Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 7, 2012

Menantu vs Mertua

Korang ada baca latest entry blog kak di??
haha..blog kak di ni mmg feveret ummi tetiap hari..skang ni dah berjangkit dgn geng2 fidily dia plak : kak filla dan kak elly in wonderland..

ok berbalik kepada cerita, kak di ada cerita pasal mertua dia.Tapi bukan la benda yang buruk2. Cuma dia komen mengenai satu artikel dlm reader digest : ....in Malaysia, Mother-in-law syndrome was the top cause of divorce among the malaysia indian population.

Ok kat sini dia kata Indian.So kalau anda malay, sila jangan terasa.tapi kalau MIL mcm tu, ada perlu terasa..haha..just kidding.

Kalau nak cerita pasal mak mertua, nak marah2 mak mertua di blog, memang tak baik.Buatnya laki ko baca blog, mmg tak cium sorga la jawabnya.Kisah kak di dan ummi lebih kurang jugak la.Maksudnya, background MIL dan mak sendiri. Kami bahasa kan mak incik suami, mak kampung (maksud mak di kampung - ini dia yg bagi ok)..best apa dok kampung..jgn nk salah paham..Mak ummi, mak ipoh (takkan nk letak mak bando kan). 

Memang memula kawen dulu, ummi pun tak biasa dgn cara mereka.Teringat waktu awal2 kawen dulu, lepas je kenduri nyambut menantu, memang rumah tu kosong.Semua adik beradik babah bungkus beg dan balik.tggal kami berdua je la menonong2 berhoney moon kat kampung.tp lagi best..ada la kot 2 3 hari stay sana, perabihkan cuti.Waktu tu mmg lauk kenduri banyak giler, itu pun dah agih2 kat jiran2, sedara2.Even sehari lepas kenduri pun masih ada org dtg amik lauk.Boleh?? kalau mak ipoh mmg dia tak bagi dah.Kalau nk bg, on that day before midnight and tak lalu nak hadap lauk sama utk 2 3 hari.Bila lauk banyak, kami 4 beranak je yang makan, mmg tak luak. Pulak tu dok perangat setiap hari.Siyes jemu.Ada jugak time tu ummi ckp kat babah, tak masak lauk lain ke (mengada ko kan, baru semggu jadi menantu dah demand bagai).Babah kata, "kami org kampung,susah nak dapat makanan camni"..awal2 dah kena sound ko..naseb ngan babah, klu dgn mak??konfirm ummi dlm list terakhir menantu feveret..itu pun kalau dia nak masukkan..hehe.Mmg style mak kampung cmtu.Suka perangat makanan dan simpan dalam peti sejuk lama2.

Lagi satu mak kampung mmg tak suka membazir.Kalau boleh dia nak masak sendiri semua.Sebab mcm kak di la.MIL dia surirumah.Sama la macam mak.Pernah sekali kitorg nk ke kedah attend kenduri, masa tu ngandungkan si abang.Kitorang nk bertolak pagi2 ni, mak siap masak bagai.Dah la ummi time tu mmg takleh bau minyak, pagi2 dah loya dek non..sabo kan je la.Mak siap bwk bakul beso letak pinggan, cawan, air (dlm container kecik), lauk pauk segala macam, nasik dalam periuk..Ummi mcm..erkkkk..nak berkelah kat mana ni? kete penuh lak time tu, seat belakang je dah ada mak ayah ang adik ipar..Ckp kat babah, nape kita tak makan kat r&r je..kan senang..babah ckp, "tak pe la..mahal r&r tu.".oooo..bila lama2 dah kawen ngan babah, babah ada la cite, dulu waktu mak anto dia masuk U, naik van abang dia.Bawak makanan byk cenggini la.Emm..mak memang jimat orang nya. Kalau mak ipoh nan ado..benti je makan kat r&r, makan la apa korang nak. Ada lagi satu last yr waktu mak nak g umrah.Stay rumah kami sbb senang nak antar ke klia.Pagi tu ummi masak bekfes then lunch.nanti senang kat sana perot dah kenyang.Padahal flight time tu kol 3 or 4 petang kot..Kalau lunch kat umah jam 11 pagi nak kenyang sampai petang ke??haha..Mak siap ckp "mak dah pesan pada k.su (biras ummi) untuk masak tengahari, makan kat sana"..cara-cara nak makan kat sana la, Ummi dok pk, nak makan kat mana KLIA tu.Mana ada foodcourt yang boleh pinjam2 meja, duduk selamba sambil happy2 keluarkan pinggan mangkuk lauk pauk sendiri.Malas nk pk, sbb mmg tau mak mmg akan bwk nasi dr rumah.Tp bila sampai sana, nan ado makan nye.Tak nmpk pun depe membondong periuk bagai.naseb la dah makan nasik tadi kat umah.kalau tak dah semua menangis lapo..Nangis lagi nk bayo makan kat klia tu..

Memula kawen mmg rasa pelik dan tak leh nak 'in' dgn cara hidup camtu.Semua pun nk berjimat cermat.Bawak makanan dr rumah, simpan selagi boleh, guna sikit2, guna selagi boleh.Tapi lama2 kita akan biasa dan mmg kena biasakan.Kalau tak suka, tak payah nk emo2 bagai,. 

