Lunch hour ni ummi korbankan masa berjimba utk update belog yang lama tak disentuh.
Asyik view je.Kat rumah pun belum tentu ada masa nak update walopon time weekend.
Ok.Kita go through event pertama.
1.Cik Izza's Engagement Ceremony
Date: 28th April 2012
Venue: Taman Pinji Mewah
my last entry ada mention yang kami akan bergerak ke ipoh utk attend event ni la.Nak dijadikan cerita, bajet start jalan jam 4pagi!! Sebab nk sampai venue b4 10am (start even on 10.30am gitu)..sekali telajak tidoq, incik suami kejut 5.30 pagi..Dia kata nak dekat pukui empat sekali betoi2 tgk dah 5.40pagi..hamik kau..Kelibut la pepagi tu.Dah le nak singgah ijok nak anto SIL, pastu mendesup la derek ipoh.Fuhhh nak gugur enjin kereta kot.Sian WTJ, kena paksa dalam rela.
Nak cepat tu bukan apa, sebab kami diamanahkan oleh my sis yang tak dpt attend utk bawak satu kek hantaran.Tu yang kena gak sampai b4 rombongan datang. Dlm perjalanan Tuhan aje la yang tau macam mana kami kat dalam keta.Adui, rasa nak menangis, nak bertempik, semua nak lah.
Last2 kami masuk exit kampar potong batu gajah (ekceli ada eksiden, so decide ikut jalan lama)..sekalik jalan lama pun jem derrr.. sob..sob..
Nasib menyebelahi kami, dpt sampai b4 event.Pape pun anto kek kat mak dulu and baru la cari semejid tuko baju.Nak cite, waktu tukar baju pun dok merempan2 jugak sebab masjid/surau bnyk kunci. Logik ar, jam 10pagi, mana ada org kan.So terpaksa pergi cari masjid jauh. Aduyai.
Once kitorg sampai balik di tempat kejadian, event dah start so terpaksa masuk pintu belakang.
Dear cik izza, selamat bertunang, semoga kalian akan selamat menjadi suami isteri (nanti ye..) dan ingat, rezeki Allah tu di mana-mana sahaja.Yakin pada diri dan ignore la cakap2 orang ye.
Tepek gambo sikit
ummi bersama bride to be.Tema nya pink.
**dia suke pink**
nice kan dais dia.
Cik izza amik dais dari butik time wedding ummi dulu : Aida bridal.
Yr 2009 zaha tak glamor lagi.
Kalau tak leh dpt diskaun kot sebab senior sekolah dulu..huk huk..
now dah meletop letop abg zaid tu..tahniah!
Giler banyak hantaran dari belah pompuan.
Tapi banyak makanan la kan.itu standard.
Pompuan mesti nk lebih..=)
Dari pihak lelaki.Sweet pink
Ummi tertarik dgn bird nest ni.
Tp tak tau ape natang ni.Cokelat ke?
Udang pun ada kome!!
**lupe nak snap gambo kek yang my sis buat**
kalau akak baca harap maaf ye..hehe
Ok, ni adik beradik cik izza
Eh, mcm penah tgk muke??
ok, mereka ada bukak outlet tutti frutti di seksyen7.
So reramai la p makan froyo kat sana ye.
sila print gambar ni dan anda akan dpt diskaun..
wakaka..acah je hokey.
ni gambar family belah ayah cik izza.
L-R (depan) : ummi,kisya, 2 anak pakcik mior, mak long azdi, kak linda (SIL), hawa
L-R (belakang) : maknyah gee, wan cu, cik izza, bunda akak mak, mak ude aka cik anne
tgk si kisya tu, stokin entah kemana, head band dah ditariknya
sekali tgk dah nmpk sgt weird.Boy or girl ni???emm
Ok..malam tu kami sambut besday mak long linda aka SIL yang ke tettttt.
Ekceli besday dia pada 24 mei.Belated..
Alang2 kami balik, sambut la..
Mmg dah jadi tradisi bile dah berkeluarga besar ni
Kek sponsored by my sis tp dia takde plak..kui3..
Aiseh..ada sekeping je.
gambo lain ada dlm hp opah.
hp ummi bateri kong.
Happy Birthday mak long.
