm2 berlaku.
Malaysia dah tak selamat dah kalau kita nak letting our children play by themselves without supervision.
Agree with me?
Please say yes.
Zaman aku dulu ye la.
P sekolah agama jalan kaki sorang2.
Kiri kanan jalan sunyi hokeyhh.
Bukan la hutan belantara.Idak le.
Cuma memang takde kereta yang banyak lalu lalang.
Kalau kena kidnap, kompem takde saksi.
Mati katak je kalau kena bako.


Berbalik pada kes adik dirang tu.
Dia teringin beno nk makan megi ek?
Last2 mak dia soh p beli sendiri, mak nak berfesbuk.
Ape jenis la mak camni kan.
Lain la kalau mak nk berfesbuk-anak nak makan megi-p beli ngan bapak.
Orait la.
5 tahun.kecik beno rasenye nk biarkan dia sengsorang kluar ke kedai
Haish..memang tak leh dimaafkan.
Kalau pun undang-undang nak salahkan penjenayah, jangan dilupakan si mak yang dikategorikan sebagai cuai.
Ye la kan, takkan la si penculik nak culik anak kalau mak ayah ada bersama.


Aku dulu penah jugak jadi gini
Giler nk mengapdet blog, anak dah nangis2 nak nyusu.
Tapi ok le, babah dia ada untuk tenangkan.
Idak le pulak soh turun sendiri panaskan susu sendiri pulak kan.
Tapi last2 babah dah jerit, baru gelupor naik.kui3..
Suwitt tak??
heh, sour hokeyhh.
Kes lain pulok.Kitorang la ni dah jarang sangat sangat nak menshopping kat tesco or giant or econsave.
Sebabnya susah nk control both iman.
Yang kecik tak nak dok dalam stroller.
Yang besar nk jadi tourist guide.
Mana nak cekau garam, gula, sup bunjut, mane pulak nak peratikan si iman beso.nak pulak kena dokong iman kecik.
Fuhhh berpeluh.
Last2  satu dua barang je dapat beli.Bazir masa.
La ni, apa nak beli, incik suami je yang p beli.
Pernah sekali tu kat tesco.
Time nak bayar, si iman beso sibuk dok belek2 cokelat, mentos whatsoever di kaunter tu.Sooo attractive kan kaler warna warni gitu
Sekali ummi pun sebuk tengok cashier mengscan barang belian, babah pulak masukkan barang dalam greenbag.
Hah! takde orang perasan iman beso ke mana.
Tau2 dah takde.
Gelabah sekejap.
Cepat2 carik, ropenye dia dok sebuk pegang mentos.
Huish..sebab dia kecik, terselindung di balik chocolate shelf  tu
Fuhh..rase nk gugur jantung ok.
Tu baru beberapa saat+minit, pulak tu barang pun tak banyak
Kalau setroli penuh, mau makin lama kami ralit dan tah kemana mana merayap budak kecik tu
Nauzubillah.Mintak jauh.
So now, no more shopping la.
Setakat jalan2-window shopping je la.
Toksah verangan nak beli itu ini.
Kalau nak, amik cuti, p melenjan satu hari kat soping complex.
Tanpa gangguan, duit dapat disalurkan dengan laju sekali.


Umur iman baru setahun 9 bulan.
Even kalau nk main kat car porch pun kitorang kena ada kat luar sama.
Memang la pagar tutup-kunci bagai.
Tapi who knows, orang panjat ke kan.
Jiran zaman la ni, mana nk hirau sangat kan.
So sape nk hirau kan anak2 kalau bukan makbapak sendiri kan.




Anak adalah anugerah  dan amanah dari Allah SWT.
Kita perlu pikul tanggungjawab ini dengan seikhlas nya, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Nya.


Jangan tahu buat anak je.Tapi tak tahu nak menjaga.
Kalau tak reti, tu yang kena belajar.
Sabda Rasulullah, carilah ilmu sampai ke negeri China.


Sekian celoteh.









2 comments:

~farah~ said...

agree!!!
bab maknye fesbuk tu mmg betul sbb dia yg mengaku sendiri kan. tp tak tau la pulak kalau dia saje mereka dia fesbuk tp sbenarnye sambung tido ke apa. mmg aku tak paham nape biar anak pegi beli sorg?? kedai kat blok sebelah plak, kena turun tangga 4 tgkat pastu lintas blok pulak, haiyo! anak bgn tido lapar tp beli MAGGI. aku rather masak moi kosong taruk kicap jek dari bg makan megi. so sad bila baca megi dgn telur dia bertaburan. tak taulah. alfatihah :(

Moonchild said...

sangat sedih kan dengan cite tu...org zmn skrg sume nye zalim lagi kejam..pe salah budak br 5 taun tu,smpi nk bunuh n bakar die?

si ibu plak,kite tak tahu keadaan die...tapi pastinye die sgt kesal dan sedih dgn apa yang terjadi..kalau tak silap si ibu pun masih dlm pantang..maybe sbab tu die tak larat nk gerak byk2..duduk umah flat plak kan..ntah2 takde lif..ape pun smoga Allah berikan die ketabahan utk menghadapi ujian nih..

tp zaman sekarang mmg dah tak selamat..memang dah tak leh biar anak2 sorang2 even dlm kwsn umah pun..penah sekali k.nor gi MCD, ayah hariz tgu dlm kete, kan ade gelongsor kt tepi kaunter Mcd tuh,k.nor biar hariz main kat situ jap...sambil tgk die,sambil order makan..then byr, gi kat die tapi tetibe die dah takde kat situ..sekelip mata jer tau..luruh rase jantung time tuh..mengelabah k.nor cari die,rupa2 nye ayah die amik die dah..serius mase tu k.nor sgt2 kesal biarkan die main kt gelongsor tuh.rase nak menangis bile nmpk die ade dgn ayah die rupenye...insaf trus..lain kali tanak buat dah..:-(