Sebagai contoh, kat rumah kitorang ada rak pinggan plastik yang lepas basuh letak kat situ dulu then dah kering baru letak kat rak.Kat rumah mak takde.Ummi belikan.Sebab rase tak best basuh pinggan terus letak kat rak.Sbb nanti lantai basah air tak kering lagi. Tapi mak guna gak..mmg memula tu dia bising gak la, nape beli,tak payah beli.simpan duit bla bla..diam kan je..senyum je..kang dia guna la..macam2 beli dulu, barang2 keperluan cam sabun, mop dsb..mak bising beli tu..Tp lama2 kitorg buat kering je..Yang last hari tuh, kitorang beli kan kipas dinding dgn container air.Rumah kampung mmg takde kipas siling.Ada pun kipas kaki tapi kaki pendek.Kadang2 ummi risau gak tangan bebudak ni suka sgt nk try msuk dlm kipas tu.Pastu kipas dalam rumah ni banyak, tapi banyak lagi yang rosak kot.So hari tu kitorg keluar, babah beli kipas, ummi beli container air.Sekali dia beli kipas dinding kau..ha lagi senang.Takde risau jari anak masuk dlm kipas.Bila ummi beli container tu, babah tanya, "nape tak beli mcm kat umah kita tu..besar"..Ummi tepuk dahi..bak sini duit.Itu tupperware, mahal..banyak cekadak kan..tapi bile beli, terus pasang kipas tu, then container tu just letak je kat dapor.Tak payah ckp2.Tgk2 dah guna..haha..ok pe..b4 balik mak siap ckp terima kasih sbb belikan kipas dgn bekas air. =)

Kalau tak setuju apa2 tindakan yang mak kampung buat, pls ckp elok2 dengan babah.Dia sayang mak dia ok..Dia akan defend apa shj.Kalau rasa nak kena lempang sulong, sila ckp yang bukan2 psl mak dia.hihi.Pernah mak offer buat baju kurung utk ummi (MIL tukang jahit baju).Mak dah belikan kain, lining semua. yang klako siap sorok2 amik baju kurung ummi nk amik ukuran.Sekali baju contoh tu lengannya pendek, mak tanya ukuran sebenar..haha bocor rahsia..Bila dah siap, bwk balik kajang, test la..Ummi ni mmg cerewet, fussy dan mengada.Kalau tak kena, tak suke, mmg membebel mcm buruk sangat workmanship.Padahal ce ko buat sendiri..langsung jadi baju tarzan..Bila pakai, tunjuk kat babah, dia tanya sambil tgk muka ummi yang sonyap je.."haa..tu ada la yang tak kena tu"..cis,,suami ku dpt baca memek muka ku.."dah tu kenapa"..ummi tny balik.."eh,mst la kita terasa, mak kita yang buat"..eh, berkita2 pulak orang tua ni..haha..takpe la..itu pun ada jugak mak mertua nk buatkan baju..korang ade..kalau beli2 kain kat sg besar and mak tahu, dia akan offer utk jahitkan..Tp pls ye, tolak dgn cara elok.."takpe la mak, susahkan mak je.nanti lin anta kat tailor lin"..Tak payah nk kasar2 ye, nak cemek2, juih2 bagai..nak cemek2, buat dlm jamban..Ni semua penyakit keturunan ni..mmg mak ipoh pun cerewet gak pasal baju2 ni.Dah berpuluh  tahun antar tailor kat Ace tu je..dulu bila dok serdang, sanggup turun ipoh anta kain.Berpeluh ok..Dr dia muda sampai skang ni..mmg tak tukar tailor.Kalau tukar tailor, mesti kata "ace jugak sedap"..ok fine!! skang ni anak mu dah ikot perangai tu, dan nampak gaya si iman pun ada ciri2 macam tu..

Babah anak lelaki.dia selalu ingatkan ummi yang tanggungjawab anak lelaki ni berat.Mak ayah dia adalah no 1, baru isteri..moncong je kalau ummi dgr mcm tu.tp itu la hakikat..tp kang pepandai la dia pujuk,Ummi pun takde la kata "NO" kan..Dia dah kata, tiap bulan, ujan ribut banjir kilat petir sekali pun, kena balik kampung jenguk makayah kat kampung.Sebab tu tiap2 ujung bulan kitorang akan  usahakan balik kampung.Pesan babah lagi, "ayang kena ingat, kita ada anak2.Kita adalah tanggungjawab iman nanti.Buatnya bini dia tak kasik balik kampung.cmne??nak jadi mcm tu??Mmg la selalu anak pompuan ni rapat ngan keluarga, tp hukum dlm islam, isteri kena dahulu kan suami dan makayah suami".. itu adalah warning yang akan buat ummi tersedar..kadang2 argue gak, balik ipoh jarang2..dia kata bukan tak nak balik, tapi mak ayah selalu datang sini.Mak ipoh kadang2 dtg ada meeting, kerja..ayah plak skang ni dah pencen, selalu la ikot.pastu mesti nk singgah rumah kami nak jumpa cucu2.Mak kampong..ada??Jadi tanggunggjawab kita la balik rumah, jenguk diorang,depe nak jugak tgk cucu kan..

Mak ipoh selalu pesan, kalau tak sependapat dengan mak mertua, jangan melawan.Ikot kan je.Sabar je la.Nanti lama2 biasa.Kalau dalam hal ni, kita tak digalakkan menjadi diri sendiri.Berlakon untuk kebaikan.Bukan nak mengada2 tapi untuk menjaga hati semua pihak.Lakonan ni bagi ummi adalah ke arah menjadikan kita menjadi seseorang yang lebih baik.Mudah-mudahan lakonan itu akan absorb dlm diri..Lagi pun, satu hari nanti, anak kita akan kahwen, dan kita dpt menantu.Benda ni kita takleh lari, turn kita akan sampai.Baik atau buruk kita la yang perlu tentukan dari sekarang.Allah itu Maha Adil.

Sekian..











No comments: