Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 30, 2013

.~. Happy 4th Anniversary Dear .~.

Alhamdulillah, sudah empat tahun kami melayari bahtera rumah tangga.
Jatuh bangun, susah senang hidup bersama telah kami tempuh dengan sabar.
InsyaAllah, moga jodoh ini berpanjangan hingga ke syurga.

Bila teringat zaman bercinta dulu, zaman kat U, kalau ingatkan semula memang kelakar.
Especially incik suami, memang dia kadang-kadang menafikan semua tu.
Entah pape.Dia yang ngorat kita, pastu kata kita plak.Heh.
Whatever lah.

Usia makin meningkat, harap kematangan ini akan mematangkan lagi tindakan kami dalam mengharungi liku-liku serta cabaran yang mendatang.
Tanggungjawab yang semakin membesar memberi kesedaran kepada kami untuk bersyukur atas apa rezeki yang dikurniakan, sentiasa berjimat cermat walaupun kadang-kadang si isteri merengek-rengek nak berbelanja macam tak cukup hari.Itu baru la wanita sejati.

Dikurniakan dua cahaya mata yang comel dan cukup mencuit hati.
Tahap kesabaran dan komitmen yang amat tinggi sangat diperlukan bagi melihat mereka membesar sesempurna mungkin.
Keletah mereka selalunya mampu memberi ketenangan tetapi ke'amukan di luar kawalan yang menuntut tahap kesabaran yang tinggi sering kali diuji bagi menilai kewarasan sifat keibubapaan kami. 
Apa pun, itu semua kehidupan. Suka atau tidak, harus ditempuhi.

Diketemukan dengan pasangan yang mempunyai attitude yang berbeza berbanding sebelum kahwin, menjadi satu cabaran dalam hidup.
Tapi, pesanan incik suami, "kelemahan kita akan ditampung oleh kelebihan pasangan dan begitulah sebaliknya".
InsyaAllah, prinsip itu dipegang, dan yakin dengan jodoh Allah SWT.

Tahun ke empat perkahwinan menyaksikan pelbagai perubahan dalam hidup.
Masa di mana kami cuba untuk absorb dengan kelemahan masing-masing.
Terima seadanya walaupun ungkapan itu seringkali diluahkan waktu bercinta 
Inilah masanya kami akan blend rencah kehidupan untuk ia menjadi lebih sebati supaya kenikmatannya akan menjadi lebih baik untuk masa akan datang.

Dear abang,
Selamat ulangtahun yang keempat.
Semoga ikatan yang kita bina ini sentiasa diredhai oleh Allah SWT
Semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga.
Terima kasih atas kesabaran yang tinggi, segala kepayahan,  susah senang yang telah kita tempuh bersama.
Semoga kita tetap cekal bagi menghadapi hari-hari mendatang.
Terima kasih juga atas kasih sayang terhadap diri ini, kasih sayang terhadap anak-anak dan juga keluarga.
I love u

 Bercuti ke singapore yr 2009.USS takde lagi
#kurusnya saya T_T

Anak sorang, iman. Maintain slim yolll

Anak dua, Iman dan icha
Boleh tahan bam bam

Latest tak berapa nak latest.
Si suami maintain slim.Si isteri kemain membesar bagai johan
Bukti suami cukup bagi makan.
Macam mana dia pakai baju2 kat gmbr atas, macam tu la pakai sekarang.Takde beza.


dan..terima lah lagu tema kami zaman bercinta yang kekal menjadi faveret hingga kini  (ekceli i sorang je kot, dia no heart feeling dah..dulu-dulu layan la..cehhh)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Love this song sangat2. Mariah carey is the best singer ever. Suara dia selena gomez tak leh lawan ok.


1 comment:

~farah~ said...

hepi aniversary!!!!!