Both iman bagi present baju cameron highland + fridge magnet
2. Holiday ke Cameron Highland
Date: 29 - 30 April 2012
Berjalan ke Cameron Highlands (CH) mmg dah lama kami rancang cuma asyik2 cancel je.Last2, ummi insist juga, maka terbooking la hotel kat sana. Sebab cuti kali ni panjang sikit.So on sunday morning aroun 8.30 pagi kami bertolak dari ipoh ke CH ikot simpang pulai. Dlm 10 lebih jugak sampai.
Sebelum sampai tringkap, jalan dah jem.Bumper to bumper.Expected lah sebab cuti kan. Kami decide, pagi ni mana attractive places, terus drop by, sebab nak tggu waktu check in lama lagi.Lagi pun, bwk budak2 kecik cam payah nk jalan non-stop.Our first stop was Bharrat valley.Itu yang nampak.Kat sana after few pictures taken, kitorg shopping teh, and bought 2 cups of tea+chocolate and strawberry blended.
Si abang tgh merenung apa entah
yang adik enjoy je..
Then continue jalan lagi. Singgah kedai-kedai tepi jalan area tringkap tu. Abang iman as usual nak strobery ball tu je.Dah beli sebijik nak beli lagi time singgah kat butterfly farm.Adui.Rabak poket babah asyik beli benda alah itu je.Mana taknye, mengamuk2 tak nak masuk butterfly farm sebab nk stoberi ball yang lebih besar.Feninggg.Bile dah beli baru perasan kasut dia hilang sebelah.Mak ai, mana nak cari lak ni, mesti kes ngamok2, kaki menendang2, plup jatoh..Before tu, time singgah kat kedai di tringkap, ade kedai jual cactus. Masuk la, sekali dia nak yang kincir angin pulak.Benda tu hanya hiasan je NOT FOR SALE pun..nasib la ada umpan stoberi.KAsik sebijik dua senyap trus.Kalau ngotam jugak kat situ, mau babah decide "jom turun balik"..aiyoooo..
After jalan butterfly farm, budak2 pun dah penat, diapers pun memasing dah heavy terus menuju ke brinchang, cari hotel.Kami stayed at rosa pasadena.3* hotel je.Tp ok gak la. RM168/night, dapat bilik triple superior, 1queen + single bed. (ini namanya percutian bajet)..
Nampak tak dia dah tunjuk nak itu!!
Ok.tgk babah, pegang stoberi bal saiz kecil
Lepas berjaya makan pujuk.Kunyah stoberi tu
Ok.yang pink stoberi tu lepas berjaya ngepau babah lagi
Takut rerama budak ni.
Last2 ummi yang kena bwk stoberi dia
Lepas rehat, petang tu kami keluar town (jalan kaki je, tu senang dok hotel tu), sebab nak cari kasot iman.Dapat cari kasot crocs cap ayam je.ok la, dari terus nk dokong je kan.Petang tu, soping baju2 utk bagi org, fridge magnet.Ingat nak jalan ke pasar, tapi hari mcm nak hujan, and lagi satu tak nk meroyan beli stoberi ball je.Rata-rata semua kedai pun jual benda alah tu.Kami just beli kfc utk dinner dan terus balik hotel.Elok tak sampai setengah jam sampai hotel, terus hujan..Selamatt..
Malam tu sejuk giler, hujan smpi malam.Iman tdo awal.dalam 9pm gitu.Adik je masih main sorang2.Sebab hujan+sejuk+lapar, soh babah beli roti canai kat kedai bawah.
Bilik.ok what?? dengan harga rm168/nite
Membeli kasut baru di CH!!
Dapt jugak kamu kincir angin.Naseb mau pusing.Angin kuat petang tu
Dua ketul iman tgh share fries kefci
Iman dgn kasut baru.tak nak bukak!
The next day, after breakfast terus check out around 10.30am.Kami terus ke tanah rata nk pergi Taman agroteknologi MARDI.My auntie suggest pergi situ.Ada entrance fee.Dalam rm2 or Rm5.Taman pertama yang jumpa dalam tu ialah Stoberi lah.Stoberi dia kat situ gemuk2 dan merah..tapi tetap masam la kan.So terus kitorang beli dalam 5 kotak (yg rege sekotak rm6). Satu peket terus bukak (ada sinki utk basuh buah) + beli chocolat.Nak verangan ala2 hantaran stoberi chocolat dato' siti.
Kat dalam tu mcm2 ada, but mostly utk penyelidikan.Kita tak boleh sesuka hati nk petik2. Kalau nk beli, ada.Macam bunga, baja bla..bla..
Berangan jadi dato'K.
Gemok kan stoberi kat mardi
Si pemakan pun gemok juga
Iman pegang cili..hehe
Next destination was Strawberry farm. Kali ni nk plucking strawberry la konon. 500gram/rm30..bekas kecik je.cetttt..Tp fresh la..itu kelebihannya..So dapat la merasa memetik buah strawberry sambil ber'carrier'..fuhh..semput nye saya..Memula semua turun, sekali bila abang iman, nk pluck then terus makan, babah tak bagi le.Last2 dia ngamuk le, menangis2 nak makan.Aiyoo..Pastu ummi suruh babah naik je..tinggal la ummi plucking berdua dgn kisya..Redah segala farm tu.huhu..
Sebelum dia ngamuk.Yang tu dia petik terus ngap!!
Plucking sambil bercarrier
Ekceli, carrier ni sangat sedap.Dia mmg support baby
cara kisya duduk pun macam kalau kita dokong baby kan.
Sbb ada setengah carrier kaki baby terjulur je, sakit tau!!
So ummi beli kat sini, rege nye boleh tahan.
Kalau ikot hati nk beli kat mumdreams, tapi mahei beno dan kena order.
Since blog ni ada ready stok terus grab la sebijik.
Rasa worth beli sebab kisya sampai tido2 duduk dalam tu.
Carrier yang ummi ni sama gak la kedudukan babynya macam guna baby pouch
Tapi babah tak berkenan.Macam indon katanya.
Ingatkan nk singgah cactus farm, nk beli..kasi hijau sikit rumah..wakaka..tp iman tido plak.ok cancel.Last destination, singgah pasar CH area Hotel equatorial utk cari sayur, nangka (my brother pesan). Dapat la rembat lagi strawberry, sayur sikit, fridge magnet utk ofis.Nangka tak mandang.Bile dah ada anak, deme pulak tido dalam kete, terpaksa la salah sorang je yang keluar.Memula ummi keluar beli itu ini, nangka tak jumpe.Then babah pulak keluar cari kot ummi mata tak nmpk.Tp mmg takde pun.Then kitorang pun balik ipoh semula, utk anto stoberi + teh..Esok paginya baru balik kajang.Penat???toksah cakap le..But we were very enjoy
Lepas ni boleh jalan lagi ye bang!!
3.Family Day
Date : 5 Mei 2012
Venue : Holiday Villa Subang
Family Day Bhgn Pembangunan Organisasi ofis babah. Sebelum ke sana singgah parkson dulu cari hadiah.Nak tukar2 hadiah..emmm..beli la frame gambo..
Kitorg sampai dlm 1.30 gitu.Sekali event dah start.Orang dah siap karaoke, makan pun dah dua kali tambah kot.Uik.kata jam 2 start..Takpe, dari tak sampai
Event buat dalam satu bar, besar gak, capacity dalam 100pax.Semua staff kena bawa family, nama pun family day,ummi pun!!
Acara sepanjang event ada banyak.Yang pasti acara makan, karoke, kutip gula2, menari ikut muzik, cabutan bertuah, tukar hadiah.Tapi mostly org byk karoke.
Ok, babah now dah pandai ajak ummi p karoke.Nak asah suara, sebabnya ceo suke berkaroke.Tgk je la yang event ni, baru buat antara bhgn, dia punye karoke, dah mcm acara utama.non-stop.Pulak tu boleh katakan hampir semua yang menyanyi.sumbang ke tak sumbang ke, janji sumbangkan lagu.
Kalau b4 ni nama babah nak pergi karoke, takde makna la.Semenjak keje kat sini je.
Ok la.Event habis sampai jam 5. Lepas closing je, kami terus balik, menuju kampung di sg.nibong
Ohw ye, babah dpt wallet clark, utk tukar2 hadiah tu.Jadi la.Tapi tebal semcam, takde sape nk berbut nk pakai.So simpan je.
Cubaan join the group
Ummi bagi kisya cheese stick terus diam.sampai hbs dia makan!
Takbyk gmbr, sbb sedih gmbr sendiri tak dak..waaaa
ok sekian, kelohom entry utk kali ini.
**lap dahi,fenat
1 comment:
rindunya nk pegi cameron. last time pegi tgh preggy 4bulan..
Post a Comment