Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 2, 2012

random is ohsemm [PART 2]

Macam hebat sangat le nak part 1 part 2..ok update cepat sementara boleh..
ini kat ikea..ekceli kami ke sana waktu cuti raya.org pergi beraya kami ke ikea.
ke ikea ni kena setahun sekali je.sebab beli benda entah pape tapi bila bayo beratos..fengsann.
insiden hari tu mmg klako..
kalau kita soping ikea, haruslah dpt parking free kan.
sekali ummi ni careless hari tu.tiket tercicir kau!!
zip sling bag ummi terbukak rupanya..entah kat mana jatuhnya.
ummi malas la nak bergaduh2.cakap kat babah, bayo je la..tp mmg sakit hati la kalau burn rm20 gitu je kan.
tapi tak nak..usahakan jugak.pergi ke kete, cari..geledah bag pampers, geledah sling bag entah ke sekian kalinya.
sekali seluk2 poket terkeluar rm50..ha ada duit ni, bayo je la.
ingatkan duit simpan dulu2.lima ploh kau nk simpan saje2 dlm poket..nan ado.
dalam kete, moncong babah haruslah sampai ke stereng kan..ummi relx je..padahal..huhu..takut dowhhh..
otw balik tu babah ckp, itu bukan duit terselit yg lima ploh tu..
itu duit abg topup duit ayg nk beli meatball tadi!!
hahahaha..save duit ummi..

ini la keje seharian the imans.
penat nak nyusun tetiap hari.
tak larat le..

13 - 14 oct kami ke melaka.
on 13th ada family day jabatan babah di a'famosa.
gmbr di a'famosa ummi tak grid..
sgt best bila swimming time.
adik kisya la yg paling enjoy sekali.memula agak takut jugak sbb first time masuk pool.
lama2 dia boleh survive, berjalan ikot dan dia je..sonok tgk dia enjoy.
hari tu ujan, so air sgt sejuk.thgari pun air sejuk..mmg bebudak biru bibir.
malam tu kami stay di rumah pakcik sedara di tg rambai.sebab family day sampai petang je.hbs mandi terus balik.stay melaka sebab nk bwk budak2 jalan.
aktiviti malam hanya bersembang dan tido..penat.
esok pagi terus gerak pulang.tapi singgah dulu bando melaka.
naik cruise..masuk muzium kapal beso tu..
jalan ke craft centre.
last sekali naik menara hang tuah.
tp tak leh g ngan menara bila masuk2 depa dok pasang lagu gangnam.gila kuat.
ada ke patut..
cuba la act mcm Mas.sepanjang perjalanan lagu ala2 tradisional gitu..baru la Malaysia truly asia..
**nak buat surat aduan kat ali rustam!

ok.this happened on his 28th birthday.
kami dating kat Meatball and take away di shaftburrt cyber.
this time takde amik cuti sebab ummi takleh cuti..
kedai melayu.tapi sgt kesal dgn servis+makanan
kami dtg lunch tp meatball dah habis.boleh???
ummi order lambchop.beso satu pinggan.
babah dah senyum2 ingatkan dia nye chicken chop pun gitu.
sekali sampai beso tapak tangan je.
kami speechless la..
lamb chop ummi mcm half cooked.buwekkk.
lepas mkn rasa nk muntah.
siyes..worst event lah.
selalu mcm tu.kami ni kalau celeb special day mmg tak reti nk cari makan best2..
kadang tu makan pizza hut je sambut ann..aiyoo..
pegi jauh2 sampai MV, makan piza..
baik la makan kat kajang je pun ada..bangang..
takpe la..janji bahagia
we love each other
malam tu nak keluar tapi kisya cm ngamok.
so kensel.
pagi tu ummi anto cheese brownies kat opis babah.as usual la setiap tahun pun.
tp sebab opis baru dia segan.last2 dia bwk balik.sedih tak??
geram je la.
pulak tu kita mmg order cupcake dr akak.
pastu compliment moist choc cake plak.
sapo eh nk makan sume ni..omak ai..
berhari2 dinner kek..lantak kan. 

ok..ni gmbr waktu raya haji,,
adik manda elok je pakai skarf..kisya??
suka pakai songkok..
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
apa la..songkok kemain lagi..'siap reti pakai sendiri.
kalau pakaikan tudunng, ya allah..
payah betoi..awok ni nak jadi boy ke girl.
muka cantek dah..

last but not least..
tiap hari asyik tunjuk bas..
sekali bwk naik betoi2 diam seribu bahasa si abang.
adik je la non stop enjoy dr naik sampai turun.
kami naik dr putrajaya sentarl, pusing sampai presint 5.
pastu ke putrajaya sentral balik.
ok la..dalam 45 minit..adik..ya allah.tak reti dok diam.penat ummi pegang,
babah senyum je sbb abg iman diam duduk manis atas riba..

ok.skang ni suka tunjuk airplane..
nak naik ke..
kisya kalau nampak plane, dia kata bird..
ok la..
nanti kita naik plane eh...
ke mana??tunggu je 24hb nov ni..
cant wait!!
agak2 apa reaksi the imans ekkk











~random is ohsemm~ [PART 1]

Selalu kan dengar ~random is ohsemm~ ~random pic~ kat album2 fesbuk. So i ummi nak tiru tajuk tu..ada aku kesah tiru meniru. Sebabkan dah lama sangat tak update sejak raya aidilfitri dan raya haji pun dah lepas, tggl raya hindu ngan raya krismas je belum sambut lagi. Tak jugak update blog kannn. Malas dan tak de masa.Kenapa?? toksah cerita. So today sebelum pulang, ummi sempat transfer gambo yang dah edit2 guna apps photo grid..Best jugak.sebab bila upload kat fesbuk, 2 3 gmbo boleh masuk.. so now, ummi upload dr yang raya sampai la mcm2 kejadian ada..tapi ada yang takde..


Gambar ni sehari sebelum raya rasanya.
Kisya ni jenis tak nak berkawan dengan kezen dia amanda..sian manda.jenuh la budak tu nk berkawan.tgk tu.last2 kena tarik rambut..kui3..

Pagi syawal.Serius kiut anak ummi..haha..sape lagi nk puji anak sendiri kan.
Selamat 'belated' hari raya semua.Tahun ni kami pepel theme.Cadar tu mcm tau2 je theme kami kan..Pandai opah matching kan..huhu
anak bujang tahun ni pergi solat sunat aidilfitri.
Tak tenang babah nk solat.terpaksa dok luar sebab anak bujang asyik nak geledah meja makan.Pow kaw2 kueh raya.Imam masjid tak sempat rasmi dia dah bismillah dulu.Babah katatahun depan tak mau bwk dah sebab dapat dok kat luar, tak dapat dok dalam..ada ekon..haha

tadaaa..kami di pagi raya.ni aktiviti lepas bersalaman.aiseh.gambo atok opah ummi tak grid kan.
tahun ni kami je yang ada di pagi raya.adik2 bujang of coz la ada.depe nak beraya rumah mertua mana plak kan..
Gambar atas kanan : Iman nk beraya naik beskal.naseb tak ngamok soh angkot naik kete..fuhhh

ni antara rumah yang dirayakan.dua gmbr dr kiri beraya di rumah arwah opah enda.ekceli masa raya, arwah masih ada.few days b4 raya haji opah enda pergi menghadap Ilahi.Kami redha.Walaupun tak dapat balik sebelum jenazah dikebumikan, tp atleast dah jumpa masa raya.tak ralat.Al-Fatihah.
Gmbr kanan hujung, raya di rumah tok ngah sebelum zasss ke rumah bff sity saripah


Yang ni kat umah mertua.pepel lagi?? ohhh ni raya ketiga ok..gmbr raya kedua ummi tak grid kan..kaler ijo..tema sawah padi..seswai sangat ngan kampong sg besar yang dikelilingi dgn sawah padi.
gambo ni baru pas balik beraya.adik dah kepanasan..penat weh beraya bwk budak kecik..bile kome nak beso ye..
ok, ni even lain.balik ke parit/ipoh utk attend my kezen's wedding..
perkahwinan yang dinanti2kan..hehe
encem nye hero ummi

 suka sangat gambo ni.
ce tgk kalau ummi buat skrip ek.start dari kiri ke kanan.
1."eh..wallet babah la..kita tgk apa ada dalam"
2."ei..ei..ada gambar la..ummi ngan babah waktu zaman muda"
3."hey guys!!look what i found here..ummi and babah old skool haaa"

auntie zaila kata kisya macam marilyn monroe..haha.
mahei kome nak beli baju pompuan.
yang kat kepala tu je dah tiga puloh hengget.baju tu dah nk seratus.
baju ummi?? nan ado nak oi..

ok.kebetulan waktu kenduri tu birthday kisya setahun.
15 September 2012.
Happy Birthday sayang.
Memula ingat nk ajak sedara2 celeb kat ipoh kebetulan diorang pun ada balik sbb nk attend wedding tu.
tp malam tu ada mlm berinai pulak.so deme ke sana, tggl kami je la kat sini celeb anak beranak.
paklong nk sponsor SR.Tp tunang ude, ada bg fruit cake.opah kata tak payah membzair.makan je apa ada.
baik opah..ummi cuma beli candle number 1 je.
tapi ce tgk kisya,menjerit kena pegang paklong..hehe...
yang meramaikan cake tu sbb deme sama bulan birthday..semua pun sambut september.atok, paklong, kisya and manda.
 ni kisah cendol bakar.selalu lalu lalang balik kampung, nampak best je.so hari tu baru dpt rasa.
jalan jem hokey..siap ada drive thru lg..korang ada???
haha..cendol ni bukan dibakar tapi gula merah nya yg dibakar..kami order cendol durian.
sekali masuk kete harumnya ya rabbi.
lepas minum dua dua mabuk sebab ada durian.
ummi letak bam kat tengkuk, kira kuar la angin.
babah mabuk sampai kajang.senyap je all the way home..hihi
balik terus pengsan sampai esok pagi..
cerita durian lagi.
adik menolak durian
abang on je..caya lah..sep sikit

tgk anak bujang ummi..relax je makan durian.
kalau mama baca blog ummi.
ade bran???

ok continue..
nak balik..


Thursday, October 18, 2012

testing

hok aloh..baru nak bertatih update belog guna hp. binawe.. padanle selama hari ni tak boleh. ropenye kena klik kat html instead of compose. kemarin dah donlod apps blogger.tp still tak leh gak. mmg aku yg bangang..buta IT. tp dah boleh cenggini kire ok la.. tp yg camni still cam susah nak upload gmbar pun susah.. takpe cuba lagi chaiyokkk

Tuesday, October 16, 2012

Apa nak jadi!!!

Bila la nk update blog ni..lama sangat dah tak update

Keje saya banyak!!

banyak benda nak story.tapi tak sempat.

n3 raya pun tak update.

kisya turns 1 pun x upload gambar.

ni gara2 dah pandai sangat pakai smartphone, upload fesbuk je.

Dulu kemain payah, cerita semua kat blog

La ni, blog menyepi, fesbuk berapi.

Ok, ada gambar raya ni je..Raya kedua plak tu

Ada masa kita update

Chill hokeyhh..


Thursday, July 26, 2012

Lipas >>> Binatang yang sangat extremmmm

Salam semua,


Masih belum terlambat kalau ummi nak ucapkan SALAM RAMADHAN kepada seluruh umat islam yang menyambutnya.Walaupun hari ni dah enam hari kita berpuasa, tapi rasa macam baru je semalam je start puasa kan.hee.ayat penenang ke apa ni.


Ok, cerita puasa, sahur, berbuka tahun ni belum sempat lagi nk update.Takde yang menarik or extravaganza sangat pun.Perkara yang memalukan lagi ada la.So tak payah cerita.simpan sediri je.


Kali ni nak cerita pasal cerita LIPAS..
Kenal lipas?? giler arr kalau tak kenal kan..
Asalnya tengah mlm tadi la.
La ni ummi rajin pulak nk bangun tgh malam semata-mata nk pam susu kisya.
Fuhhh, gigih ummi ni..kental..kental..


Nak dijadikan cerita, dok ralit pam sambil mata kejap tutup kejap bukak
Sekali ternampak kelibat ada benda jalan.
Ni pam dalam bilik ni.Bawak pam naik atas.Tak koser nk turun bwh sorang2 walopon syaitooooon diikat bulan ramadhan ni..Tapi jin diikat sekali ke???emmmm
ok sambung..
Pandang lagi sekali, sah  memang sah ada benda berjalan2.
LIPAS rupanya.
Cettt beso hokeyhhh. Beso ibu jari kaki kot..
Kire lipas ni dah dewasa..
Dah le dua ketul iman tido atas tilam bawah.
Mak ai, jangan lipas ni naik atas tilam udah..
Ok, rileks lagi.
Tetiba tgh syok2 pam, tgh duduk time tuh, boleh plak dgn slumbernye lipas ni lalu bawah kaki ku..
kusss semangat.tekejut omak!!
Siap buat u-turn lagi nak lagi lalu bawah kaki.
Ada hati tu..tak guna punye lipas..aku dah le takut lipas!! Sama mcm iman..haha
Sekali capai je selimaut yang dekat situ tutup lipas tu dari terus berjalan sakan.
Menyibuk je..Tah2 ada org anto lipas nk spy ummi nk ngepam..haha..
ok, serius sikit.
Dah habis pam, nak tolak la lipas tu masuk toilet, nak bagi masuk longkang tapi dia melekat kat selimut pulak.
Kalau dibiarkan sampai esok pagi mau naik atas katil lipas ni..
Ape lagi, mangsa keadaan adalah babah la kan..
Gerak dia bangun hanya untuk buang lipas dalam bilik air..
haha..Ummi bukan apa.Takut lipas tu terbang balik ke badan.Geli hokeyh kalau dia merayap rayap atas badan ke tangan ke
Nasib dia bangun dan tak merungut,Maybe sebab mamai kot..Haha..Thanks ye b..


Lagi satu kes pasal lipas ni kena pada iman beso
Haha..Memang klakar
Dia ni jenis suka bukak kabinet dapur
Sekali tu ummi punye lunchbox tupperware bag tak zip habis
So lipas masuk la kat dalam tu kot, dah semalaman.
Yang si iman ni p amik bag tu and keluarkan..sekali lipas pun kluar dari bag tu terus merayap atas tangan dia
Ape lagi, gelupor la budak tu..
haha..beso lak lipas tu
Start dr hari tu terus dia takut lipas.
Padahal sebelum ni kalau nampak lipas, dia pijak je.Siap kejar lagi..hebat kan!!
Hahaha
Lepas insiden tu, ada lipas kecik lalu dpn ummi, terus panggil iman.
Sekali dia lari derrrrr..hahaha


Ada satu lagi kes pasal lipas ni time ummi p kursus kat kuantan awal tahun ritu
Elok pulak dapat serumet yang se'geng' ngepam ngepam susu ni (nama : Erina..bukan nama sebenar)
Disebabkan kami jauh dari anak maka pagi2 sebelum subuh tu dah start pam dah.
Ada satu pagi tu, ummi dah pam, turn si erina plak.
Sekali ada lipas plak lalu lalang sebelah dia.
Dah kawan tu kalut semacam.
Nama ummi nk halau konfem tak de la.
sekali lipas tu parking sebelah dia derrrr..
Tengok je kot kawan tu buat apa..jangan dia tgk benda lain udah
Lipas jahat!!
Gelupor kawan..
Yang paling sian, tang kalut kalut tu sekali susu yang dia pam tertumpah plak.
Aisehh..banyak gak..sian giler
yang ummi nyesal plak sebab hanya mampu tgk je..huhu
Sian weh, susu tumpah, bukan senang nk bangun sebelum subuh semata mata nk pam.hukhuk..


Lipas  ni, selain lipan, mmg sangat laaaaaaaa ditakuti oleh ummi.
Boleh menjerit bila nampak lipas.
Lagi lagi kalau lipas tu terbang.
Giler kau, terbang terus hinggap di rambut
Dia ingat ni istana hinggap ke apa.
Eiiii, tobat la..
Ummi kalau dpt spray lipas mmg sampai dia tak gerak la kalau boleh
Pastu mmg babah marah sebab mengabihkan shiltox je..
padahal benda tu dah bengong pun kan sekali das shiltox je..


Kirenye ummi ni jenis geli+penakut+tak suke kalau ada serangga dalam rumah/luar rumah..
Kecuali semut.
Contoh lain macam lipan, spider yang beso tu (ini bukan serangga ok), gonggok, cacing, kala jengking dan banyak lagi.
Nampak mcm mengada tapi serius, kalau jumpa benda2 ni, badan macam meremang bulu.
Lagi lagi lipan.Laju je kalau dia nampak kita nampak dia..eiiii...dah le menyengat orang..
Kalau tgk dalam tv had yang zoom sehabis zoom lagi le tak lalu.
Rase mcm dia sedang merayap kat badan.


Skang ni dah berjangkit kat iman plak..TAKUT LIPAS..kuikuikui..
Anak ummi..


PERNAH TENGOK LIPAS GORENG??
PUIIII..JIJIK OK..
MEMANG TAKDE KEJE GORENG LIPAS PASTU MAKAN..


Selamat Berbuka Puasa Yang ke-6



Tuesday, July 3, 2012

im backkk

Haha..
Tajuk macam gempak.
Tapi sape heran kan?? puiiiii..


Ok just nak update few things.
Kami sefamili dah kembali terjalin
Eceh..macam kan apa je
My parent sent both iman to kajang last saturday
So we didnt have to go back to ipoh
Jimat duit
Kebetulan they wanted to attend an old friend's son/daughter wedding in Shah Alam
Tapi bagus jugak, since we were very tired and exhausted
Me baru balik dari IKHWAS, Kluang Johor and Incik suami baru balik dr PD
Yang tak syoknye my kaki injured disebabkan aktiviti 'agresif' kat sana
Aduyai..
Perit hokeyhh nak naik turun tangga.
Dah macam king kong jelmaan pulak rasenye
Ke klinik siap dia bagi pain killer lagi, injek montot (perghhh).
Memang ok lepas tu tp susu drop giler
So stop amik pain killer and continue suffer..huhuhu
Berurut pergi juga tapi tak sedap la sbb tak dapat date dgn makcik indon yang selalu urut tu
Tapi bile dpt makcik indon tu omakai, menjerit jerit macam kena sebat bontot.
Serius sakit wehhh tapi sedap
Lps dia urut tu ada rasa kurang sakit la, jalan pun menjadi lebih baik
Ok ini pengajaran kepada diriku sbb b4 pergi kursus tak buat senaman langsung.
Sekali terkejut kau!
Ini maybe dah biasa bagi org yang pemalas bersukan mcm aku dan urat pun dah putus banyak kan..
Now kaki pun dah ok (dgn bantuan knee guard jugak).


So starting dari sabtu lepas incik suami berlepas ke kursus lagi
Lama hokeyh..
Ada la dlm 8 hari.
Ok, mak mengah jaga dua ketul iman yang mcm2.
Disebabkan terlalu rajin, makan, beli je.
Baju siap anto dobi.Ok, ini tahap giler malas.
Dulik apa.Sapa nak ngangkut sidai lipat kain kalau si iman kecik asyik nak berdukung je
Kalau ummi nye masuk toilet, siap ditanduk-tanduk pintu nk masuk
Menangis tok sah ckp, jiran hujung pun boleh dengar.
Yang si abang ok la.Behave jugak
Tapi yang tak tertahan tiap hari nk pasang cd Alif ba ta. 
Sampai ummi pun dah hafal lagu.
Ummi nk enjoy tgk lestari +samarinda pun  tak boleh.
Tp tgh dia nak belajar ok la.
Kot2 esok tak payah study iqra', dah tau alif ba ta.Hah, tokojut omak!
Hari ni, rase mcm nk demam.
Badan sakit2.Ini kes kalau incik suami tau, mesti dia cebik je..cehhhh
Lepas babah balik this saturday, the next day ummi plak fly ke alor setar
omak ai..dah supermak aku nih..
naseb la tido semalam je.
tp kompem penat sebab flight pergi balik malam.emmm


ok la, opis pun sejuk semacam hari ni, tgn dah kejung nak naip.
Tgh dok pk, nak beli baju imaniman utk kenduri ude najib nye nk tunang minggu ni.
Baju ape nk beli.
"Duit" dah dpt dr incik suami.
Haiyaaa..barang hantaran tak beli lagi..emmm..
kaki semacam lemah je nk melangkah ke alamanda ke sopping mall..


< Perlukan kekuatan Super Saiya >






Tuesday, June 12, 2012

June ohh june

June..
It's going to be a tough month for me..nope..for four of us.
Me, hubby, and our imans.
Starting midst of june, i ll be going for a looonggg course in Intan.
13th until 22nd.Demmm long right?
What im concern is my lil munchkin.
About the ebm
Where to keep my ebm stock?
How to bring back my ebm stock
Should i bring my big ice box or should i just buy a polystrene box over there
How about the ice
Where to buy.Tell the bus driver, emm please stop at 7E for a while, i want to but few packs of ice
If he refuses to stop
Peningggg
Incik suami is leaving for Langkawi from 12-15 june and continue to PD from 19-22 June,
Then continue lagi 30-7 july (time tu ummi dah ada la)
Like it or not, imans need to be sent to Ipoh

We already send both iman to Ipoh last week
When our big iman gone to sleep, we packed our things and try not to wake him.
But before we left, he suddenly seems to know that we will leave him.
Asyik berdukung.
Sleep while hugging his babah.
Super comel..
We had no choice, but to leave them as fast as we can

Day 1 without Iman, our house is so empty
No cry, no laugh, no tantrum.
no ummi says "iman jangan, iman no, adik no,adik dont cry, meh pelok ummi,
Me, without my extra luggage, rasa free. But somehow, i miss them so much

Everyday, my mother will update me, about the imans.
Mak's sms.Today, there are fine.
This evening, they play, but adik tetap mengamuk, dont drink her milk..sigh T_T
Before sleep, big iman ok.Opah change diaper, but he close his eyes with hand.OMG
Adik, as usual, she wants 'tek' before gone bed.Ayooo..where to find adik oi??!!

Today, sgt sedih bila baca sms opah
"Mak yang toyak nengok iman beso..dia tengok keluar tingkap bilik tu panggil ta ta.Iman kecik ba ba.."
Ok. menangis mak!!!

10 more days to go.

Ummi babah miss u so much..T_T